Kenapa Najib Sebagai Menteri Kewangan Setuju Dengan Kontrak Lcs Yang Berat Sebelah


 
Najib Razak digesa untuk menjelaskan mengapa dia, sebagai menteri kewangan sewaktu pentadbiran BN memberi layanan “berat sebelah” kepada kontraktor utama projek kapal tempur pesisir (LCS), Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS). 
Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching berkata caj penghantaran lewat bagi setiap LCS dihadkan kepada RM180 juta.
Teo berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan bahawa kerajaan persekutuan berhak menuntut ganti rugi tertentu dan ditetapkan (LAD) sebanyak RM116.54 juta menjelang 31 Dis 2019 kerana penghantaran LCS pertama sudah lewat 245 hari.
Berdasarkan anggaran kiraan jumlah tersebut sehingga 31 Julai tahun ini, Teo menyatakan LAD itu boleh mencecah RM582.12 juta.
“Penghantaran LCS2, LCS3 dan LCS4 juga lewat. Pengiraan mudah akan menunjukkan bahawa menjelang Julai 2022, jumlah LAD mengikut hari untuk LCS1 hingga LCS4 sepatutnya RM1.57 bilion, tetapi jumlah LAD yang boleh dituntut oleh kerajaan hanya RM671 juta, disebabkan oleh had RM180 juta LAD bagi setiap kapal.
“Apakah rasionalnya untuk masukkan had RM180 juta dalam kontrak, yang hanya menguntungkan BNS dan meletakkan kerajaan dalam kedudukan yang sangat merugikan?” soal ahli parlimen Kulai itu.
Teo juga menggesa Najib menjelaskan mengapa dia tidak mengendahkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (No. 5 Tahun 2007) (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007) yang menyatakan bahawa maksimum 25 peratus daripada jumlah kontrak atau RM10 juta, mengikut mana yang lebih rendah, boleh dibayar sebagai bayaran awal dalam mana-mana kontrak.
“Bagaimanapun, RM1.36 bilion telah dibayar oleh kerajaan kepada BNS sebagai bayaran awal, jauh melebihi had yang dibenarkan di bawah garis panduan kewangan MOF, menyebabkan Surat Setuju Terima dipinda dua kali.
“Lebih penting lagi, pembayaran sedemikian hanya boleh dibuat dengan kelulusan kementerian kewangan. Bolehkah Najib, sebagai menteri kewangan ketika itu, tolong jelaskan kepada kami, apa menyebabkan kelulusan itu dibenarkan?” soalnya lagi.
Pada 4 Ogos lalu, Pengerusi PAC Wong Kah Woh mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan jawatankuasa itu, yang meneliti pengendalian projek LCS.
Laporan itu mendedahkan walaupun tiada satu pun kapal yang siap, Putrajaya sudah membayar RM6 bilion.
Projek itu telah diluluskan pada 2011. Ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi merupakan menteri pertahanan manakala Najib pula sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.
Selepas laporan itu dikeluarkan, Najib menyalahkan kerajaan PH sebelum ini kerana membekukan projek itu pada akhir 2019.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/kenapa-najib-sebagai-menteri-kewangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Bukan Menteri Pertahanan Ketika Kontrak Lcs Diberikan Kata Zahid

Saya Bukan Menteri Pertahanan Ketika Kontrak Lcs Diberikan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 284 hits
freemalaysiatoday com August 7 2022 11 47 AMAhmad Zahid Hamidi berkata berdasarkan laporan audit PAC kontrak LCS dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard mengikut garis panduan permohonan perolehan secara rundingan terus PETALING JAYA A...
Ubah Reka Bentuk Kapal Lcs Dan 10 Surat Panglima Tldm Tak Dilayan Kenapa Najib Tidak Pernah Mengulas Dua Isu Ini

Ubah Reka Bentuk Kapal Lcs Dan 10 Surat Panglima Tldm Tak Dilayan Kenapa Najib Tidak Pernah Mengulas Dua Isu Ini

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 219 hits
Kalau kita lihat ulasan ulasan Najib Razak di laman FB beliau sejak isu kapal perang LCS yang tidak siap ini meletus menjadi isu besar dalam negara hampir semua aspek digebangnya Tujuannya tidak lain ialah untuk menunjukkan beliau sebagai P...
Skandal Lcs Najib Bohong Mat Sabu Kata

Skandal Lcs Najib Bohong Mat Sabu Kata

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 307 hits
Kata Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bila terdapat pihak cuba menunding jari terhadapnya berkaitan kegagalan projek itu menyiapkan LCS sambil mempersoalkan sikap pemimpin Pakatan Harapan berkaitan pembinaan kapal tempur pesisir...
Skandal Lcs Syarikat Ditubuh 45 Hari Sebelum Diberi Kontrak

Skandal Lcs Syarikat Ditubuh 45 Hari Sebelum Diberi Kontrak

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 233 hits
Pada 11 Ogos lalu melaporkan sebuah syarikat yang ditugaskan untuk melaksanakan dua pakej pembekalan dan pembuatan bernilai RM1 185 bilion dalam projek kapal tempur pesisir telah ditubuhkan kurang dua bulan sebelum pelantikannya sebagai sub...
Kit Siang Was Najib The Hidden Hand Behind Lcs Scandal

Kit Siang Was Najib The Hidden Hand Behind Lcs Scandal

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 328 hits
Who could make the defence minister change in three days a decision which had taken almost a year and six meetings with RMN to achieve VETERAN MP Lim Kit Siang has asked a very curious question today Whether former prime minister Datuk Seri...
Kabinet Setuju Dedahkan Laporan Audit Forensik Kes Lcs

Kabinet Setuju Dedahkan Laporan Audit Forensik Kes Lcs

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 178 hits
bharian com myOleh Ogos 17 2022 3 26pmMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku JaafarPUTRAJAYA Jemaah Menteri hari ini secara prinsip bersetuju supaya dibuat pendedahan laporan audit dan laporan forensik berkaitan...
Najib Bukan Perawi Sahih Isu Skandal Lcs

Najib Bukan Perawi Sahih Isu Skandal Lcs

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 191 hits
Najib bukan perawi sahih isu skandal LCSPosted By on August 12 2022Skandal pembinaan kapal tempur pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia yang menjangkau seminggu sejak didedahkan semakin mendapat ulasan pelbagai pihak dari kalangan menteri go...
Najib Tak Boleh Cuci Tangan Skandal Lcs Kata Rafizi

Najib Tak Boleh Cuci Tangan Skandal Lcs Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 275 hits
August 8 2022 Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata Najib Razak satu satunya pemimpin politik yang berkuasa mempengaruhi penukaran reka bentuk kapal itu PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak tidak boleh cuci tangan dalam skan...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today