Kenali 10 Tempat Menarik Baharu Di Selangor Serta Alamat Lengkap Untuk Tahun 2021



Kenali 10 Tempat Menarik Baharu Di Selangor Serta Alamat Lengkap Untuk Tahun 2021 | Sejak PKP dilonggarkan dan dah boleh rentas daerah sejak 5 Mac lalu telah membuka peluang untuk pelancongan di dalam negeri. Lagi berita baik kerajaan dah benarkan pergerakan pelancongan dari negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) ke negeri PKPP yang lain dengan syarat - syarat yang ditetapkan. Bukan mudah ya nak melancong walaupun dah dibuka. Pandemik masih belum berakhir. 


Tapi ini lah usaha untuk sektor pelancongan bernyawa kembali. Tidak ketinggalan negeri Selangor juga banyak tempat menarik untuk jalan - jalan. Selangor Perkukuh Status sebagai Destinasi Pelancongan Pilihan Rakyat Malaysia dengan Seleksi Produk Pelancongan Baharu Serba Menarik.
Sebagaimana yang kita tahu, Negeri Selangor sememangnya mempunyai tarikan pelancongannya yang tersendiri dari elemen budaya setempat, kehijauan alam sekitar yang masih terpelihara, kawasan urban dengan gaya hidup moden, serta pilihan hidangan dan menu yang pelbagai; dari gerai hinggalah ke restoran mewah dan terkemuka.
Dikala industri pelancongan perlu sedia menangani impak pandemik Covid-19, Negeri Selangor memperkukuhkan status sebagai destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia dengan seleksi produk pelancongan baharu yang mempunyai potensi untuk menggamit perhatian pelancong pasca-pandemik seperti senarai yang berikut.

10 Tarikan Pelancongan Baharu Di Negeri Selangor 
1) Singgah Santai Resort, Hulu Langat
Singgah Santai Resort merupakan antara penginapan bercirikan “resort” terbaharu di Daerah Hulu Langat dengan pelbagai jenis bilik penginapan mengikut keperluan pengunjung. 
Di sini turut disediakan pelbagai ruang untuk bersantai di sekitar kawasan resort. Para penggemar aktiviti percutian dan “backpacking”, atau pengunjung yang datang bersama keluarga dan anak-anak kecil pastinya akan menikmati pengalaman menginap di sini kerana suasananya yang penuh mendamaikan; agak terpencil dari hiruk-pikuk kawasan bandar.

Alamat: Kg Batu 14, Jalan Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor.
2) Tugu Badminton Anak-anak Sidek, Banting
Di Pekan Banting terdapat sebuah monumen yang berdiri gah bagi memperingati jasa anak-anak Sidek yang pernah mengharumkan nama negara sehingga ke peringkat dunia dalam arena sukan badminton.
Kisah mereka juga pernah menjadi nukilan dalam siri animasi dan komik yang amat popular suatu ketika dulu; Anak-Anak Sidek. Tugu Peringatan Keluarga Haji Sidek ini dibina bagi meraikan kejayaan anak-anak Sidek di persada sukan badminton dalam Negara dan antarabangsa.
Tugu ini telah didirikan di dalam kawasan kediaman Tuan Haji Sidek di mana ianya adalah tempat tokoh-tokoh badminton Negara tersebut telah dibesarkan. 
Kini, ianya merupakan salah sebuah tarikan dengan nilai sejarah di Pekan Banting, Kuala Langat.

Alamat: Jalan Sultan Alam Shah, Kampung Kanchong Darat, 42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.

3) Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat
Air Terjun Sg Lepoh adalah salah sebuah daya tarikan terbaharu di Daerah Hulu Langat. Juga dikenali sebagai Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok.
Air terjun yang sangat menenangkan ini merupakan sebuah kawasan perkelahan yang sentiasa menarik minat penggemar aktiviti pendakian serta pencinta alam sekitar yang tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

Alamat: Lot 3461, KM22 Sungai Lepoh, Kampung Kuala 43100, 43100 Hulu Langat, Selangor.
4) Anjung Spotter, KLIA Plane Spotting
Anjung Spotter, yang merupakan sebuah tarikan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) di Daerah Sepang kini dibuka kepada orang ramai terutamanya peminat kapal terbang dan fotografi.
Di sini, mereka berpeluang untuk melihat dan merakam gambar pesawat yang berlepas atau mendarat di KLIA ini dari sudut-sudut yang menarik. Konsep terbuka di Anjung Spotter ini juga memberikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung, serta dapat mencipta memori tersendiri terutamanya kepada kanak-kanak.

Alamat: Jalan Pekeliling , Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor.
5) Ardence Labs @ Eco Ardence, Setia Alam
Dalam ramai asyik berlumba-berlumba mencari tempat-tempat menarik sebagai latar bagi gambar mereka di laman media sosial, pemaju hartanah di Negeri Selangor turut tidak berkecuali dari mewujudkan tempat-tempat menarik di sekitar kawasan yang dibangunkan mereka. 
Sebagai contoh, Ardence Labs @ Eco Ardence merupakan tarikan terbaharu di Setia Alam di mana para pengunjung berpeluang merakamkan gambar yang menarik dengan elemen 2D, 3D, grafitti dan lain-lain.

Alamat: Eco Ardance Sales Gallery PT 8, Persiaran Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
6) Elmina Central Park, Shah Alam
Kehijauan dalam pemodenan. Elmina Central Park merupakan kawasan riadah yang mempunyai trek joging yang dikeliingi pepohon yang menghijau. 
Pengunjung taman juga dapat menikmati kemudahan aktiviti berbasikal dan kasut roda. Jambatan Icon Elmina (Elmina Iconic Bridge) pula merupakan sebuah struktur yang gah dan sesuai untuk dijadikan latar gambar. 
Dengan warna merah terang, jambatan ini kelihatan seolah-olah menyala apabila matahari menghilang dari pandangan sekaligus memberikan pengunjung pemandangan malam yang sangat mengagumkan.

Alamat: Seksyen U16 City of Elmina, 40160, Selangor.
7) HL Dragon Fruit Eco Farm, Sepang
HL Dragon Fruit Eco Farm yang terletak di Daerah Sepang ini bukan sahaja mempunyai ladang tanaman buah naga yang luas, malah turut menyediakan pelbagai aktiviti pertanian untuk pengunjung. 
Mereka berpeluang untuk merasai pengalaman menanam sendiri pokok buah naga, memetik buah naga segar, mempelajari pendebungaan bunga buah naga, serta menjelajahi keindahan kebun buah naga dengan khidmat jurupandu yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam tanaman ini.

Alamat: Lot 7608, Jalan Besar, Baru Satu, 43900, Sepang, Selangor.
8) Kolam Air Panas Sungai Serai, Hulu Langat
Negeri Selangor terkenal dengan pelbagai keunikan alam semulajadi yang mempunyai penggemar dari pelbagai kelompok usia. 
Bertempat di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Kolam Air Panas Sungai Serai merupakan sebuah tarikan terbaharu bagi penggemar alam sekitar. 
Di sini terdapat banyak kolam air panas memandangkan struktur tanahnya yang mempunyai kandungan belerang yang tinggi. Kolam air panas ini juga merupakan destinasi yang tepat untuk disinggahi selepas kesejukan bermandi manda di kawasan air terjun yang banyak terdapat di Daerah Hulu Langat.

Alamat: Lot 769, Jalan Sentosa 11/A, Taman Desa Sentosa, Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, selangor.
9) Woodhouse KKB IO Home, Tinggian, Kuala Kubu Bharu
Woodhouse KKB IO Home menawarkan pengalaman menginap di seleksi rumah kayu yang cukup unik dengan elemen privasi. 
Pemandangan puncak Bukit Kuala Kubu Bharu yang menakjubkan turut menjadi latar di lokasi ini. Woodhouse KKB IO Home dihiasi dengan kemudahan moden untuk penginapan yang selesa dan serba mewah.

Ia juga memiliki kolam renang privasi, dua bilik tidur besar dengan bilik mandi individu, dapur luar yang dilengkapi dengan peralatan memasak, ruang makan beranda,

Kemudahan untuk aktiviti barbeku, mesin basuh, TV kabel, meja belajar, serta banyak lagi kemudahan lain.

Alamat: Jalan Harmonian 2, Off Jalan Padang Golf, Tinggian, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
10) Bukit Chenuang, Hulu Langat
Bukit Chenuang yang terletak di Daerah Hulu Langat mempunyai potensi untuk menjadi pilihan para penggemar aktiviti pendakian selepas Bukit Broga kerana trek dari pintu masuk Hutan Lipur Sungai Chongkak ke puncak Bukit Chenuang dilengkapi dengan tanda arah yang jelas serta memudahkan. 
Di sepanjang perjalanan juga terdapat beberapa batang anak sungai bagi melepaskan lelah dan bersantai, dan pendakian hingga ke puncak Bukit Chenuang dijangka mengambil masa dalam 2-3 jam, bergantung kepada kelajuan dan kemahiran para pendaki.

Alamat: Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, Tingkat 1, Blok B, Platinum Cheras, 43200 Cheras, Selangor
Negeri Selangor, tentunya tidak turut berkecuali dalam menangani impak pandemik Covid-19. Dalam pada beberapa operator produk pelancongan yang terpaksa menghentikan operasi, terdapat juga beberapa operator produk pelancongan yang mula mengalu-alukan kedatangan pengunjung di tahun 2021, di samping pihak Tourism Selangor juga turut mengetengahkan kawasan-kawasan pelancongan alam semulajadi yang baharu di sekitar negeri ini.

Namun, adalah harus diingatkan, aktiviti percutian di negeri ini perlulah dilaksanakan dengan berhemah. 
Hampir kesemua kawasan pelancongan di Negeri Selangor telah mempraktikkan garis panduan berlandaskan SOP yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara, namun pelancong sendiri perlulah sentiasa peka. 
Sentiasa pastikan pendaftaran ke premis pelancongan menerusi aplikasi Selangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat, amalkan penggunaan cecair pembasmi kuman secara kerap, menjaga penjarakan sosial, serta sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam demi kesejahteraan bersama.
Baca Juga : 
Hotel 99 Sri Petaling : Hotel Best Dan Murah Untuk Staycation Di Kuala Lumpur

Kredit : 
1. https://sahih.com.my/tugu-dan-mural-keluarga-haji-sidek-jadi-tarikan/2. https://www.visitselangor.com/air-terjun-sungai-lepoh-waterfalls/3. https://www.thesundaily.my/local/malaysia-s-first-plane-observation-deck-at-klia-XX9816174. https://www.malaysia-traveller.com/ardence-labs.html5. https://hl-dragon-fruit-eco-farm.business.site/6. https://www.trip.com/travel-guide/hulu-langat/kolam-air-panas-sungai-serai-50535170/7. https://www.iohome.my/woodhouse











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/03/10-tempat-menarik-di-selangor-serta-alamat-lengkap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tarikan Pelancongan Baharu Negeri Selangor Untuk Dikunjungi Di Tahun 2021

10 Tarikan Pelancongan Baharu Negeri Selangor Untuk Dikunjungi Di Tahun 2021

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 311 hits
Negeri Selangor sememangnya mempunyai tarikan pelancongannya yang tersendiri dari elemen budaya setempat kehijauan alam sekitar yang masih terpelihara kawasan urban dengan gaya hidup moden serta pilihan hidangan dan menu yang pelbagai dari ...
Kampung Pelangi Tempat Menarik Destinasi Percutian Di Selangor

Kampung Pelangi Tempat Menarik Destinasi Percutian Di Selangor

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 834 hits
Kampung Pelangi Tempat Menarik Destinasi Percutian di Selangor PASTI ada antara kita yang pernah mendengar tentang kisah sebuah kampung di Semarang Selatan Indonesia yang dahulunya tiada tarikan dan hanyalah sebuah lokasi biasa Namun siapa ...
Selangor Tamatkan Pembayaran Parkir Secara Kupon Pada 31 Disember 2021 Pembayaran Melalui Aplikasi Sepenuhnya 2022

Selangor Tamatkan Pembayaran Parkir Secara Kupon Pada 31 Disember 2021 Pembayaran Melalui Aplikasi Sepenuhnya 2022

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 263 hits
Kerajaan negeri Selangor kini mengumumkan mereka akan menamatkan penggunaan kupon parkir untuk meletak kenderaan di semua tempat letak kenderaan yang diuruskan PBT di Selangor bermula Januari 2022 kelak Dengan ini penggunaan kupon parkir se...
Jawatankuasa Kgs Baharu 2021 2022

Jawatankuasa Kgs Baharu 2021 2022

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 458 hits
JAWATANKUASA KELAB GURU STAF 2021 2022 PENGERUSI Cikgu Hafiz bin Hj Ramli NAIB PENGERUSI Cikgu Muhammad Asyraf bin Johari SETIAUSAHA Puan Nazatul Idayu binti Azman NAIB SETIAUSAHA Cikgu Haslamiah binti Hassan BENDAHARI Cikgu Roziwa binti Ma...
Tempat Menarik Di Langkawi Pantai Cenang Antara 25 Lokasi Pilihan Di Asia

Tempat Menarik Di Langkawi Pantai Cenang Antara 25 Lokasi Pilihan Di Asia

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 285 hits
Tempat Menarik Di Langkawi Pantai Cenang antara 25 lokasi pilihan di Asia PANTAI Cenang telah dipilih sebagai salah satu pantai terbaik di Asia oleh pembaca dan pengikut platform pelancongan dalam talian terbesar dunia TripAdvisor TripAdvis...
5 Alternatif Aplikasi Waktu Solat Selain Muslim Pro Untuk Tahun 2021

5 Alternatif Aplikasi Waktu Solat Selain Muslim Pro Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 400 hits
Jika anda sedang mencari aplikasi Waktu Solat yang sesuai untuk telefon bimbit anda disini saya cuba senaraikan cadangan 5 aplikasi Waktu Solat untuk tahun 2021 sebagai alternatif kepada aplikasi Muslim Pro Mungkin selepas isu pihak Muslim ...
Tourism Selangor Gets On Board Itb Berlin Now 2021 Which Made Its Virtual Debut

Tourism Selangor Gets On Board Itb Berlin Now 2021 Which Made Its Virtual Debut

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 314 hits
Tourism Selangor Continues Its Annual Participation in Europe s Prominent Travel Trade Show as the State Prepares to Welcome International Tourists Post Covid 19It is still amidst pandemic and the borders have not been open However this did...
1 208 Kes Baharu Penularan Terendah Sepanjang Tahun Ini

1 208 Kes Baharu Penularan Terendah Sepanjang Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 201 hits
Oleh SEBANYAK 1 208 kes baharu COVID 19 dilaporkan hari ini yang merupakan kes harian terendah yang pernah dilaporkan sepanjang tahun ini Angka tersebut juga merupakan hari ketiga berturut turut kes harian COVID 19 berada di bawah paras 1 5...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran

Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal