Kenapa Internet Slow Sangat Nieh Wifi Problem Kot
Hi Korang,
Sebagai seorang yang Buta IT, kak lily memang redho jer dengar cakap salesman ISP tuh
Even WiFi tuh kak lily ingatkan modem/router yang ada kat umah tuh. Sebenarnya bukan yer
Secara asasnya, WiFi singkatan kepada Wireless Fidelity sama seperti WLAN yang berasal dari 'Wireless Local Area Network'
WiFi berfungsi sama seperti lain-lain peranti tanpa wayar - ia menggunakan frekuensi radio untuk menghantar isyarat antara peranti. Frekuensi radio yang digunakan berbeza dengan frekuensi yang digunakan di walkie talkie, radio dan telefon bimbit. Contohnya radio di kereta anda menerima frekuensi dalam julat Kilohertz dan Megahertz (AM dan FM), tetapi WiFi menghantar dan menerima data dalam julat Gigahertz
credit : google.com
Untuk WiFi, frekuensi yang digunakan 2.4Ghz dan 5Ghz. Gelombang ini adalah sangat serupa dengan frekuensi yang ditemui dalam microwave. Microwave menggunakan 2.450Ghz untuk memanaskan makanan dan router pula menggunakan 2.412 GHz hingga 2.472 GHz untuk menghantar data melalui WiFi
Baru korang paham sket kan, biasalah kita acik-acik nieh menda teknologi ni agak lembab sket.. Iye dakk
Jadinya setiap kali ada je promo terbaru dari oleh syarikat Internet Service Provider (ISP) yang kak lily langgan tuh ermm terus upgrade. Bila dia cakap kena tambah duit sket untuk bayaran bulanan eh dengan keterpaksaannya kak lily pun bayo jugaklah janji speed internet laju
Mana taknya walaupun duduk berdua kat rumah ni tapi device ktorang memang banyak
Dengan 2 laptop, 2 ipad, 3 smartphone, android tv box even kat dapur pun ada Google Home Mini tuh, bayangkan usage internet yang ktorang guna setiap hari. Ada berangan jugaklah nak letak speaker dalam toilet macam kat hotel tuh hehehhee
Bila malam jer baru nak tengok android tv box ermm 2-3 minit lagging. Lepas tuh dia elok balik kemudian dia jadik balik. Aje giler bila citer tuh nak abis kalau asyik lagging jer kan. Sama jugak macam tengok youtube kat ipad hah itulah dia, gelung-gelung tuh berputar jer, tapi tetap tengok jugak walaupun hazab
Bayangkan kalau weekend plak, lagiklah usagenya mendadak naik sebab sepanjang hari ada kat rumah, but still samo gaklah. Sampai kekadang terfikir agaknya jiran-jiran ni hack password modem rumah ni itu yang jadik slow tuh
Bila pi komplen kat ISP, diorang cakap nanti diorang datang check
Ye memang diorang datang siap letak booster lagik tapi hasilnya sama gak cam tuh jelah, bayar mahal tapi servis cam tuh jugak. Itu yang redho jer sebab penat nak ulang-alik buat komplen tapi hasilnya nan hado
Maka wujudlah #bertabahlah kalau sedara mara datang mintak WiFi password kan. Masa bagi password siap pesan hati kene tenang ek, doa bebanyak WiFi laju hehehehe
Kebetulan kawan kak lily si Afzal ni kenal dengan En Mazlan dari Power Link Transmission Malaysia Sdn. Bhd. (PLT), dan si Afzal ni pun ada masalah internet yang sama hauk dengan kak lily so dia ajak sekali ke rumah maknya untuk dengan DEMO Percuma WiFi ni
Orang dah ajak janganlah lepaskan peluang so kitaorang pi lah last weekend ke rumahnya
Seronok dengar citer En Mazlan ni
Memula sekali En Mazlan tanya, kenape internet slow
Kak lily cakaplah wifi tak cukup speed untuk laju kot terus dia cakap eh bukan masalah WiFi. WiFi perantara router dengan device (macam kak lily citer kan atas tuh) so kalau modem/router yang cukup kuat secara automatiknya WiFi pun slow
Hah gituh citernya
Setiap lokasi berbeza cara penerimaan WiFinya, kena tempat tuh tak de halangan di antara router ke device macam di ruang tamu, ruang makan so internetnya smooth je. Tapi kalau kita duduk di dalam bilik, ataupun di dapur mahupun di dalam toilet sekalipun dan kemudiannya pintu tutup pulak itu yang menjadikan ianya slow, maknanya ada halangan iaitu dinding dan pintu ataupun mungkin sebab-sebab lain. Jadinya layout dan perletakan router itu sendiri memainkan peranan di dalam keberkesanan WiFi tersebut
Bila tengok line kat rumah mak Afzal ni asyik lagging jer terus En Mazlan menukarkan peranti WiFi yang dia bawak tuh
Sangat-sangat berbeza yer
Langsung tiada sangkut-sangkut at all
Speed Test
Lain machiam perginya, kadar upload dan download berbeza dari sebelumnya
Menonton Video
Nampak tak En Mazlan drag cursor tuh bagi laju langsung tak de buffering yer. So nak forward ke nak rewind ke boleh tak de masalah
Menonton Youtube Video 4K
Tengok kualiti gambarnya langsung tak pecah, cantik betul lah kan
Video Call
Masa ni kak lily kat luar rumah, keluar daripada kawasan rumah sampai ke jalan depan, Afzal dalam bilik belakang sekali dan Zati dekat hall. Still ktorang boleh borak-borak tanpa gangguan putus-putus macam borak-borak kat sebelah jer
Kelebihan peranti WiFi ini, ianya memberikan liputan kawasan internet (coverage) yang lebih luas dan boleh digunakan sehingga 100 peranti dalam satu-satu masa. Ini kerana kebanyakan peranti WiFI di kedai di luar (market) menawarkan HANYA sehingga 5 pengguna peranti pada satu-satu masa. Paling penting kelajuan akses internet yang ditawarkan memang cemerlang
Sangat-sangat puas hati
Memacam ilmu baru yang kak lily belajar dari seorang yang memang pakar dan mahir dalam bidang Network ni. Terus rasa celik IT dibuatnya hehehehehe
Apa yang menarik sesi demonstrasi ini adalah dilakukan secara PERCUMA
Eh seriously kak lily tak tipu lah wei
Tidak ada sebarang yuran atau caj yang dikenakan. Ianya lebih kepada atas nasihat dan penerangan secara PERCUMA mengenai apa masalah yang sedang berlaku
Buat masa sekarang DEMO secara PERCUMA hanya meliputi kawasan Lembah Klang sahaja (pada masa akan datang insyaallah satu Malaysia.)
Kak lily syorkan bagi korang yang still Work From Home (WFH) dan anak-anak yang still ade online class hujung minggu tuh memang patut mencuba DEMO ni dulu, tengok sendiri keberkesanannya.
Pertanyaan dan juga temujanji sesi demonstrasi boleh hubungi :
No Tel : 019-2307867 (Mazlan)E-mail :
[email protected] web : http://www.plt.com.myWhatsApp : http://www.wasap.my/+60192307867/tolong+WiFi+saya+tak+boleh+BLAH
Sedikit Info Mengenai Power Link Transmission Malaysia Sdn Bhd
Untuk pengetahuan semua Power Link Transmission Malaysia Sdn Bhd (PLT) adalah pembekal kepada peranti wifi yang dapat menyelesaikan masalah sambungan internet yang perlahan di rumah, organisasi pejabat dan sebagainya. Kepakarannya bukan hanya sebagai pembekal tetapi PLT juga menyediakan khidmat nasihat tentang masalah yang sering dihadapi oleh pengguna wifi/internet
#PowerLinkTransmission #PLT #WiFiPower #InternetLaju #MeshWiFi #Routers #gamingexperience #videoconferencing #Zoom #GoogleMeet #MicrosoftTeams #GoogleClassroom #InternetSlow #InternetProblems #WiFiWeak #poorWiFi #SlowWiFi #WorkFromHome #BetterWiFIMadeGreat #SimplyBetterWiFi #NoMeshBoosterExtenderShits
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2021/04/kenapa-internet-slow-sangat-nieh-wifi.html