Nak Sangat Masuk Syurga Usahalah Sendiri Anak Alami Depression Akibat Terlalu Ditekan Ibu Bapa


'Nak sangat masuk syurga, usahalah sendiri!' - Anak alami depression akibat terlalu ditekan ibu bapa


Kehidupan setiap individu berbeza-beza. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada juga yang berasa sedih dan duka dengan kehidupan, tetapi ada yang lebih bahagia kehidupannya. Dan kita sebagai individu yang tidak ‘memakai saiz kasut yang sama,’ tidak perlu terus menunding jari dengan setiap perkara yang berlaku. 
Kebelakangan ini, kita seringkali mendengar isu-isu mengenai tekanan yang dihadapi oleh seseorang. Ada yang memperlekehkan isu ini sedangkan isu ini sangat perlu dititikberatkan dan memerlukan sokongan moral dari orang sekeliling. 
Seperti perkongsian wanita ini, selain daripada mendekatkan diri dengan agama, individu yang mengalami tekanan amat memerlukan kasih sayang dari orang sekelilingnya. Selain itu juga, wanita ini juga berpesan supaya individu yang mempunyai simptom-simptom depresi, segera berjumpa dengan doktor atau meluahkan pada orang yang terdekat

SITUASI di kafe hospital:
"Dik, sebelah ni ada orang?"
"Takde kak, jemputlah duduk. Saya seorang je." 
"Akak pagi-pagi mesti kena kopi dulu. Kalau tidak, layu jer."
"Eh samalah kita kak, saya pun."
"Ada appointment ke kak?"
"Ya."
Kami pun borak-borak biasa, tanya itu ini. 
"Bagus dik, jaga Mak. Akak dulu pun jaga Mak akak. Akak anak tunggal. Hinggalah Mak takde.  Lepas tu Ayah pulak.  5 tahun lepas Mak meninggal, Ayah pun pergi. Cuma masa Ayah meninggal, Akak di luar negara, ikut suami kerja. Akak balik seorang, walaupun tak sempat nak tengok wajah akhir Ayah.  Dan itulah kali terakhir akak menangis."
Akak tu teruskan bercerita, muka memang sebak, tapi,  betul, takde air mata. 
"Akak ke sini, appointment klinik apa?"
"Psikitrik."
Terkedu saya. Pause. Tak tau nak cakap apa. Bimbang salah tanya, akak tu kecik hati. Mungkin akak tu faham perasaan saya, dia teruskan perbualan. 
"Ni lah sejak Ayah akak meninggal, 2007, sejak tu lah jadi depression. 
(Dah 13 tahun dia menderita depression). Akak tak boleh menangis. Setiap kali rasa sedih, sebak, perasaan tu tersekat ke tekak. Akak tak boleh nak luahkan dengan menangis."
"Bila macam tu, apa jadi kak?"
"Akak rasa emosi, nak marah. Bengang. Memang tak boleh tahan."
"Jadi, setiap kali sesi dengan Psikiatris, buat apa?" 
"Dia tahu nak tackle kita. Kita akan cerita dan dia tahu nak handle. Orang macam akak ni, tak boleh  orang setakat nak cakap sabar, sabar. Akak ni ada anak perempuan seorang. Buat masa ni, dia sibukkan diri dengan aktiviti sekolah anak dia. Kurang masa untuk dia sendirian. She is the reason for me to live and stay"
Senyum dia, begitu besar makna anak dia. Allahuakbar. Akak ni cerita juga tadi tentang anak buah kawan dia yang menghadapi depression. Remaja lelaki, umur sekitar 16-17. Anak ini seorang yang yang bijak, taat pada ibu ayah. Bersekolah di asrama sekolah sains tahfiz

Anaknya pernah mengadu tak mampu nak bawak dua-dua aliran, tapi mak ayah terus-terusan  pujuk. Jadi anak ini kuatkan hati dan dapat keputusan PT3 yang cemerlang. 
"This is for you.” kata si anak ketika dia hulurkan result PT3. 
Kali ini anak sudah sedikit berani, kekal dengan keputusan untuk teruskan aliran sains sahaja di Tingkatan 4.  Tapi ayah terus memujuk, "Ayah naklah seorang anak ayah jadi tahfiz, boleh bawa kami masuk syurga"
Tak tau dari mana datang keberanian, si anak membentak, 
"Nak sangat masuk syurga, usahalah sendiri! Ibu Ayah bangun jam 6 pagi nak pegi kerja. Abang pukul 4 pagi dah kena bangun, siapkan diri. Pergilah Ibu Ayah cuba duduk di asrama tu sebulan, tengok, boleh tahan ke tidak!"
Terus dia nak ke bilik, dihempas pintu bilik. Si Ayah masih fikir positif

"Tak apa, biarkan dia. Dia marah tu.  Nanti baiklah dia"
Si anak masih tak keluar bilik hingga keesokan pagi.  Bila emaknya check dalam bilik, jenuh ketuk, tak berbunyi. Mujur ada kunci spare.  Keadaan anak "mute". Duduk atas katil, merenung kosong dinding. Dihulur makanan, ya makan, tapi takde bunyi. 
Emak dan Ayah tak tau nak buat apa. Kebetulan adik emaknya tinggal berdekatan, dipanggilnya.  Bila makciknya datang, ditarik perlahan-lahan anak itu, dipeluk dan di baringkan diatas paha. Kemudian, ditepuk belakang anak itu perlahan-lahan dan dibisikkan, "It's ok, aunty ada. It's ok to cry."
Serta merta, si anak menangis sekuat-kuat  dan terhengut seakan bayi kecil. 
Alhamdullilah, cut story short, si anak kini tinggal bersama auntynya dan kini menjalani rawatan psikiatris. 
Sungguh, ini kali pertama saya berdepan dengan pesakit yang mengaku beliau ada masalah depression. (Yang disahkan doktor)

Secara zahirnya, beliau kelihatan sama macam kita semua, normal. Berbaju kurung, bertudung. Mukanya lembut dan ramah. Tiada yang pelik pada dirinya. Namun, itu luaran, rupanya dalamannya amat "sakit". Beliau menderita bertarung dengan "kesakitannya". 
Sebelum meninggalkan beliau saya peluk akak tu. Baru kenal, tapi saya yakin, ianya bukan kebetulan. Allah temukan saya dengan beliau untuk memberi pengajaran pada saya. 
Mari kawan-kawan, jika ada rasa gelisah, tak tenteram, ada yang tak kena, dapatkan rawatan
Jumpa psikiatrik, bukan bermakna awak gila. Berjumpa dengan yang pakar  boleh membantu kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Pelukan terhadap insan yang kita sayang, suami/isteri, anak-anak, mak/ayah, adik beradik mampu menenangkan jiwa. Dapat memecahkan ego hati seorang manusia. Perancangan kita tak selalunya terbaik. Kita rasa itulah plan kita yang harus dibentuk untuk anak², end of the day, Allah juga Maha Mengetahui. Dialah sebaik-baik perancang. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Al Quran itu penenang jiwa. Setiap kali buka Al Quran, doa dan katakan, Ya Allah, aku ingin bersahabat dengan AlQuran. Jadikan ia peneman hidupku. Mudahkan urusanku untuk membacanya siang dan malam. 
Maka, benarlah, kasih sayang itu perlu ditunjuk, bukan sekadar kata-kata. Depression, sesiapa pun  mudah menyebutnya, tak semudah orang yang menanggung. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 
Saya izinkan #SHARE, #Tag sahabat, ahli keluarga dan sesiapa saja,  kita tak tahu mungkin ada jiwa yang sedang sakit, tapi tidak kelihatan secara zahir. Mudahan perkongsian ini bermanfaat. 
Sumber: Nomie Mat Lias

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2020/03/nak-sangat-masuk-syurga-usahalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Anak Kehendak Sendiri Diketepikan Ini Kos Sebenar Ibu Bapa Tanggung Setiap Bulan

Demi Anak Kehendak Sendiri Diketepikan Ini Kos Sebenar Ibu Bapa Tanggung Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 340 hits
Kos hidup di Malaysia pada masa ini memang meningkat saban tahun tetapi jika nafsu kita juga meningkat maka muncullah masalah Jika kita pandai menguruskan kehidupan kita hidup dalam keadaan ekonomi yang bobrok macam mana sekalipun Terbaru s...
Setiap Ayat Keluar Dari Mulut Ibu Ayah Doa Yang Sangat Power Untuk Anak

Setiap Ayat Keluar Dari Mulut Ibu Ayah Doa Yang Sangat Power Untuk Anak

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 498 hits
Doa yang tidak disengajakan Percayakah anda kata kata anda sebagai ibu ayah ada suatu power yang tidak dapat digambarkan Percayakah anda dengan kata kata sahaja mampu mengubah sebuah kehidupan Perkongsian dari ini boleh mengambarkan dengan ...
Sedihnya Bapa Syria Ini Jual Buah Pinggang Sebab Nak Beli Khemah Untuk 8 Anak

Sedihnya Bapa Syria Ini Jual Buah Pinggang Sebab Nak Beli Khemah Untuk 8 Anak

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 301 hits
Seorang bapa pastinya akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan isteri dan anak anak dicintai dijamin selamat termasuklah mengorbankan organ badan yang dimiliki Bagai telur di hujung tanduk inilah perumpaan yang sesuai bagi menggambarkan si...
Kesalahan Yang Kerap Dibuat Oleh Ibu Bapa Dalam Menidurkan Anak

Kesalahan Yang Kerap Dibuat Oleh Ibu Bapa Dalam Menidurkan Anak

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 253 hits
Pada mereka yang sudah bergelar ibu bapa pengetahuan tentang menjaga dan mendidik anda hendaklah dipelajari dan jangan melakukan semua itu sesuka hati jika tidak mahu kesan buruk yang akan anda rasai bila mereka sudah besar Kesalahan Yang K...
Jaga Pengambilan Nutrisi Anak Masih Kurang Zat Besi Dalam Badan Ibu Ini Kongsi Makanan Nak Mudahkan Penyerapan Zat Besi

Jaga Pengambilan Nutrisi Anak Masih Kurang Zat Besi Dalam Badan Ibu Ini Kongsi Makanan Nak Mudahkan Penyerapan Zat Besi

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 312 hits
Bila anak anak tak sihat ibu dan ayah paling tak senang duduk Tapi itu semua menjadi kelaziman dalam membesarkan anak anak yang masih kecil Dalam perkongsian yang dibuat oleh Wawa Shauqi mengenai anaknya yang dimasukkan ke hospital selama 2...
Bapa 3 Anak Dicekup Lacurkan Isterinya Sendiri Di Hotel Di Kuala Terengganu

Bapa 3 Anak Dicekup Lacurkan Isterinya Sendiri Di Hotel Di Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 205 hits
Bapa ayam berdepan dengan pertuduhan melacurkan isterinya sendiri di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini Lelaki berusia 33 tahun itu yang juga bapa kepada tiga anak membuat pengakuan tidak bersalah di atas pertuduhan itu yang ...
Ibu Bapa Sekarang Yang Sayang Anak Berlebihan Jom Baca

Ibu Bapa Sekarang Yang Sayang Anak Berlebihan Jom Baca

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 435 hits
Sekarang ini zaman Ibu bapa sayang anak berlebihan Putri Kucing comelSengaja aku tulis tajuk macam tu senang paham Siapa yang berminat pasal topik ni boleh klik baca Yelah aku rasa betul entah kenapa mentaliti Ibu bapa sekarang tak sama lag...
Biar Anak Pegang Makanan Sendiri Baru Teruja Nak Makan Potato Stick Ni Paling Ringkas

Biar Anak Pegang Makanan Sendiri Baru Teruja Nak Makan Potato Stick Ni Paling Ringkas

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 688 hits
Bayi kita yang berusia hampir usia satu tahun selalu bereksperimen dengan setiap benda yang dilihat dan dipegangnya Walaupun ketika makan kita sebagai ibu bapa perlu memberikan pengalaman penuh bermakna dan teruja buat si kecil kita Biar di...
Tak Tahan Ibu Bapa Selalu Bertengkar Anak 11 Tahun Maut Terjun Dari Bangunan Rumah

Tak Tahan Ibu Bapa Selalu Bertengkar Anak 11 Tahun Maut Terjun Dari Bangunan Rumah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 330 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun terjun dari tingkat 39 bangunan kediamannya pada 26 November lalu kerana tidak tahan dengan ibu bapanya yang selalu bertengkar Keluarga berkenaan tinggal di sebuah pangsapuri di barat Hanoi Pas...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip