Kuih Nagasari Tak Payah Susah Cari Daun Pisang Guna Acuan Bentuk Cantik Anak Pun Suka Makan
Kalau jenis ‘tangan keras’ susah juga nak cuba resipi kuih yang perlu dibungkus dalam daun pisang atau daun pandan. Tapi dalam hati teringin nak buat, sebab biasanya kuih berbungkus ni semuanya sedap-sedap.
Untuk lebih mudah, Farisha Sofea berkongsi resipi kuih nagasari jagung yang tidak perlu dibungkus. Dengan hanya menggunakan acuan comel, kuih nagasari nampak menarik untuk dimakan.
Ikuti perkongsian resipi ini;
Sumber foto: Facebook Farisha Sofea
NAGASARI JAGUNG VERSI ACUAN
Bahan-Bahan :
1 paket tepung hoen kwee
1 tin jagung manis ( buang air dan toskan )
250ml santan pekat
600ml air
170g gula
1/2 sk esen pandan
Garam secubit untuk rasa lemak
Sumber foto: Facebook Farisha Sofea
Baca Juga:
Biskut Raya Terpaling Sedap, Rasa Ala-Ala Jenama Terkenal. Rangup, Tak Sedar Habis Sebalang!
Resipi Bubur Nasi 2 Bahan, Mudah Masak. Makan Dengan Lauk Simple, Bertambah Tak Cukup Semangkuk!
Bau Harum, Rasa Sedap. Buat Pes Ikan Bakar Ni, Makan Ramai-Ramai Satu Famili. Terliur Sungguh!
Cara-Cara :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali jagung dan kacau sebati.
Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil.
Sentiasa kacau sehingga adunan sedikit pekat. Kemudian masukkan jagung.
Masak adunan sehingga pekat dan meletup-letup. Tutupkan api.
Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Sumber foto: Facebook Farisha Sofea
5. Ulang proses sehingga selesai. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dikeluarkan daripada acuan. Siap.
Sedia dihidang
Biasanya kuih nagasari ini menggunakan buah pisang sebagai inti dan dibungkus dalam daun pisang. Kemudian akan dikukus 15-20 minit sebelum betul-betul masak. Kuih nagasari cara lama itu rasanya berlemak dengan santan dan pisang.
Kemudian tambah selera kerana aroma daun pisang yang digunakan untuk membungkusnya. Kuih orang lama, diberi nafas baru rasanya sama-sama sedap.
Resipi ini recommended untuk dibuat. Selamat mencuba!
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di
SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Kuih Nagasari, Tak Payah Susah Cari Daun Pisang. Guna Acuan Bentuk Cantik. Anak Pun Suka Makan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kuih-nagasari-tak-payah-susah-cari-daun-pisang-guna-acuan-bentuk-cantik-anak-pun-suka-makan/