6 Menu Sahur Ini Sangat Mudah Dimasak Jimat Masa Dan Sedap Tak Terkata


Bulan Ramadan penuh keberkatan kian menjelang. Bila tiba saat ini, para ibu tentunya antara yang paling sibuk menyediakan sajian sahur buat keluarga tercinta. Bangun awal untuk memasak sahur menjadi satu cabaran terutamanya bagi ibu-ibu yang berkerjaya. Ya…Tidak semudah yang disangka. Menyediakan juadah segar, sedap, bernutrisi lengkap dalam masa terhad tentunya menguji mental dan fizikal si ibu. Oleh itu menu yang ringkas, mudah dimasak dan pada masa yang sama digemari oleh orang dewasa serta kanak-kanak antara yang sentiasa menjadi pilihan.
Perencah Nasi Goreng Seri-Aji® adalah ramuan terbaik yang anda perlukan pada waktu sahur di sepanjang bulan Ramadan ini. Tidak perlu lagi bangun awal dan menghabiskan masa yang lama di dapur. Hanya dalam waktu yang singkat anda boleh hasilkan pelbagai juadah sahur enak penuh khasiat yang memberikan tenaga optimum di sepanjang hari.
Didatangkan dalam empat pilihan membuatkan ibu-ibu bebas memilih perasa kesukaan. Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung, Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina, Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Perisa Ayam dan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis, pilih sahaja ikut cita rasa. Hanya tambahkan satu paket kecil 26g ke dalam masakan, tidak perlu lagi perasa tambahan yang lain. Semuanya sudah cukup dan lengkap berperisa. Memang mudah digunakan.

Istimewa buat anda bersempena bulan Ramadan ini, Seri-Aji® berkongsi enam resipi terbaik yang boleh anda cuba untuk sahur. Semuanya cepat dimasak malah lebih berselera untuk dijamah terutamanya jika dimakan panas-panas. Selamat mencuba!
1. NASI ULAM

Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan beras – dibasuh1 1/3 cawan air1 sudu makan minyak masak1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g50gm kacang panjang – dihiris nipis3 biji kacang botor – dihiris25gm serunding ayam½ kuntum bunga kantan – dihiris nipis3 tangkai daun kesum – dibuang tangkainyaCARA MEMASAK:
1. Satukan beras, air dan minyak masak di dalam periuk nasi bersama Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g.
2. Kacau dan biarkan ia masak.
3. Setelah nasi masak, masukkan kacang panjang, kacang botor, serunding ayam, bunga kantan dan daun kesum.
4. Gaul sehingga sebati dan sedia untuk dihidang.
2. NASI GORENG KAMPUNG KAW

Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan minyak masak30gm ikan bilis200gm isi ayam – potong kecil100gm kangkung – potong 3 cm2 biji telur4 cawan /550gm nasi putih1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26gCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis isi ayam, kangkong dan telur.
3. Masukkan nasi dan tabur Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g. Kacau hingga rata.
4. Masukkan ikan bilis goreng, kacau seketika. Hidangkan segera.
Tip: Dengan menggunakan nasi sejuk, nasi goreng akan jadi lebih sekata.
Tip: Selain nasi sejuk, nasi yang dimasak dengan air yang kurang juga boleh menghasilkan nasi goreng yang lebih sempurna dan sekata.
3. NASI GORENG IKAN MASIN

Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan minyak masak30gm tenggiri masin – basuh dan potong dadu150gm kalian – potong kecil2 biji telur4 cawan /550gm nasi putih1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26gCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan goreng tenggiri masing hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis kalian hingga separuh masak.
3. Tambahkan telur dan kacau hingga hancur.
4. Masukkan nasi dan taburkan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g.
5. Tambahkan ikan masin goreng dan gaul rata. Hidangkan panas,
 
 4. NASI GORENG CINA KURMA

Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
3 sudu makan minyak masak200gm isi ayam – potong kecil50gm kacang pis50gm lobak merah – potong dadu2 biji telur4 cawan /550gm nasi putih1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina 26g5 biji kurma – potong daduCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak.
2. Masukkan isi ayam dan kacau hingga separuh masak.
3. Tambahkan sayur dan juga telur. Kacau lagi hingga telur masak sepenuhnya.
4. Kemudian masukkan nasi dan tabur Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina 26g. Kacau sebati.
5. Tambahkan kurma dan kacau lagi hingga rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.
 
5. NASI GORENG MAKANAN LAUT

Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
5 ekor sotong – hiris10 ekor udang1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina 26g4 sudu makan minyak masak50gm lobak merah – potong dadu50gm kacang panjang – hiris2 biji telur4 cawan /550gm nasi putihCARA MEMASAK:
1. Perap sotong dan udang bersama dengan sedikit Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina.
2. Panaskan minyak masak dan tumis sotong dan udang tadi hingga masak. Ketepikan.
3. Dengan menggunakan kuali yang sama, tambahkan lobak merah dan kacang Panjang. Masak seketika.
4. Tambahkan telur. Kacau lagi hingga masak.
5. Masukkan nasi dan tabur Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina 26g. Kacau rata.
6. Tambahkan udang dan sotong yang telah digoreng tadi. Kacau lagi hingga rata.
7. Hidangkan panas-panas.
 
6. NASI GORENG CENDAWAN

Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan mnyak masak200gm isi ayam – potong kecil50gm lobak merah – potong dadu50gm cendawan butang – hiris50gm cendawan tiram2 biji telur4 cawan /550gm nasi putih1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina 26g1 tangkai daun bawang – hirisCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis isi ayam hingga separuh masak.
2. Tambahkan lobak merah. Tumis lagi seketika.
3. Masukkan cendawan butang dan cendawan tiram. Masak seketika.
4. Kemudian masukkan telur. Kacau lagi hingga masak sepenuhnya.
5. Masukkan nasi dan tabur Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina 26g. Kacau rata.
6. Tambah hirisan daun bawang dan gaul sebati.
7. Sedia untuk dihidangkan.
SERTAI PERADUAN BERSAHUR BERSAMA Seri-Aji® BELI & MENANG HADIAH BERNILAI LEBIH RM20,000!

Sudah beli Perencah Seri-Aji®? Resitnya jangan dibuang tau. Jom sertai Peraduan Bersahur Bersama Seri-Aji® Beli & Menang dan rebut peluang memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM20,000. Wow!
Caranya mudah sahaja. Bermula 8 Mac 2021-16 Mei 2021 anda hanya perlu:
Beli mana-mana Perencah Seri-Aji ® berjumlah RM5 ke atas dalam 1 resit (termasuk 2 paket Seri-Aji® perencah Nasi Goreng)Hantarkan penyertaan melalui salah satu cara berikut, lengkapkan maklumat dan hantar bersama gambar resit.Whatsapp 011-1115-0803Layari ajinomoto.com.my/sahurcontestHADIAH INI BAKAL MENJADI MILIK ANDA!
Hadiah Utama: RM1,000 x 5 pemenang
Hadiah Bulanan: RM100x 50 pemenang (Touch ‘n Go)
Hadiah Saguhati: RM50x 200 pemenang (Touch ‘n Go)
*Kain Mikrofiber: Terhad kepada 1000 penyertaan terawal
Jom hantar penyertaan anda sekarang!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/04/6-menu-sahur-ini-sangat-mudah-dimasak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Variasi Masakan Kampung Yang Mudah Dimasak Sedap Jimat

Variasi Masakan Kampung Yang Mudah Dimasak Sedap Jimat

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 370 hits
Menu viral bertukar ganti dan menjadi ikutan ramai namun menu kampung yang menjadi warisan ini tetap menjadi pilihan ramai Kadang kadang bila teringin makan masakan kampung automatik teringatkan masakan mak kat kampung Hari ni RASA kongsika...
Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur

Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 670 hits
Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur Salam semua nasi goreng menu yang kebanyakan menjadi pilihan untuk waktu sahur dalam bulan puasa nanti Menu yang boleh dikatakan cepat dimasak sebab semua lauk dah disatukan sekali d...
Garlic Bread Mudah Untuk Bekal Anak Sekolah Tak Cukup Makan Satu Sedap Sangat

Garlic Bread Mudah Untuk Bekal Anak Sekolah Tak Cukup Makan Satu Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 514 hits
Bosan dengan menu yang sama setiap hari sesekali anak mahukan kelainan dalam sajian pemakanannya Bukan hanya untuk sarapan atau minum petang Garlic Bread mudah ini boleh mama sediakan untuk anak ke sekolah Pasti anak makan berkeping keping ...
Resepi Jem Nanas Buatan Sendiri Mudah Sedap

Resepi Jem Nanas Buatan Sendiri Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 351 hits
Siapa suka makan roti dengan jem Lebih spesifik Jem Nanas Jem Nanas yang bagus mampu bertahan lama tanpa pengawet dan sebenarnya Jem Nanas tak susah untuk dibuat Boleh sahaja buat sendiri di rumah Anak saya Zikri pun boleh buat Jem Nanas se...
Usaha Menyatu Ini Payah Berpecah Sangat Mudah Kata Pas

Usaha Menyatu Ini Payah Berpecah Sangat Mudah Kata Pas

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR Saya yakin PAS masih lagi mencari usaha usaha penyatuan ummah kata Ahli Parlimen Tumpat Dato Che Abdullah Mat Nawi Menurut beliau usaha untuk menyatukan ummah sememangnya mencabar dan amat payah namun sebaliknya untuk berpecah ...
Resipi Step By Step Buat Puding Triffle Yang Sangat Sedap

Resipi Step By Step Buat Puding Triffle Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 210 hits
Bagi penggemar Puding Triffle pastinya perlu mencuba resipi yang dikongsi dari saudari Norashikin Ismail ini Jika biasa anda beli sahaja apa kata kali ini cubalah buat sendiri di rumah Sangat mudah dan tidak renyah Dengan adanya resipi lang...
Petua Asas Cara Makan Yang Lebih Baik Ini Sangat Mudah Diterapkan Dalam Gaya Hidup Baru Anda

Petua Asas Cara Makan Yang Lebih Baik Ini Sangat Mudah Diterapkan Dalam Gaya Hidup Baru Anda

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 426 hits
Gaya hidup manusia zaman moden sangat tak sesuai untuk manusia Jika anda bukan seorang buruh binaan atau jenis kerja yang banyak menggunakan tenaga dan banyak bergerak anda juga termasuk dalam kategori manusia moden yang lebih banyak tak be...
Sedap Sangat Sampai Buka Kopiah Warganet Teruja Lihat Perkongsian Terbaru Dari Neelofa Hidang Juadah Buat Suami

Sedap Sangat Sampai Buka Kopiah Warganet Teruja Lihat Perkongsian Terbaru Dari Neelofa Hidang Juadah Buat Suami

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 322 hits
Jika dihitung sudah masuk hari ketiga Neelofa dan PU Riz bergelar suami isteri dan mereka masih lagi jadi bualan orang ramai terutama sekali dalam kalangan peminat mereka tersendiri
20 Resipi Biskut Raya Popular Yang Mudah Sedap Sesuai Buat Niaga

20 Resipi Biskut Raya Popular Yang Mudah Sedap Sesuai Buat Niaga

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 421 hits
Tidak lama lagi umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa Maka bermulalah pesta biskut raya Terdapat pelbagai jenis biskut raya ada dijual di pasaran namun yang dihasilkan sendiri tentunya lebih bermakna Bagi anda yang tercari cari idea ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan