Kampung Pelangi Tempat Menarik Destinasi Percutian Di Selangor


Kampung Pelangi Tempat Menarik Destinasi Percutian di Selangor. PASTI ada antara kita yang pernah mendengar tentang kisah sebuah kampung di Semarang, Selatan Indonesia yang dahulunya tiada tarikan dan hanyalah sebuah lokasi biasa. Namun siapa sangka kampung itu kini menjadi lokasi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong dari seluruh dunia yang tertarik dengan keunikannya.



Kampung Pelangi yang terletak di Randusari, Jawa Tengah ini cukup menarik dengan hampir keseluruhan bangunan dan landskapnya dicat dengan pelbagai warna persis pelangi.
Kampung Pelangi Tempat Menarik Destinasi Percutian di Selangor
Bangunan dan landskap yang dicat degnan pelbagai warna cukup menarik.


Tapi nanti dulu! Kita mungkin tidak boleh ke luar negara ketika ini akibat pandemik namun di Kuala Selangor sendiri terdapat lokasi mirip seperti di Indonesia!


Kampung Pelangi Kuala Selangor (KPKS) di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor, bakal menjadi tarikan pelancong yang gemarkan keunikan serta pelbagai aktiviti menyeronokkan.
Kampung Pelangi Tempat MenarikBerinspirasikan Kampung Pelangi di Indonesia, Korea dan Taiwan, KSCC diusahakan oleh seorang pendakwah dan penulis buku yang juga Pengarah Urusan Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC), Ustaz Kamil Sidek.


Kanak-kanak boleh bermain dengan haiwan yang terdapat di zoo mini.


Kamil ketika dihubungi mStar memberitahu, KPKS sebenarnya sudah wujud sejak 2015 yang asalnya adalah sebuah tapak kem untuk pelbagai aktiviti seperti kem kepimpinan pelajar, kem motivasi, hari keluarga dan sebagainya.


Bagaimanapun kata Kamil, ketika negara dilanda wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu, beliau mengambil keputusan untuk menaik taraf tapak yang berkeluasan tiga ekar tersebut.


"Kami membina sebuah zoo mini dengan membawa pelbagai binatang seperti rusa, kuda, ostrich, iguana, kambing, burung dan sebagainya.


Pengunjung boleh memilih untuk menginap di Hobbitstay.


"Kewujudan zoo mini ini sebagai menambah aktiviti sedia ada serta membolehkan keluarga yang datang bersama anak-anak mendekati haiwan ini dengan lebih dekat," katanya.


Jelasnya, idea mengecat bangunan dan landskap di KPKS dengan pelbagai warna selepas mendapat inspirasi dari Kampung Pelangi lain di luar negara termasuk di Indonesia.
Tempat Menarik Destinasi Percutian di SelangorKamil juga memberitahu, pihaknya turut bertuah kerana mendapat kerjasama daripada Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang memberi bantuan untuk membeli cat.



Pemandangan indah di Kampung Pelangi Kuala Selangor.

"Kos membeli cat sekitar RM5,000 dan kami menggunakan cat minyak dan cat air bagi membolehkan ia tahan lebih lama.


"Boleh dikatakan hampir semua kawasan di tempat ini berwarna-warni dan cukup menarik perhatian dan Alhamdulillah kerjasama daripada ahli parlimen Kuala Selangor merealisasikan projek ini," ujarnya yang mesra disapa Ustaz Kay.


Tidak hanya memfokus kepada warna, Kamil memberitahu KPKS juga turut menitikberatkan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga malah pelancong boleh menginap di situ.



Antara tempat menarik di Kampung Pelangi Kuala Selangor.


Di situ pengunjung boleh memilih untuk menginap di beberapa penginapan pelbagai jenis yang cukup menarik.


Tidak hanya menginap, Kamil memberitahu sebahagian wang bayaran tiket masuk, sewaan bilik penginapan dan bayaran pakej akan diperuntukkan untuk kelestarian Pondok Balai Ilmu (PBI).


"PBI menyediakan kelas pengajian Iqra' dan al-Quran untuk kanak-kanak, pengajian Fiqh Muslimat dan pengajian Daurah Kitab untuk umum secara percuma kepada masyarakat setempat.



Ustaz Kay berharap Kampung Pelangi Kuala Selangor dapat menjadi destinasi pilihan percutian domestik keluarga.


"Ia adalah sebagai salah satu usaha bagi memberi manfaat kepada penduduk setempat dan sebahagian caj dikenakan kepada pengunjung akan disalurkan kepada PBI," katanya.


Sementara itu, Kamil memberitahu KPKS akan dibuka kepada orang ramai bermula 5 Mac (Jumaat) ini selepas kerajaan mengumumkan PKP di Selangor diganti kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 18 Mac depan.


Kamil memberitahu telah menjadi hasratnya untuk melihat KPKS sebagai sebuah destinasi sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga.

Antara aktiviti riadah yang boleh dilakukan di Kampung Pelangi.

"Sudah tentu dalam suasana pandemik ini, pihak kami mengutamakan keselamatan pengunjung serta melakukan SOP ketat yang disarankan kerajaan.


"KPKS bukan sahaja untuk keluarga beriadah tetapi ia juga sumber rezeki untuk masyarakat setempat yang mana kebanyakan pekerjanya adalah penduduk di kawasan ini," katanya.


Apakah keistimewaan dan kelebihan KPKS berbanding Kampung-kampung Pelangi lain yang telah ada di seluruh dunia?


1) Boleh melawat dan menginap pelbagai jenis penginapan yang ada di KPKS seperti Homestay, Busstay, Cabinstay, Tubestay, Villastay, Arabianstay dan Hobbitstay.


Santai di hadapan unggun api pada waktu malam.


2) Ada zoo mini pelbagai haiwan seperti rusa, kuda, ostrich, iguana, angsa, kambing, burung, ayam, mereka, kura-kura dan sebagainya.


3) Pelbagai aktiviti terdapat di KPKS selain melihat warna warni pelangi pada bangunan seperti Yoyocart, Archery, Pet Feeding, Keretapi Drum ATV, Soopa Doopa, Trampoline, memancing, bermain bola sepak, BBQ dan berehat di buaian hammock.


4) Kampung Pelangi Kuala Selangor juga berfungsi sebagai tapak campsite untuk aktiviti kokurikulum sekolah seperti kem kepimpinan pelajar, kem motivasi, team building, hari keluarga dan sebagainya.


5) Terdapat juga Pengajian Fiqh Muslimat dan Daurah Kitab untuk umum yang merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) KPKS.
Kampung Pelangi Tempat Menarik Destinasi Percutian di SelangorSumber: mStar
Tags/Kata Kunci:
Kampung Pelangi Kuala Selangor, PKS, percutian domestik, travel Selangor, Tourism Selangor, Ustaz Kay, Cuti-Cuti Malaysia, menarik Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaomg.blogspot.com/2021/03/kampung-pelangi-tempat-menarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenali 10 Tempat Menarik Baharu Di Selangor Serta Alamat Lengkap Untuk Tahun 2021

Kenali 10 Tempat Menarik Baharu Di Selangor Serta Alamat Lengkap Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 524 hits
Kenali 10 Tempat Menarik Baharu Di Selangor Serta Alamat Lengkap Untuk Tahun 2021 Sejak PKP dilonggarkan dan dah boleh rentas daerah sejak 5 Mac lalu telah membuka peluang untuk pelancongan di dalam negeri Lagi berita baik kerajaan dah bena...
Tempat Menarik Di Langkawi Pantai Cenang Antara 25 Lokasi Pilihan Di Asia

Tempat Menarik Di Langkawi Pantai Cenang Antara 25 Lokasi Pilihan Di Asia

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 285 hits
Tempat Menarik Di Langkawi Pantai Cenang antara 25 lokasi pilihan di Asia PANTAI Cenang telah dipilih sebagai salah satu pantai terbaik di Asia oleh pembaca dan pengikut platform pelancongan dalam talian terbesar dunia TripAdvisor TripAdvis...
Ulasan Ringkas Terengganu Berikan Selangor Reality Check

Ulasan Ringkas Terengganu Berikan Selangor Reality Check

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 229 hits
Jika nak bercerita soal taktikal kedua dua pasukan dilihat terkial kial dengan banyak isu taktikal Namun Terengganu ada perkara untuk menutup kelemahan itu yang Selangor tak ada iaitu penyudah yang tajam Terengganu memulakan perlawanan deng...
Nak Berlari Pusing Selangor Dulu

Nak Berlari Pusing Selangor Dulu

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 320 hits
Tourism Selangor Teruskan Sokongan Penuh Terhadap Acara Malaysia Women Marathon yang Kembali secara Maya Tahun Ini dengan Tambahan Pilihan Jarak Larian serta Pengenalan Kategori Berbasikal PETALING JAYA 8 Mac 2021 Sambutan Hari Wanita Sedun...
Mesra Disenangi Ramai Tuan Nik Ezanee Naik Pangkat Jadi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor

Mesra Disenangi Ramai Tuan Nik Ezanee Naik Pangkat Jadi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 338 hits
1 716 total views 1 716 views today Siapa sahaja yang tidak kenal dengan keperibadian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal Seorang pegawai polis yang cukup terkenal dengan sifat kasih sayang nilai kemanusiaan dan ihsa...
Selangor Kekal Negeri Tertinggi Jangkitan Covid 19

Selangor Kekal Negeri Tertinggi Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 214 hits
SELANGOR terus mencatat kes harian Covid 19 tertinggi nbsp ketika negeri itu melaporkan 551 daripada 1 470 jangkitan dalam 24 jam terakhir Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sarawak dan Pulau Pinang mengikuti Selangor ...
Jais Polis Selangor Bincang Kesan Muhammad Sajjad

Jais Polis Selangor Bincang Kesan Muhammad Sajjad

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL ARJUNAIDI MOHAMEDSHAH ALAM Majlis Agama Islam Selangor mengesahkan Jabatan Agama Islam Selangor telah mengadakan perbincangan dengan Polis Selangor berhubung usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau l...
Pas Selangor Tidak Sehaluan Dengan Pusat

Pas Selangor Tidak Sehaluan Dengan Pusat

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 236 hits
MSO Pas Selangor dilihat tidak sehaluan dengan induknya Pas Pusat apabila menolak pelantikan dalam Penggerak Komuniti Tempatan yang ditawarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dipegang oleh...
10 Tarikan Pelancongan Baharu Negeri Selangor Untuk Dikunjungi Di Tahun 2021

10 Tarikan Pelancongan Baharu Negeri Selangor Untuk Dikunjungi Di Tahun 2021

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 312 hits
Negeri Selangor sememangnya mempunyai tarikan pelancongannya yang tersendiri dari elemen budaya setempat kehijauan alam sekitar yang masih terpelihara kawasan urban dengan gaya hidup moden serta pilihan hidangan dan menu yang pelbagai dari ...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan