Skandal Lcs Syarikat Ditubuh 45 Hari Sebelum Diberi Kontrak




Pada 11 Ogos lalu, The Vibes melaporkan sebuah syarikat yang ditugaskan untuk melaksanakan dua pakej pembekalan dan pembuatan bernilai RM1.185 bilion dalam projek kapal tempur pesisir (LCS) telah ditubuhkan kurang dua bulan sebelum pelantikannya sebagai subkontraktor.
Menurut dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dilihat oleh The Vibes, Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) telah ditubuhkan pada 23 Februari 2012.
Ini hanya 45 hari sebelum ia dipilih oleh Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) untuk pelaksanaan dua pakej pembekalan dan pembuatan, seperti yang didakwa oleh timbalan presiden PKR Rafizi Ramli.
Dalam satu kenyataan, Rafizi telah mendedahkan bahawa CAD telah melantik CED sebagai subkontraktornya pada hari yang sama (9 April 2012) di mana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menganugerahkan dua pakej itu.
Ketua eksekutif BHIC Sharifuddin Md. Zaini Al-Manaf (yang dilantik pada April 2020) menurut The Edge mempersoalkan perkara yang sama dalam keterangannya kepada PAC pada Disember 2021, mendakwa bahawa pembelian aset OEM melalui CAD telah menimbulkan masalah dan membawa kepada kos yang lebih tinggi .
“Sebenarnya tidak ada masalah dengan kontraktor tempatan, masalah utama ialah pelantikan syarikat usaha sama (JV) Contraves ... penubuhan Contraves sendiri menimbulkan persoalan. Mengapakah kita mesti membeli aset OEM melalui CAD? Mengapa kita tidak boleh membeli terus?
“Penubuhan CAD tidak jelas tentang sebab dan proses kelulusan. Apabila kita pergi ke CAD, harga mungkin lebih tinggi sebanyak tiga atau empat kali ganda tanpa sebab.
“Saya telah meminta SPRM untuk menyiasat CAD. Masalahnya adalah sebagai kontrak, mereka dilantik secara sah. Untuk invois, kita kena bayar apa yang di invois. Dari sudut komersial, nampaknya tidak ada salah laku ... pembeli sanggup penjual, melainkan SPRM boleh menunjukkan bukti bahawa selain harga yang tiga empat kali lebih tinggi dan ada jejak wang kepada individu tertentu. SPRM perlu membantu kami untuk membuktikannya.”
Dan hari ini Berita Harian melaporkan..
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, mendakwa sebuah syarikat subkontraktor yang berusia 45 hari, membuat tuntutan berjumlah RM178 juta dari projek kapal tempur pesisir (LCS) yang ditempah untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Beliau mendakwa, kejadian itu berlaku ketika Menteri Kewangan ketika itu disandang Datuk Seri Najib Razak.
Justeru, beliau menuntut supaya Najib yang juga bekas Perdana Menteri, memberi penjelasan lantas menjawab dakwaan berhubung tuntutan yang dibuat subkontraktor berkenaan.
"Hari ini, saya ingin mendedahkan satu lagi pembayaran yang tidak mengikut prinsip-prinsip di dalam Pekeliling Perbendaharaan.
"Kertas siasatan dalaman projek LCS menunjukkan bahawa subkontraktor lapisan kedua (Contraves Electrodynamics Sdn Bhd atau CED) membuat tuntutan sebanyak RM178 juta sebagai yuran memulakan kerja (mobilisation fee) pada hari yang sama ia dilantik, sedangkan pada ketika itu subkontraktor ini ditubuhkan 45 hari sebelum itu.
"Sebagai Menteri Kewangan pada ketika itu, Najib mesti menjawab bagaimana sebuah subkontraktor yang hanya berusia 45 hari boleh membuat tuntutan berjumlah RM178 juta dari projek pertahanan utama negara?
"Penyelewengan-penyelewengan beginilah yang menyebabkan BNS akhirnya tidak mempunyai dana (walaupun telah dibayar kerajaan) dan projek tergendala sehingga tidak ada satu kapal pun siap hingga ke hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga menyenaraikan tiga peristiwa yang didakwa beliau mempunyai kaitan dengan bayaran yang melanggar prinsip urus tadbir Pekeliling Perbendaharaan.
Rafizi mendakwa, transaksi berkenaan adalah satu penyelewengan yang melanggar peraturan pembayaran Kementerian Kewangan.
"9 April 2012, BNS melantik Contraves Advanced Devices (CAD) sebagai subkontraktor bagi dua pakej utama bernilai RM1.2 bilion.
"9 April 2012, CAD melantik CED sebuah syarikat yang baru berusia 45 hari sebagai subkontraktor bagi dua pakej yang dianugerahkan oleh BNS.
"9 April 2012, CED membuat tuntutan sebanyak RM178 juta sebagai yuran memulakan kerja pada hari yang sama ia dilantik sebagai kontraktor lapisan kedua," dakwanya.
Menurut Rafizi, kontraktor perlu dilantik dalam kalangan pembekal yang paling layak berdasarkan keupayaan teknikal dan pada harga terbaik kepada kerajaan.
Tambah beliau, kontraktor juga perlu mempunyai kekuatan kewangan dan aliran tunai sendiri untuk menjalankan kontrak.
Dalam masa sama, beliau berkata bayaran hanya boleh dibuat mengikut kemajuan projek dan dibayar secara berpatutan mengikut peratusan projek dilaksanakan, seperti yang dipersetujui mengikut dokumen kontrak yang dimeterai dengan kerajaan.
"Umum mengetahui bahawa keseluruhan tadbir urus kewangan negara dipandu dan dikawal oleh satu set Pekeliling Perbendaharaan, yang pada prinsipnya menekankan perkara-perkara berikut," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/08/skandal-lcs-syarikat-ditubuh-45-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarikat Subkontraktor Lcs Baru Usia 45 Hari Tuntut Rm178 Juta Pada Hari Pertama Kontrak

Syarikat Subkontraktor Lcs Baru Usia 45 Hari Tuntut Rm178 Juta Pada Hari Pertama Kontrak

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa sebuah syarikat subkontraktor yang berusia 45 hari membuat tuntutan berjumlah RM178 juta dari projek kapal tempur pesisir yang ditempah untuk Tentera Laut Diraja Malaysia Beliau menda...
Panas Rafizi Dcns Sudah Diberi Surat Niat Sebelum Pun Bns Dapat Kontrak Projek Kapal Perang Lcs

Panas Rafizi Dcns Sudah Diberi Surat Niat Sebelum Pun Bns Dapat Kontrak Projek Kapal Perang Lcs

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 161 hits
Sebahagian besar dari masalah masalah yang menyebabkan penyelewengan dan kelewatan projek kapal perang LCS berpunca dari dua keputusan utama 1 Penukaran reka bentuk kapal dari kelas Sigma yang dipilih oleh TLDM kepada kelas Gowind 2 Pelanti...
Skandal Lcs Rafizi Akan Dedah Syarikat Palsu Yang Modus Operandi Mirip Mirip Isu Imdb

Skandal Lcs Rafizi Akan Dedah Syarikat Palsu Yang Modus Operandi Mirip Mirip Isu Imdb

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 214 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli akan mendedahkan nama syarikat dikatakan palsu yang didakwa ditubuhkan bagi tujuan penyelewengan dalam projek perolehan kapal tempur pesisir esok Modus operandi mirip mirip isu I...
Skandal Lcs Rm6 Bilion Duit Rakyat Hilang Begitu Sahaja

Skandal Lcs Rm6 Bilion Duit Rakyat Hilang Begitu Sahaja

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 169 hits
Skandal LCS RM6 bilion duit rakyat hilang begitu sahaja Posted By on August 09 2022Skandal pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua Littoral Combatant Ship sebagaimana didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara pada 4 Ogos la...
Skandal Lcs Makin Panas Pm Perlu Tangguh Dulu Hasrat Nak Bubar Parlimen

Skandal Lcs Makin Panas Pm Perlu Tangguh Dulu Hasrat Nak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 212 hits
Berikutan usul pindaan perlembagaan UMNO yang menetapkan pemilihan parti hendaklah diadakan selepas PRU15 dilangsungkan telah mendapat kelulusan RoS banyak pihak menjangkakan Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen pada tahun ini juga Ada...
Skandal Lcs Siapa Bocor Maklumat Kepada Firma Perancis

Skandal Lcs Siapa Bocor Maklumat Kepada Firma Perancis

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 376 hits
Teknikalnya kalau kita tengok surat surat bantahan Panglima Tentera Laut ketika itu Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar menolak model GOWIND yang dicadangkan oleh syarikat Boustead Naval Shipyard ini GOWIND ini kapal peronda yang TLDM mahukan dan ...
Skandal Lcs Tldm Minta Kapal Perang Tapi Dapat Kapal Ronda

Skandal Lcs Tldm Minta Kapal Perang Tapi Dapat Kapal Ronda

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 333 hits
SHAH ALAM Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia Kapten Mohd Yahya menyifatkan penyelewengan berhubung projek kapal tempur pesisir pantai seolah olah mempermainkan sistem pertahanan dan keselamatan neg...
Skandal Lcs Najib Bohong Mat Sabu Kata

Skandal Lcs Najib Bohong Mat Sabu Kata

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 300 hits
Kata Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bila terdapat pihak cuba menunding jari terhadapnya berkaitan kegagalan projek itu menyiapkan LCS sambil mempersoalkan sikap pemimpin Pakatan Harapan berkaitan pembinaan kapal tempur pesisir...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly