5 Alternatif Aplikasi Waktu Solat Selain Muslim Pro Untuk Tahun 2021



Jika anda sedang mencari aplikasi Waktu Solat yang sesuai untuk telefon bimbit anda, disini saya cuba senaraikan cadangan 5 aplikasi Waktu Solat untuk tahun 2021 sebagai alternatif kepada aplikasi Muslim Pro.
Mungkin selepas isu penjualan data pihak Muslim Pro kepada pihak ketiga tahun lalu, ramai cuba beralih kepada aplikasi lain yang lebih selamat. Walaubagaimanapun, pembangun aplikasi tersebut telah mendangkal kenyataan tersebut dimana tiada data leak yang berlaku. Semua perkara itu adalah salah faham sahaja. Tetapi betul ke sebenarnya? kita tidak tahu
Selepas isu tersebut jugalah, rakyat Malaysia delete aplikasi Muslim Pro daripada telefon masing-masing dan mencari aplikasi yang lain. Jadi jika anda salah seorang yang sedang mencari aplikasi waktu solat dan laungan azan yang sesuai untuk tahun 2021 selain Muslim Pro, anda boleh tengok senarai ini.

5 Aplikasi Waktu Solat Yang Terbaik Untuk Tahun 2021Senarai aplikasi ini ada yang menyediakan untuk pengguna Android sahaja atau iOS sahaja. Dan ada juga disediakan untuk kedua-dua platform tersebut. 
1.  The Noor
Baru-baru ini, usahawan muda berjaya, Neelofa telah melancarkan aplikasinya sendiri yang mengfokuskan kepada kehidupan sebagai seorang muslim iaitu The Noor. Aplikasi ini menyediakan banyak fungsi seperti notifikasi Azan dan waktu solat, al-quran, fungsi kiblat dan playlist al-quran untuk dengar pada bila-bila masa.
BACA : Aplikasi Muslim Pro Memperdengarkan Suara Neelofa Membacakan Makna Al-Quran
Fokus kepada fungsi waktu solat, ianya menggunakan pengiraan daripada JAKIM, jadinya tepat khusus bagi penggunaan di Malaysia. Selain itu ada juga fungsi cuaca bagi setiap waktu solat tersebut. Untuk laungan azan, terdapat 3 muazzin yang anda boleh pilih iaitu Akbar Azmi, Sheikh Idris Sulaiman dan Yasin Sulaiman. Semuany sedap didengari.
Untuk antaramuka, ianya mudah digunakan dengan segala ciri mudah difahami. Jangan risau, ada 5 pilihan bahasa disediakan termasuk English dan Bahasa Melayu. Anda boleh menggunakan aplikasi The Noor secara percuma untuk semua fungsi dan ianya tiada iklan diselitkan. Anda juga boleh tukar warna tema tau. Ikut kesesuai anda.
Jika berminat, boleh download aplikasi The Noor di Google Play Store atau Apple App Store. alert-success
2.  Waktu Solat Malaysia
Aplikasi Waktu Solat Malaysia dibangunakan oleh Media Prima Digital Sdn. Bhd. Aplikasi ini juga mengfokuskan kepada waktu solat disamping fungsi-fungsi lain. Ada ciri al-quran, doa-doa asas seperti  doa wuduk, doa solat, doa qunut, doa azan dan macam-macam lagi. Juga disediakan senarai restoren halal dan masjid berhampiran dengan anda. Tidak lupa juga, ada fungsi arah kiblat.
Untuk notifikasi azan, hanya terdapat 2 muazzin iaitu daripada Ustaz Hj Abu Bakar Bin Sairi dan juga Mohammed Najib bin Jemoin. Bunyinya juga agak lantang berbanding aplikasi lain sepanjang saya menggunakan aplikasi ni. Jadi nak bangun subuh, macam senang sikit la.
Aplikasi ini boleh digunakan secara percuma untuk semua fungsi tetapi diselitkan sedikit iklan pada beberapa bahagian. Ianya agak kacau kadang-kala. Selain itu, kadang waktu solatnya juga berbeza.
Jika berminat, boleh download aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play Store, Huawei App Gallery atau Apple App Store. alert-success

3.  Iman / Iman Pro
Aplikasi Iman antara interface yang paling simple dan minimalis daripada senarai ini. Ianya dibangunkan oleh orang Malaysia. Jadi tiada masalah kebocoran data atau jualan data kepada pihak ketiga la. Aplikasi iman juga mengfokuskan kepada waktu solat disamping fungsi lain. Ada fungsi kiblat, cari restoren halal dan masjid terdekat, dan sebagainya.
Selain daripada waktu solat Malaysia yang diambil daripada JAKIM, Iman juga menyediakan waktu solat bagi negara-negara lain yang diambil daripada MUIS, Singapore, Kementerian Agama RI, Indonesia, Pusat Da'wah Islamiah, Brunei FIANZ, New Zealand dan banyak lagi. Jadi anda boleh dapatkan waktu solat yang tepat apabila berada di luar negara.
Aplikasi Iman boleh didapati dengan percuma tetapi fungsi adalah terhad. Jadi anda boleh dapatkan Iman Pro untuk menggunakan semua fungsi yang disediakan dengan harga RM19.90 sekali bayar. Untuk tips, jika sebelum ini, anda boleh dapatkan secara percuma ketika tarikh hari jadi pembangun mereka atau dalam bulan Ramadan. Adalah lebih baik dapatkan Iman Pro bagi support produk lokal ini
Aplikasi ini hanya disediakan untuk pengguna iPhone, Serius, bagi saya Iman Pro adalah aplikasi terbaik bagi pengguna iOS.
Jika berminat, boleh download aplikasi di App Store untuk Iman atau Iman Pro. alert-success
4.  MySolat
Kalau rasa aplikasi lain juga tidak selamat, mungkin anda boleh guna aplikasi MySolat yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Takkanlah Kerajaan nak jual data kita ke pihak ketiga kan. 
Aplikasi ini dibuat bagi memudahkan umat islam di Malaysia mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan ibadah Solat. Antara kemudahan dan fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini ialah Waktu Solat bagi seluruh Malaysia, al-Quran, arah kiblat, kalender Islam, masjid terdekat, doa harian, koleksi bacaan, infografik, tasbih digital dan banyak lagi. Ianya seperti one-stop-center kepada ibadah harian. Sepertinya tiada fungsi tukar muazzin lain. Hanya disediakan seorang sahaja untuk tukang azan.
Aplikasi MySolat boleh didapatkan secara percuma untuk semua fungsi, tiada aplikasi premium. Tetapi tiada iklan yang diselitka Walaubagaimanapun, ianya seperti agak berat dan lambat respon tetapi masih lagi boleh digunakan seperti biasa. Aplikasi ini dibangunkan untuk pengguna Android sahaja
Jika berminat, boleh download aplikasi MySolat di Play Store. alert-success
5.  QalbyApp
Sebuah lagi aplikasi waktu solat yang dikeluarkan oleh public figure tempatan. Kali ini ianya merupakan hasil daripada tim Mizz Nina melalui syarikat Eternal Rewards Sdn. Bhd. Untuk perbezaan daripada aplikasi lain, mungkin dari segi bahasa. Ini kerana ianya hanya menyediakan untuk bahasa Inggeris sahaja, tiada bahasa melayu.
Qalby App ada fungsi waktu solat, arah kiblat, jurnal, al-quran dan juga koleksi doa harian. Antaramukanya juga simple sahaja dengan menggunakan warna gradien lembut merah-biru-hijau. Untuk muazzin ianya hanya menggunakan seorang iaitu Imam Mekah.
Untuk baca e-jurnal anda perlu Sign Up. Aplikasi ini disediakan secara percuma tanpa iklan diselitkan pada mana-mana bahagian. Mudah digunakan.
Jika berminat, boleh download aplikasi QalbyApp di Play Store atau App Store. alert-success

Inilah antara bagi saya yang terbaik yang pernah saya guna selama ini. Tetapi sebenarnya, saya masih menggunakan aplikasi Muslim Pro sehingga kini. Bukan sebab tak takut isu data peribadi tetapi pada aplikasi ni, semua ada. Jadi lebih baik guna 1 aplikasi sahaja. 
Anda guna aplikasi apa untuk waktu solat? Kongsikan di ruang komen dibawah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2021/03/aplikasi-waktu-solat-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piala Sumbangsih 2021 Jdt Pertahan Kejuaraan Empat Tahun Berturut Turut

Piala Sumbangsih 2021 Jdt Pertahan Kejuaraan Empat Tahun Berturut Turut

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 313 hits
Johor Darul Ta zim muncul pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2021 selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC 2 0 di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri malam ini SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub con
Mydigital Perkhidmatan 5g Boleh Dinikmati Secara Berperingkat Bermula Penghujung Tahun 2021 Ini

Mydigital Perkhidmatan 5g Boleh Dinikmati Secara Berperingkat Bermula Penghujung Tahun 2021 Ini

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 263 hits
Hari ini Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia sekaligus berkongsi sejumlah perkara yang dijangka untuk dicapai menjelang 2030 Mengikut pelan MyDigital ia disasarkan menjelang 2025 kelak ekonomi...
Atvi Buka Pendaftaran Mahasiswa Baru Tahun Ajaran 2021

Atvi Buka Pendaftaran Mahasiswa Baru Tahun Ajaran 2021

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 259 hits
Wakil Direktur III Bidang Kemahasiswaan ATVI Hans Utama mengatakan bagi para calon peserta didik bisa melihat informasi pendaftaran melalui website www atvi ac id atau bisa langsung datang ke kampus ATVI di Jalan Damai 11 Daan Mogot Jakarta...
Biasiswa Pinjaman Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

Biasiswa Pinjaman Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 389 hits
Musim persekolahan dan mahasiswa sudah mula dengan semester baru Jadi disini kami cuba senaraikan pelbagai bantuan pelajaran yang sesuai untuk anda dalam kategori biasiswa pinjaman zakat dan sebagainya untuk tahun 2021 Bantuan ini pastinya ...
Aplikasi Oppo Heymelody Akan Hadir Ke Ios Pada Pertengahan 2021

Aplikasi Oppo Heymelody Akan Hadir Ke Ios Pada Pertengahan 2021

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 154 hits
Aplikasi HeyMelody oleh Oppo perlu dimuat turun bagi membolehkan pelbagai ciri tambahan aksesori audio mereka diubah oleh pengguna Ini adalah rungutan awal pembeli aksesori TWS Oppo yang tidak menggunakannya pada peranti keluaran mereka Apl...
Pandemi Covid 19 Pemerintah Tetapkan Perubahan Cuti Bersama Tahun 2021 Dipotong 5 Hari

Pandemi Covid 19 Pemerintah Tetapkan Perubahan Cuti Bersama Tahun 2021 Dipotong 5 Hari

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 168 hits
Demi menekan angka penyebaran Covid 19 cuti bersama yang semula 7 hari kini menjadi 2 hari saja
Hiburan Rasa Sia Sia Saja Solat 5 Waktu Tapi Tak Tutup Aurat Aishah Azman Akui Sudah Berhijab

Hiburan Rasa Sia Sia Saja Solat 5 Waktu Tapi Tak Tutup Aurat Aishah Azman Akui Sudah Berhijab

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 271 hits
Dalam diam pelakon Aishah Azman telah memberikan perkhabaran gembira menerusi laman media sosial miliknya Katanya dia meluahkan rasa syukur kerana sudah berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya Wanita berusia 25 tahun itu menjelaskan bahaw...
7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 224 hits
7 cara mudah Menunaikan solat pada awal waktu Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulilah masih di berikan kesempatan dan kesihatan yang baik sehingga hari ini alhamdulilah Baik banyak kebaikan yang bakal kita perolehi apabila kita sen...
Celcom Akan Menamatkan Rangkaian 3g Pada Hujung Tahun 2021

Celcom Akan Menamatkan Rangkaian 3g Pada Hujung Tahun 2021

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 223 hits
Selari dengan pengumuman kerajaan sebelum ini Celcom kini sekali lagi mengesahkan yang mana mereka akan menamatkan rangkaian 3G pada hujung tahun 2021 ini Celcom mengatakan pelanggan yang terlibat dan masih menggunakan rangkaian 3G boleh be...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats