Kemungkinan Pelaku Dosa Besar Masuk Syurga Tanpa Hisab



SOALAN:
Adakah ada kemungkinan bagi pelaku dosa besar masuk syurga tanpa hisab?

JAWAPAN:
Pertama, kami mulakan dengan firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya).” (Surah al-Nisa: 48)

Ibn Jarir al-Tabari dalam menjelaskan ayat ini menyebut: “Ayat ini menjelaskan bahawa semua pelaku dosa besar berada di bawah kehendak Allah. Jika berkehendak, Dia memaafkannya, dan jika berkehendak, Dia akan menyeksanya. Selama mana dosa besarnya bukanlah sebuah kesyirikan kepada Allah.” (Lihat: Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil ay al-Quran, 8/450)

Imam Ibn Kathir pula menjelaskan dengan berkata: “Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik iaitu ketika seorang hamba bertemu-Nya dalam keadaan berbuat syirik.” (Lihat: Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 3/129)

Menurut Ibn al-Jauzi, Allah SWT tidak akan mengampuni orang yang musyrik yang mati dalam kesyirikan. (Lihat: Zad al-Masir, 2/103)

Di tempat yang lain, Allah SWT berfirman:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Zumar: 53)

Ibn Kathir menjelaskan: “Ia merupakan pengkhabaran bahawa Allah SWT mengampuni semua dosa bagi sesiapa yang bertaubat daripada dosa-dosa itu, walau apapun dosa yang dia lakukan, walaupun ia sebanyak buih di lautan. (Namun), tidaklah benar untuk memahami ayat ini kepada mereka yang tidak bertaubat. Ini kerana dosa syirik tidak diampuni bagi sesiapa yang tidak bertaubat daripadanya.” (Lihat: Tafsir al-Quran al-Azim, 7/106)

Ibn Jarir al-Tabari dalam Jami’ al-Bayan (20/465) meriwayatkan bahawa Abdullah bin Mas’ud R.A berkata: “Umat ini terbahagi kepada tiga bahagian pada hari Kiamat. 1/3 akan masuk syurga tanpa hisab, 1/3 yang lain akan dihisab dengan hisab yang mudah dan 1/3 yang lain datang dengan dosa yang banyak sehingga Dia berfirman: “Siapa mereka?” dan Dia Maha Mengetahui, maka Malaikat menjawab: “Mereka datang dengan membawa dosa yang banyak. Hanya sahaja mereka tidak menyekutukan-Mu dengan sesuatu, maka Allah berfirman: “Masukkan mereka ke dalam luasnya rahmat-Ku.” Lalu Abdullah bin Mas’ud R.A membacakan ayat ini:

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا
“Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami.” (Surah Fatir: 32)

Justeru, dengan bertaubat kepada Allah, sebesar mana dosa kita pun, selain daripada syirik, maka Allah SWT Maha Pengampun. Benarlah firman Allah SWT:

نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).” (Surah al-Hijr: 49)

Syeikh al-Maraghi menyebut dalam mentafsirkan ayat ini: “(Maksudnya), wahai Rasul! Khabarkan kepada sekalian hamba-Ku, sesungguhnya Akulah yang akan menghapuskan segala dosa mereka, sekiranya mereka bertaubat dan kembali kepada-Ku. Maksudnya tidak membuka keaiban mereka dan tidak menyeksa mereka kerananya, dan sesungguhnya Aku Maha Penyayang terhadap mereka daripada mengazabkan mereka setelah mereka bertaubat daripada dosa.

Dalam firman-Nya: “نَبِّئْ عِبَادِي” (Wahai Rasul! Khabarkan kepada sekalian hamba-Ku), terdapat petunjuk bahawa Rasul memberi khabar gembira kepada setiap orang yang mahu mengakui ‘Ubudiyyahnya (kehambaannya) kepada Allah SWT, maka termasuk di dalam golongan orang Mukmin yang taat dan yang bermaksiat. Di sini nampak jelas, bahawa aspek rahmat Allah SWT dapat mengalahkan aspek seksaan-Nya. (Lihat: Tafsir al-Maraghi, 7/3678)

Kedua, berkenaan dengan persoalan masuk syurga tanpa hisab, kami nyatakan di sini beberapa hadith Nabi SAW. Diriwayatkan daripada Imran bin al-Husain R.A, Nabi SAW bersabda:

يَدْخُلُ الجَنَّةَ مِن أُمَّتي سَبْعُونَ ألْفًا بغيرِ حِسابٍ، قالوا: مَن هُمْ يا رَسولَ اللهِ؟ قالَ: هُمُ الَّذِينَ لا يَسْتَرْقُونَ، ولا يَتَطَيَّرُونَ، ولا يَكْتَوُونَ، وعلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Tujuh puluh ribu dari umatku akan masuk syurga tanpa hisab.” Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang tidak minta diruqyah (dengan ruqyah yang syirik), tidak mengamalkan tatayyur, tidak menggunakan pengubatan dengan besi (yang dilarang) dan mereka selalu bertawakkal pada Rabbnya.” [Riwayat al-Bukhari (5752) dan Muslim (220)]

Imam al-‘Aini menjelaskan: “Maksud mereka tidak minta diruqyah, iaitu yang dilakukan oleh tuan jampi seperti demam, kena rasuk dan seumpamanya. Telah datang sebahagian hadith mengharuskannya dan sebahagian yang lain melarangnya. Maksud larangan tersebut adalah apabila dijampi bukan dengan bahasa arab yang difahami dan bukan dengan nama-nama Allah serta sifat-Nya.” (Lihat: Umdah al-Qari, 23/69)

Ibnul Qayyim menyebut bahawa sifat utama dari 70,000 orang tersebut terkumpul pada sifat tawakkal. Kerana tawakkal mereka yang sempurna; iaitu mereka tidak meminta diruqyah, tidak menggunakan pengubatan dengan besi (yang dilarang) dan tidak beranggapan sial. (Lihat: Miftah Dar al-Sa’adah, 3/1483)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d R.A, Nabi SAW bersabda:

لَيَدْخُلَنَّ الجَنَّةَ مِن أُمَّتي سَبْعُونَ ألْفًا، أوْ سَبْعُ مِئَةِ ألْفٍ - لا يَدْرِي أبو حازِمٍ أيُّهُما قالَ - مُتَماسِكُونَ، آخِذٌ بَعْضُهُمْ بَعْضًا، لا يَدْخُلُ أوَّلُهُمْ حتَّى يَدْخُلَ آخِرُهُمْ، وُجُوهُهُمْ علَى صُورَةِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ
“Sungguh, tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu dari umatku akan masuk syurga. Mereka saling berpegangan satu sama lain, tidaklah yang terdepan masuk syurga sehingga yang belakang turut masuk. Wajah mereka seperti bulan malam purnama.” [Riwayat al-Bukhari (6554)]

Berdasarkan umum hadith ini, sekiranya memenuhi kriteria yang disebutkan, maka seseorang itu akan memasuki syurga tanpa dihisab.

Kesimpulan

Berdasarkan nas-nas serta kenyataan di atas, sekiranya seseorang pelaku dosa besar itu bertaubat, maka dia kemungkinan boleh termasuk dalam golongan yang masuk ke dalam syurga tanpa hisab. Namun, taubat tersebut hendaklah dilakukan dengan sepenuh hati dengan memenuhi segala rukun-rukun dan syarat-syarat taubat.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Imran bin al-Husain R.A bahawa seorang wanita telah berzina, lalu dijatuhkan hukuman rejam terhadapnya. Kemudian jenazahnya disolatkan oleh Rasulullah SAW. Sayyidina Umar R.A kehairanan lalu bertanya: “Engkau telah bersolat ke atasnya wahai Nabi Allah sedangkan dia telah berzina?” Jawab Baginda Nabi SAW:

لَقَدْ تَابَتْ تَوْبَةً لَوْ قُسِمَتْ بَيْنَ سَبْعِينَ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ لَوَسِعَتْهُمْ ، وَهَلْ وَجَدْتَ تَوْبَةً أَفْضَلَ مِنْ أَنْ جَادَتْ بِنَفْسِهَا لِلَّهِ تَعَالَى
“Sesungguhnya dia telah benar-benar bertaubat yang kalau diagih-agihkan bahagian taubat itu kepada 70 orang penduduk Madinah nescaya akan mencukupi mereka. Apakah engkau jumpa suatu taubat yang lebih utama daripada seseorang yang sanggup menggadaikan nyawa kerana Allah Taala?” [Riwayat Muslim (1696)]

Manakala, bagi pelaku dosa besar yang tidak bertaubat, maka ia bergantung atas kehendak Allah SWT, sama ada mengampunkannya atau mengazabkannya, selagimana dia tidak melakukan syirik kepada Allah SWT.

Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam golongan mereka yang masuk ke dalam syurga-Nya tanpa hisab. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/kemungkinan-pelaku-dosa-besar-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Yang Dimaksudkan Dosa Besar

Apakah Yang Dimaksudkan Dosa Besar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 579 hits
Apakah Yang Dimaksudkan Dosa Besar Dosa besar atau kecil tetap mendapat balasan yang setimpal atas segala perbuatan yang kita lakukan Buat baik dapat balasan syurga dan pahala manakala perbuatan jahat dibalas dengan dosa di pengakhiran ke n...
Adakah Menyebabkan Ibu Bapa Menangis Termasuk Dosa Besar

Adakah Menyebabkan Ibu Bapa Menangis Termasuk Dosa Besar

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 256 hits
SOALAN Benarkah tangisan ibubapa akibat perbuatan buruk kita termasuk di dalam dosa besar Apakah terdapat hadith berkaitan hal ini JAWAPAN Sebagai seorang anak telah menjadi satu kewajipan ke atas diri mereka untuk berlaku ihsan kepada kedu...
Hutang Penghalang Masuk Syurga

Hutang Penghalang Masuk Syurga

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 1397 hits
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata Rasulullah SAW bersabda Jiwa seorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya hingga dijelaskan Status Hadis SahihPengajaran 1 Hutang untuk keperluan adalah suatu yang diharuskan2 Setiap hutang perlu dituli...
Nak Sangat Masuk Syurga Usahalah Sendiri Anak Alami Depression Akibat Terlalu Ditekan Ibu Bapa

Nak Sangat Masuk Syurga Usahalah Sendiri Anak Alami Depression Akibat Terlalu Ditekan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 523 hits
Nak sangat masuk syurga usahalah sendiri Anak alami depression akibat terlalu ditekan ibu bapaKehidupan setiap individu berbeza beza Ada kelebihan dan kekurangan masing masing Ada juga yang berasa sedih dan duka dengan kehidupan tetapi ada ...
Hukum Berjabat Tangan Ketika Masuk Ke Majelis

Hukum Berjabat Tangan Ketika Masuk Ke Majelis

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 295 hits
Pertanyaan Apakah berjabat tangan ketika masuk kepada orang orang yang duduk di majelis ada dalilnya dari Kitabullah dan Sunnah atau fi il perbuatan Rasulullah shalallahu alaihi wasallam semoga Allah membalas Anda dengan kebaikan Jawaban ol...
Covid 19 Semakin Teruk Di Korea Hyunbin Hwang Jungmin Dihalang Masuk Ke Jordan Untuk Penggambaran

Covid 19 Semakin Teruk Di Korea Hyunbin Hwang Jungmin Dihalang Masuk Ke Jordan Untuk Penggambaran

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 264 hits
Semakin membimbangkan kes COVID 19 di Korea kini telah menjangkau angka 893 dan nampaknya tidak akan berkurangan dalam masa terdekat ini Kod kecemasan juga telah ditukar kepada warna merah menandakan betapa seriusnya masalah ini Beberapa ne...
Waspada Bunda Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan Hp Atalia Kamil Angkat Bicara

Waspada Bunda Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan Hp Atalia Kamil Angkat Bicara

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 278 hits
Waspada Bunda Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan HP Atalia Kamil Angkat BicaraKetua Tim Penggerak PKK Jawa Barat Atalia Praratya Kamil prihatin dengan kasus anak anak yang kecanduan ponsel dan gamePasalnya seiring berjalan...
Arti Mimpi Nyamuk Masuk Rumah

Arti Mimpi Nyamuk Masuk Rumah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 356 hits
Mimpi tentang serangga menjadi hal yang cukup aneh terutama ketika kamu bermimpi nyamuk Pengalaman mimpi ini akan mengganggu tetapi mencerminkan berbagai sikap yang terkait dengan
Firli Bahuri Janjikan Tangkap Koruptor Masuk Dpo Termasuk Sjamsul Nursalim

Firli Bahuri Janjikan Tangkap Koruptor Masuk Dpo Termasuk Sjamsul Nursalim

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 154 hits
Sejak menjabat pimpinan KPK Firli cs telah menetapkan empat buronan Yakni politikus PDIP Harun Masiku mantan Sekretaris MA Nurhadi keponakan Nurhadi bernama Rezky Herbiono dan Direktur PT MIT Hiendra Soenjoto
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut