1 208 Kes Baharu Penularan Terendah Sepanjang Tahun Ini



Oleh Herman Hamid
SEBANYAK 1,208 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini yang merupakan kes harian terendah yang pernah dilaporkan sepanjang tahun ini.
Angka tersebut juga merupakan hari ketiga berturut-turut kes harian COVID-19 berada di bawah paras 1,500 kes.
Sebelum ini, jumlah kes harian terendah yang pernah dilaporkan untuk tahun ini adalah pada 9 Mac lalu dengan 1,280 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus melaporkan kes harian tertinggi hari ini dengan 379 kes diikuti Sarawak (251 kes), Pulau Pinang (142 kes) dan Johor, 118 kes.
Katanya, Perlis dan Labuan pula melaporkan sifar kes manakala Putrajaya (satu kes) dan Melaka, dua kes.
“Hari ini juga menyaksikan sebanyak tiga lagi kematian dilaporkan dengan dua daripadanya adalah warganegara.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kini berjumlah 1,213 kes,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.
Kes terendah tahun ini apabila 1,208 kes baharu dilaporkan hari ini./ Gambar FB KKM Tambah Noor Hisham, kes sembuh yang dilaporkan hari ini berjumlah 1,973 dengan kumulatif kes sembuh kini berjumlah 308,247 atau 94.9 peratus.
Katanya, perkembangan ini membolehkan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 terus turun kepada 15,511 kes.
“Daripada jumlah itu, 155 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 70 memerlukan alat bantuan pernafasan,” jelasnya.
Baca artikel berkaitan: 1,354 kes baharu, 4 kematian dan tiga kluster
Sementara itu, katanya, sembanyak sembilan kes import dilaporkan hari ini dan daripada 1,199 penularan tempatan, 23.3 peratus terdiri daripada warga asing.
Berhubung kluster baharu, beliau memaklumkan KKM mengesan pertambahan 13 lagi kluster hari ini.
Katanya, 12 daripadanya merupakan kluster tempat kerja dan satu kluster keagamaan.
Selangor dan Johor masing-masing melaporkan tiga kluster, dua di Kedah manakala Sarawak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pahang dan Terengganu mencatatkan satu kluster baharu.
Satu-satunya kluster bukan tempat kerja hari ini ialah Kluster (Keagamaan) Jalan Sekerat di Kedah dan ia melibatkan daerah Kuala Muda dan Kulim dengan kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
“Kluster ini melibatkan individu-individu yang menghadiri sebuah mesyuarat yang berlangsung di Jalan Sekerat, Sungai Petani serta kontak rapat mereka.
“Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/1208-kes-baharu-penularan-terendah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 836 Tiada Persidangan Parlimen Sepanjang Tahun Ini

Rentasan 836 Tiada Persidangan Parlimen Sepanjang Tahun Ini

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 226 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8361 KERAJAAN ANGKUH DAN TIDAK PEDULI SENTIMEN RAKYAT ANWAR 2 UMNO CUBA TEGAK BENANG BASAH 3 VAKSIN DARI PELBAGAI PENGELUAR ADAKAH BERBEZA 4 NAK PARLIMEN DIBUKA DAPAT SOLAT HAJAT KUDETA
10 Tarikan Pelancongan Baharu Negeri Selangor Untuk Dikunjungi Di Tahun 2021

10 Tarikan Pelancongan Baharu Negeri Selangor Untuk Dikunjungi Di Tahun 2021

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 541 hits
Negeri Selangor sememangnya mempunyai tarikan pelancongannya yang tersendiri dari elemen budaya setempat kehijauan alam sekitar yang masih terpelihara kawasan urban dengan gaya hidup moden serta pilihan hidangan dan menu yang pelbagai dari ...
Covid 19 Kes Sembuh Lebih Tinggi Berbanding Kes Positif Baharu

Covid 19 Kes Sembuh Lebih Tinggi Berbanding Kes Positif Baharu

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 292 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Sebanyak 1 213 lagi kes positif baharu Covid 19 direkodkan untuk tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengahari Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 1 207 kes merupakan p...
Pencegahan Stunting Dan Pendataan Keluarga Dua Agenda Besar Bkkbn Sepanjang Tahun 2021

Pencegahan Stunting Dan Pendataan Keluarga Dua Agenda Besar Bkkbn Sepanjang Tahun 2021

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 292 hits
Pendataan Keluarga yang akan dilakukan BKKBN dimaksudkan untuk memotret kondisi keluarga Indonesia sementara percepatan pencegahan stunting dilakukan salah satunya untuk mempersiapkan SDM unggul
Lelaki Tembak Isteri Dan Sumbat Dalam Tong Dihukum Penjara 6 Tahun Miliki Senapang Sebutan Kes Bunuh 18 April

Lelaki Tembak Isteri Dan Sumbat Dalam Tong Dihukum Penjara 6 Tahun Miliki Senapang Sebutan Kes Bunuh 18 April

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 682 hits
1 230 total views 565 views today Sebelum ini negara dikejutkan dengan berita kematian seorang wanita yang didakwa dibunuh oleh suaminya sendiri dan mayat mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam tong air sebelum ditanam di ladang serai Terki...
Suspek Berusia 57 Tahun Kes Bunuh Nik Khatijah Ditahan

Suspek Berusia 57 Tahun Kes Bunuh Nik Khatijah Ditahan

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 495 hits
1 593 total views 1 593 views today Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia Nik Khatijah Nik Mud 32 yang ditemukan dalam keadaan leher dijerut di rumah sewanya di Taman Ban...
Ada Kes Anak 4 Tahun Hanya Minum Susu Makan Nugget Biskut Je Bahaya Overdose Susu

Ada Kes Anak 4 Tahun Hanya Minum Susu Makan Nugget Biskut Je Bahaya Overdose Susu

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 407 hits
Bila disua makanan pada anak lalu di tolak Mulut tertutup kemas walaupun di paksa Tentu mama ayah pernah alami situasi di mana anak menolak makanan dan hanya inginkan susu serta makanan ringan Pening bila berada dalam situasi ini kan SUSU S...
Covid 19 Sebanyak 2 154 Kes Positif Baharu Dengan Enam Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Covid 19 Sebanyak 2 154 Kes Positif Baharu Dengan Enam Kematian Di Rekodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 248 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 2 154 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid 19 di Malaysia kini mencecah 310 097 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut lima kes import mendapat ...
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Doa Dipermudahkan Urusan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pengurusan Masjid Halang Pengebumian Suami Isteri Alasan Penduduk Luar

Rafizi Beri Bayangan Tak Tanding Pru16 Tinggalkan Pkr