Kenyataan Tajuddin Sahkan Wibawa Anwar


 
Kenyataan tajuddin sahkan wibawa AnwarPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: June 29, 2022
ShareKenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tengah hari tadi mengesahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memang mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu pada hujung 2020 lalu.
Semalam, Tajudin mengesahkan beliau menandatangani dan melihat sendiri Akuan Berkanun (SD) yang dikumpul untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri sebelum Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu mengumumkan sokongan yang dimilikkinya dalam sidang media di Hotel Le Meridien pada 22 September 2020.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, pengakuan Tajuddin itu membuktikan Anwar berkata benar dan kewibawaannya tidak wajar diragui sama sekali.
“Kenyataan Tajuddin mengabsahkan ikhtiar PH untuk mengambil semula mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018.
“Kenyataan beliau hari ini juga menjelaskan bahawa memang benar PH dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan ahli-ahli Parlimen yang mencukupi untuk merampas semula kerajaan selepas mandat rakyat dikhianati melalui Langkah Sheraton.
“Justeru, ejekan sebahagian khalayak yang melantunkan kata-kata kononnya Datuk Seri Anwar berbohong apabila menyatakan beliau mempunyai sokongan yang kukuh dan meyakinkan pada 22 September telah pun terjawab dengan sendirinya,” kata Shamsul.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga menegaskan alasan mengapa akhirnya usaha untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri ke 9 ketika itu menemui jalan buntu, adalah disebabkan pengkhianatan pemimpin yang sebelum itu telah mezahirkan sokongan melalui Akuan Berkanun.
Oleh itu, tegas Shamsul, pemimpin seperti itu harus dikalahkan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 dan segelintir yang lain harus melalui perbicaraan penuh mahkamah untuk menyelesaikan kes terhadap mereka.
“Kenyataan Tajuddin hari ini juga menzahirkan pengkhianatan dan agenda peribadi telah pun menggagalkan usaha dan ikhtiar untuk merampas semula Putrajaya.
“Sewajarnya kita sama sekali tidak boleh memberi ruang dan berkompromi kepada pemimpin yang telah dituduh dan disabitkan di mahkamah dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang menjijikkan.
“Mereka mesti mempunyai hari mereka di mahkamah kerana undang-undang mesti dibenarkan untuk mengambil jalannya,” kata Shamsul lagi.
Tajuddin berkata dalam sidang media tengah hari tadi bahawa beliau merupakan saksi hidup menyaksikan usaha pemimpin Umno dan PH untuk membentuk jajaran baharu kekuasaan selepas Tan Sri Mahiaddin Yassin diangkat sebagai PM pada Mac 2020.
“Jajaran baru… saya saksi hidup, tak usah nafi memang ada SD ditandatangan hendak sokong Anwar jadi perdana menteri, dan ada surat dihantar pada istana,” katanya dipetik.
Tajuddin juga mengakui beliau turut menandatangi SD berkenaan selepas beberapa kali ditekan oleh pucuk pimpinan Umno.
“Saya tandatangan juga, saya saksi hidup, dia (Presiden Umno, Zahid) berbohong pada orang ramai…ahli di bawah ikutlah
“Memang ada tandatangan di Hotel Tamu di Kampung Baru, jangan nafi,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/kenyataan-tajuddin-sahkan-wibawa-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tajuddin Sahkan Anwar Tidak Berbohong

Tajuddin Sahkan Anwar Tidak Berbohong

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 118 hits
Mohd Afendi AbasTajuddin Rahman dan Nazri Aziz sahkan Anwar tidak berbohong Sindiran pemimpin2 parti dari BN PN dan PH sendiri dgn permainkan hujah Anwar strong formidable convincing majority to form government terbukti semalam ia bukan omo...
Tajuddin Dedah Ahli Parlimen Umno Tandatangan Sd Sokong Anwar Jadi Pm

Tajuddin Dedah Ahli Parlimen Umno Tandatangan Sd Sokong Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 219 hits
BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan wujud akuan bersumpah daripada Ahli Parlimen Umno bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Tajuddin berkata beliau sendiri menjadi sa...
Tajuddin Sahkan Muhyiddin Tak Masuk Campur Kes Mahkamah Zahid

Tajuddin Sahkan Muhyiddin Tak Masuk Campur Kes Mahkamah Zahid

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 322 hits
agendaily com28 06 2022Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak masuk campur dalam kes mahkamah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Sidang media khas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam secara...
Mat Maslan Jawab Dakwaan Tajuddin Wujud Sd Umno Sokong Anwar

Mat Maslan Jawab Dakwaan Tajuddin Wujud Sd Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 200 hits
agendaily com27 06 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menjawab dakwaan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Datuk Seri Ahmad Maslan memberikan penjelasan berhubung dakwaan bekas ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Tajuddin Abdul Rah...
Tajuddin Sudah Sahkan Siapa Punca Mn Jadi Porak Peranda Kata Pas

Tajuddin Sudah Sahkan Siapa Punca Mn Jadi Porak Peranda Kata Pas

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 219 hits
agendaily com28 06 2022Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan ketika Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019 Gambar FBPunca kerjasama Muafakat Nasional yang terjalin jadi porak peranda sudah diketahui berpunca daripada siapa kat...
Kenyataan Anwar Pelik Kata Najib

Kenyataan Anwar Pelik Kata Najib

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 207 hits
agendaily com01 07 2022Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan turut menandatangani Akuan Bersumpah menyokong Datuk S...
Pendedahan Tajuddin Calarkan Kredibiliti Anwar

Pendedahan Tajuddin Calarkan Kredibiliti Anwar

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 198 hits
Pendedahan mengenai usaha menjadikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menerusi sokongan beberapa ahli Parlimen kluster mahkamah dari Umno boleh menjejaskan kepercayaan penyokong terhadap presiden PKR itu kata penganalisis Penganalisis ...
Tajuddin Buka Cerita Bukti Anwar Tak Bohong Ada Sokongan Kukuh Menyakinkan Kata Shamsul

Tajuddin Buka Cerita Bukti Anwar Tak Bohong Ada Sokongan Kukuh Menyakinkan Kata Shamsul

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 166 hits
Shamsul Iskandar Md Akin berkata Pakatan Harapan memiliki sokongan mencukupi untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ketika itu PETALING JAYA Kenyataan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman hari ini mem...
Zahid Bohong No Dap No Anwar Kasihan Ahli Umno Tajuddin

Zahid Bohong No Dap No Anwar Kasihan Ahli Umno Tajuddin

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 200 hits
agendaily com27 06 2022Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Walaupun pemimpin UMNO melaung laungkan No DAP No Anwar sebaliknya mereka menandatangani Akuan Bersumpah menyokong ...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Pallas Kasut Sekolah Pilihan Dari Dulu

Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman