Kabinet Setuju Dedahkan Laporan Audit Forensik Kes Lcs


bharian.com.my
Oleh Rafidah Mat Ruzki
[email protected]
 - Ogos 17, 2022 @ 3:26pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini secara prinsip bersetuju supaya dibuat pendedahan laporan audit dan laporan forensik berkaitan kes perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang sepatutnya dimiliki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia akan dibuat selepas perbincangan antara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan pihak berkaitan membabitkan mekanisme pendedahan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, ada beberapa perkara sensitif membabitkan keselamatan tidak seharusnya didedahkan kepada umum.

"Secara prinsip Jemaah Menteri masih menekankan bahawa pendedahan itu bakal dibuat.

"Saya berpendirian, perkara sensitif soal keselamatan patutnya memang tidak boleh didedahkan. Di mana-mana demokrasi pun, sama ada di Amerika Syarikat (AS), di England, bahkan di Perancis, mereka tidak akan dedahkan benda yang sangat sensitif," katanya pada sidang media selepas Sambutan Bulan Kemerdekaan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) di pejabatnya, hari ini.

Wan Junaidi berkata, ia seperti amalan di England, apabila sesuatu dokumen mahu dinyahklasifikasi, pihak terbabit akan membincangkan perkara sensitif berkaitan keselamatan mungkin diasingkan, manakala perkara lain akan didedahkan.

Pada masa sama, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga sudah menyatakan kerajaan tidak menolak untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal LCS.

Katanya, biarpun kerajaan beranggapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuat yang terbaik, cadangan untuk mengadakan RCI tidak ditolak.

Berhubung siasatan dijalankan SPRM, Wan Junaidi berkata, kertas siasatan lain membabitkan kes LCS masih perlu dikemaskini oleh penyiasat sebelum ia dikembalikan semula kepada Pejabat Peguam Negara untuk membolehkan individu lain pula mungkin didakwa.

Katanya, ia berikutan beberapa persoalan yang perlu dijawab membabitkan kertas siasatan berkenaan.

"Bagaimanapun, tadi ada dibincangkan pada mesyuarat Kabinet. Keputusan Kabinet (berhubung siasatan berkenaan) adalah terbuka (open ended) dan Kabinet menegaskan sekali lagi bahawa kita tidak akan melindungi sesiapa pun," katanya.

Minggu lalu media melaporkan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengingatkan kerajaan untuk menyahklasifikasikan dua laporan berkaitan isu LCS secara menyeluruh.

Pengerusinya, Wong Kah Woh, dilaporkan berkata, jawatankuasa itu tetap menyambut baik keputusan Kabinet pada 10 Ogos lalu, yang menerima pakai dua syor PAC yang paling penting dalam laporan perolehan kapal LCS.

Semalam BH melaporkan, Hishammuddin memberi komitmen bahawa beliau akan membawa cadangan penubuhan RCI untuk menyiasat skandal pembelian enam LCS milik TLDM ke Kabinet hari ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul berkaitan projek LCS, di Dewan Negara, semalam.

Hishammuddin turut menjelaskan status menyahklasifikasikan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) sudah dimulakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

Katanya, Pengauditan Forensik Projek LCS pula akan mengambil masa sementara menunggu kelulusan Peguam Negara kerana dokumen itu bukan milik kerajaan, sebaliknya dimiliki Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/kabinet-setuju-dedahkan-laporan-audit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Laporan Audit Lcs Boustead Didedah Kepada Umum

Terkini Laporan Audit Lcs Boustead Didedah Kepada Umum

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 309 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Boustead Heavy Industries Corporation bersetuju untuk menyahklasifikasi laporan audit forensik berkenaan penghantaran lewat kapal tempur pesisir pantai kata Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein Hishammudd...
Bukti Penyelewengan Lcs Dikumpul Seawal 2010 Menurut Laporan Audit

Bukti Penyelewengan Lcs Dikumpul Seawal 2010 Menurut Laporan Audit

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 217 hits
BUKTI penyelewengan dan kelemahan tadbir urus berhubung program kapal tempur pesisir dikumpulkan seawal 2010 lagi menurut laporan audit forensik oleh Alliance IFA Sdn Bhd bagi Boustead Heavy Industries Corporation Berhad Laporan yang t
Laporan Forensik Lcs Sebut Nama Isteri Abdul Latiff

Laporan Forensik Lcs Sebut Nama Isteri Abdul Latiff

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 228 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 22 2022 10 57 PMLaporan forensik mengenai projek kapal tempur pesisir yang baru dinyah klasifikasi mengaitkan individu bernama Zainab Mohd Salleh dalam urus niaga yang meragukan yang dikenal pasti dalam lapor...
Laporan Nyahrahsia Lcs Sanggah Penafian Zahid Hamidi

Laporan Nyahrahsia Lcs Sanggah Penafian Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 184 hits
Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan mengenai projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai bagi perolehan Tenteran Laut Diraja Malaysia yang diklasifikasikan sulit sudah diubah status menjadi terbuka Bag...
Padam Beberapa Fakta Laporan Lcs Tak Jejas Fakta Keseluruhan Kata Pac

Padam Beberapa Fakta Laporan Lcs Tak Jejas Fakta Keseluruhan Kata Pac

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 216 hits
freemalaysiatoday vom August 17 2022 6 02 PMPengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pemadaman maklumat terbabit tidak perlu kerana ia sememangnya maklumat terbuka dan boleh didapati dengan suatu carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia PETALING JAYA...
Laporan Siasatanperolehan Lcs

Laporan Siasatanperolehan Lcs

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 221 hits
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFDia macam kita order Hilux tapi salesman tukar bagi Proton Juara Lepas tu yang Proton Juara tadi dah bertahun tak siap dan dia sedaya upaya nak convert jadi Hilux persoalan dia kenapa tak order Hilux sahaja dari mula...
Boustead Forensic Audit Report On Lcs To Be Declassified

Boustead Forensic Audit Report On Lcs To Be Declassified

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 207 hits
Defence minister Hishammuddin Hussein ordered Boustead to declassify an audit report on the LCS project an Umno leader said PETALING JAYA Defence minister Hishammuddin Hussein has ordered Boustead Heavy Industries Corporation to declassify ...
Ulasan Laporan Lcs Pendahuluan Skop Metodologi Persidangan Dan Latar Belakang Siri 3 Dan 4

Ulasan Laporan Lcs Pendahuluan Skop Metodologi Persidangan Dan Latar Belakang Siri 3 Dan 4

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 241 hits
Pendahuluan skop metodologi dan persidangan Di dalam bahagian pendahuluan PAC menerangkan bahawa isu pembelian kapal LCS berjumlah RM 9 bilion telah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 Ianya turut dilaporkan
Boustead S Lcs Audit Report Made Public

Boustead S Lcs Audit Report Made Public

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 210 hits
The LCS project to build six frigates for the navy has come under scrutiny over delays in construction and allegations of corruption PETALING JAYA A forensic audit report on the late delivery of navy frigates in the littoral combat ship pro...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sbdj Siri 225 Penunggu Bilik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze