Pendedahan Tajuddin Calarkan Kredibiliti Anwar



Pendedahan mengenai usaha menjadikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menerusi sokongan beberapa ahli Parlimen kluster mahkamah dari Umno boleh menjejaskan kepercayaan penyokong terhadap presiden PKR itu, kata penganalisis.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain, berkata kerjasama itu membuktikan Anwar mengenepikan beberapa prinsip PKR untuk berganding bahu dengan individu seperti Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak yang terpalit skandal rasuah.
Menurut Atory, tindakan tersebut juga menunjukkan bahawa ahli Parlimen Port Dickson itu seolah-olah terdesak untuk menjadi perdana menteri atau sekurang-kurangnya berada dalam “kelompok” kerajaan.
“Pastinya pendedahan itu mengejutkan terutama dalam kalangan akar umbi Umno kerana pada mulanya ia dirahsiakan dan hanya diketahui dalam kalangan pemimpin tertinggi,” katanya.
“Pada pendapat saya, semestinya pemimpin tertinggi Umno sudah tahu berhubung usaha menaikkan Anwar sebagai perdana menteri, tetapi mungkin ia tidak dilaksanakan memandangkan ramai dalam kalangan mereka tidak bersetuju.”
Bagaimanapun, Atory berpendapat kerjasama antara Anwar dan pemimpin Umno mungkin tidak akan mendapat tentangan penuh dari PKR memandangkan beliau masih memiliki penyokong “fanatik” yang akan setuju dengan segala keputusan yang dibuat pengerusi Pakatan Harapan itu.
Pada Isnin, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan bahawa dirinya merupakan saksi hidup untuk membuktikan bahawa terdapat surat akuan berkanun yang ditandatangani oleh ahli Parlimen partinya sebagai sokongan terhadap Anwar menjadi perdana menteri.
Kenyataan itu sekali gus bercanggah dengan dasar “No Anwar” yang disepakati dalam perhimpunan Umno sebelum ini.

Malah, Tajuddin turut mendedahkan bahawa surat sokongan tersebut ditandatangani secara tergesa-gesa dan beliau akur dengan tindakan tersebut sebagai tanda menghormati Zahid sebagai presiden parti.
Pada Oktober 2020, Media mendedahkan Zahid dan Najib menulis surat kepada istana menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri.
Dalam surat bertarikh 11 Oktober ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong itu, mereka berdua dan “sejumlah ahli Parlimen Umno” mengatakan menyokong Anwar.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Kartini Aboo Talib berkata, krisis integriti Umno dan PKR tidak disifatkan sebagai satu perkara luar biasa.
Katanya, ia memandangkan kebanyakan pemimpin di kedua-dua parti itu adalah dari “benih” yang sama dan menerima asuhan serta orientasi politik yang sama.
“Tidak hairan apabila pendedahan Tajuddin menunjukkan Zahid menyokong Anwar dan Anwar juga maju jadi penunggang parti (meraih manfaat bersama),” katanya.
Bagi Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, pengundi PKR mungkin akan melihat situasi usaha sama itu sebagai taktikal “survival” parti daripada kepentingan individu.
Katanya, keputusan itu juga mungkin ditafsir sama seperti beberapa serpihan ahli PKR yang menyertai Perikatan Nasional sekali gus menggagalkan usaha Anwar menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan baru dengan sokongan daripada Umno.
“Ini lebih kepada memberikan kesedaran bahawa politik semakin dinamik dan perlu ada apa-apa penjajaran baru.
“Maka, pengurangan undi sukar berlaku dengan isu sedemikian. Begitu juga sokongan asas PKR dan konteks dalam kalangan parti dijangka tidak ada perubahan ketara,” katanya kepada MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/06/pendedahan-tajuddin-calarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tajuddin Dedah Ahli Parlimen Umno Tandatangan Sd Sokong Anwar Jadi Pm

Tajuddin Dedah Ahli Parlimen Umno Tandatangan Sd Sokong Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 229 hits
BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan wujud akuan bersumpah daripada Ahli Parlimen Umno bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Tajuddin berkata beliau sendiri menjadi sa...
Kenyataan Tajuddin Sahkan Wibawa Anwar

Kenyataan Tajuddin Sahkan Wibawa Anwar

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 159 hits
Kenyataan tajuddin sahkan wibawa AnwarPosted By on June 29 2022Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tengah hari tadi mengesahkan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang mempunyai majoriti un...
Tajuddin Buka Cerita Bukti Anwar Tak Bohong Ada Sokongan Kukuh Menyakinkan Kata Shamsul

Tajuddin Buka Cerita Bukti Anwar Tak Bohong Ada Sokongan Kukuh Menyakinkan Kata Shamsul

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 182 hits
Shamsul Iskandar Md Akin berkata Pakatan Harapan memiliki sokongan mencukupi untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ketika itu PETALING JAYA Kenyataan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman hari ini mem...
Zahid Bohong No Dap No Anwar Kasihan Ahli Umno Tajuddin

Zahid Bohong No Dap No Anwar Kasihan Ahli Umno Tajuddin

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 219 hits
agendaily com27 06 2022Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Walaupun pemimpin UMNO melaung laungkan No DAP No Anwar sebaliknya mereka menandatangani Akuan Bersumpah menyokong ...
Mat Maslan Jawab Dakwaan Tajuddin Wujud Sd Umno Sokong Anwar

Mat Maslan Jawab Dakwaan Tajuddin Wujud Sd Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 222 hits
agendaily com27 06 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menjawab dakwaan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Datuk Seri Ahmad Maslan memberikan penjelasan berhubung dakwaan bekas ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Tajuddin Abdul Rah...
Tajuddin Sahkan Anwar Tidak Berbohong

Tajuddin Sahkan Anwar Tidak Berbohong

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 128 hits
Mohd Afendi AbasTajuddin Rahman dan Nazri Aziz sahkan Anwar tidak berbohong Sindiran pemimpin2 parti dari BN PN dan PH sendiri dgn permainkan hujah Anwar strong formidable convincing majority to form government terbukti semalam ia bukan omo...
Pendedahan Tajuddin Perang Umno Dah Bermula

Pendedahan Tajuddin Perang Umno Dah Bermula

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 172 hits
June 28 2022 Jika anda ahli apa lagi pemimpin Umno berkata jujurlah Adakah anda jangka Tajuddin Abdul Rahman akan senyap dan undur begitu saja apabila beliau digugurkan daripada Majlis Kerja Tertinggi tempoh hari Anda tahu Tajuddin bagai se...
Pendedahan Tajuddin Satu Puak Di Umno Menang Tetapi Di Peringkat Nasional Umno Makin Lemah Dan Tergugat

Pendedahan Tajuddin Satu Puak Di Umno Menang Tetapi Di Peringkat Nasional Umno Makin Lemah Dan Tergugat

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 175 hits
Zahid Puad Jazdlan Tok Mat dan Najib sudah tidak berani bersuara pilihanraya awal Kerajaan UMNO apakah Sabah kini sudah lebih baik seperti yang dijanjikan
Lirik Lagu Cukup Kita Ayu Damit Emeer Bakri

Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

Ipank Apakah Itu Cinta Chord

Silap Faham Lagi Bahaya Dari Tidak Faham

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Taniah Kpm Yb Menteri Fadlina Sidek Macam Ni La Bertindak Tak Payah Baik Sangat Dengan Kaki Fitnah

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidilfitri 1446 Hijrah 2025 Masihi

Fitnah Senjata Tertua Didunia

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication