Resipi Sup Sayur Telur Bagus Bantu Naikkan Berat Badan Anak Mesti Suka Makan Bertambah
Sup sayur telur sangat senang untuk dimasak dan sangat sedap. Hidangan ni tak memerlukan bahan yang terlalu banyak dan mudah untuk dicari di pasaraya berdekatan dengan rumah. Sup sayur telur ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada anak untuk menambahkan berat badan.
Sup sayur telur mempunyai banyak khasiat yang boleh diserap oleh tubuh badan anak. Penggunaan sayur seperti lobak merah baik untuk kesihatan mata anak. Kandungan lutein dan zeaxantin iaitu karatenoid dalam lobak merah membantu melindungi mata dari kerosakkan akibat oleh cahaya biru, menambah baik kerabunan, mengurangkan risiko degenerasi makula berkaitan usia dan juga katarak.
Penggunaan brokoli dalam hidangan ini dapat meningkatkan fungsi otak anak dan dapat mengurangkan kemerosotan otak. Kandungan sebatian aktif dalam brokoli yang dikenali karotenoid mempunyai khasiat terhadap kesihatan otak, fungsi tisu saraf dan kemerosotan kognitif yang berkaitan usia.
Sup sayur telur juga boleh menjadi menu diet tau! Selain bagus untuk anak, hidangan ini juga memberi manfaat kepada ibu. Jom lihat resepi mudah sup sayur telur.
Resepi ini dikongsikan oleh Mastura Aziz di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESEPI SUP SAYUR TELUR
Menu simple, sihat, sesuai untuk naikkan berat badan anak.
Pastikan anak mummy takde alahan dengan telur, cendawan & tofu ya sebelum cuba.
Sumber foto: Facebook Mastura Aziz
Bahan-bahan:
– Brokoli / serbuk brokoli Izzly
– Serbuk cendawan Izzly
– Carrot, potong halus
– Egg tofu
– Telur pecah 1 biji
– Serbuk bwh putih Izzly
– Sedikit lada hitam
– Air masak 1 cawan
Sumber foto: Facebook Mastura Aziz
Cara- cara:
– Rebus air bersama serbuk bwg putih & serbuk cendawan…masukkan egg tofu & serbuk lada putih.
– Biar mendidih, masukkan brokoli & carrot, bila mendidih, masukkan telur pecah…reneh 5 minit, dan siap.
Resepi ini sedap bila ada telur, kuah jadi pekat bila ada telur…kalau anak mummy alah pada telur, boleh try bancuh 1 sudu tepung jagung sebagai alternatif.
Selamat mencuba!
Lihatlah betapa mudahnya nak sediakan hidangan ini. Pasti anak- anak sangat berselera makan. Untuk ibu yang sedang berdiet, boleh juga gunakan hidangan ini sebagai menu berdiet. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di
SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Resipi Sup Sayur Telur Bagus Bantu Naikkan Berat Badan. Anak Mesti Suka, Makan Bertambah! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-sup-sayur-telur-bagus-bantu-naikkan-berat-badan-anak-mesti-suka-makan-bertambah/