Adakah Menyebabkan Ibu Bapa Menangis Termasuk Dosa Besar



SOALAN:
Benarkah tangisan ibubapa akibat perbuatan buruk kita termasuk di dalam dosa besar? Apakah terdapat hadith berkaitan hal ini?

JAWAPAN:
Sebagai seorang anak telah menjadi satu kewajipan ke atas diri mereka untuk berlaku ihsan kepada kedua ibubapa mereka. Ini kerana, terdapat banyak dalil sama ada di dalam al-Quran ataupun hadith Nabi SAW menuntut agar sentiasa berlaku ihsan kepada kedua ibubapa. Antaranya:

Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali telah sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah!" dan janganlah kamu menengking mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Al-Isra’: 23)

Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata di dalam tafsirnya pada ayat ini, Allah SWT mengikat banyak ayat berkaitan dengan ibadah dengan tuntutan berlaku baik atau ihsan kepada kedua ibubapa dengan sebaik-baiknya di dalam pergaulan dengan mereka. Ini kerana, mereka adalah sebab hakiki selepas Allah SWT akan kewujudan manusia. [Lihat: Tafsir al-Munir, 15/54]

Berdasarkan soalan di atas, kami tidak mendapati hadith yang menceritakan berkaitan tangisan ibubapa termasuk di dalam dosa-dosa besar melainkan terdapat satu athar daripada Ibn Umar R.anhuma sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad iaitu:

Daripada Abdullah bin Umar R.anhuma berkata:

بُكَاءُ الْوَالِدَيْنِ مِنَ الْعُقُوقِ وَالْكَبَائِرِ
“Tangisan ibubapa termasuk di dalam derhaka dan dosa besar.” [Lihat: al-Adab al-Mufrad (31), 1/25]

Walaupun athar ini daripada Ibn Umar R.anhuma dan bukannya daripada Nabi SAW, tetapi tangisan ibubapa kita akibat daripada perbuatan tidak baik kita merupakan satu dosa kerana ia termasuk di dalam bab menderhakai ibubapa. Ini kerana, dosa orang yang menderhakai kedua ibubapa akan dipercepatkan oleh Allah SWT di dunia lagi.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ
“Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari Kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” [Riwayat al-Hakim (7263)]

Penutup

Kesimpulannya, ibubapa merupakan anugerah yang istimewa buat setiap insan. Justeru itu, menjadi kewajipan setiap anak untuk menjaga kedua ibubapa mereka dan memberi khidmat yang terbaik selagi mana mereka tidak memerintahkan kita untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka di dunia ini. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/adakah-menyebabkan-ibu-bapa-menangis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Meninggal Selang Beberapa Jam Enam Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Ibu Bapa Meninggal Selang Beberapa Jam Enam Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 775 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Begitulah nasib yang menimpa enam beradik di Balikpapan Indonesia yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dunia semalam Difahamkan kedua ibu dan bapa enam kan...
Idea Dekorasi Mini Masjid Si Kecil Dalam Bilik Kreatif Sungguh Ibu Bapa Ini

Idea Dekorasi Mini Masjid Si Kecil Dalam Bilik Kreatif Sungguh Ibu Bapa Ini

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 837 hits
Sebenarnya untuk mendidik dan mentarbiyyah anak untuk solat bukan perkara yang mudah Lebih lebih lagi mereka tidak dapat membayangkan siapa Allah Bagaimanapun adalah menjadi suatu amanah buat ibu bapa untuk mendidik anak supaya anak dapat m...
Semua Adik Termasuk Ibu Rentung Abang Sulung Kesal Tak Sempat Nak Selamatkan

Semua Adik Termasuk Ibu Rentung Abang Sulung Kesal Tak Sempat Nak Selamatkan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 418 hits
Rasa bersalah dan sedih tak dapat selamatkan semua Itulah yang kini dirasai Rezwan Romel 15 selepas gagal menyelamatkan enam orang adiknya serta ibu ketika rumah yang didiami terlibat dalam kebakaran di Kampung Lampijas Membakut Sabah awal ...
Tak Tahan Ibu Bapa Selalu Bertengkar Anak 11 Tahun Maut Terjun Dari Bangunan Rumah

Tak Tahan Ibu Bapa Selalu Bertengkar Anak 11 Tahun Maut Terjun Dari Bangunan Rumah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 383 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun terjun dari tingkat 39 bangunan kediamannya pada 26 November lalu kerana tidak tahan dengan ibu bapanya yang selalu bertengkar Keluarga berkenaan tinggal di sebuah pangsapuri di barat Hanoi Pas...
Anak Dipukul Ibu Dan Bapa Tirinya Dengan Kabel Elektrik Periuk Nasi

Anak Dipukul Ibu Dan Bapa Tirinya Dengan Kabel Elektrik Periuk Nasi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 247 hits
Viral di media sosial gambar seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun didera oleh ibu bapanya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad berkata pihaknya telah menahan ibu bapa kepada mangsa untuk memba...
Demi Anak Kehendak Sendiri Diketepikan Ini Kos Sebenar Ibu Bapa Tanggung Setiap Bulan

Demi Anak Kehendak Sendiri Diketepikan Ini Kos Sebenar Ibu Bapa Tanggung Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 404 hits
Kos hidup di Malaysia pada masa ini memang meningkat saban tahun tetapi jika nafsu kita juga meningkat maka muncullah masalah Jika kita pandai menguruskan kehidupan kita hidup dalam keadaan ekonomi yang bobrok macam mana sekalipun Terbaru s...
Fakta 6 Anak Yatim Piatu Ayah Dan Ibu Meninggal Bersamaan Kapolresta Menangis Dan Gendong Si Bayi

Fakta 6 Anak Yatim Piatu Ayah Dan Ibu Meninggal Bersamaan Kapolresta Menangis Dan Gendong Si Bayi

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 1167 hits
Sebelumnya viral kabar seorang suami meninggal saat jenazah istrinya sedang dimandikan berikut fakta faktanya Hal tersebut bermula saat Siti Haryanti meninggal dunia akibat hipertensi saat jenazahnya sedang dimandikan suaminya juga dikabark...
Sikap Ibu Bapa Punca Kanak Kanak Berpelesiran Meningkat

Sikap Ibu Bapa Punca Kanak Kanak Berpelesiran Meningkat

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 537 hits
Saban tahun purata 100 kes berjaya diselamatkan oleh pihak JKMPUTRAJAYA Isu lepak dan berpelesiran yang melibatkan kanak kanak di negara ini dilihat tidak berkesudahan malah ia sering dikaitkan dengan pelbagai permasalahan termasuk menungga...
Ibu Bapa Sambil Lewa Anak Anak Ligat Melepak

Ibu Bapa Sambil Lewa Anak Anak Ligat Melepak

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 266 hits
Oleh Shanika Abdullatib dan Anasathia Anak JenisPUTRAJAYA 4 MAC Isu lepak dan berpelesiran membabitkan kanak kanak di negara ini dilihat tidak berkesudahan malah sering dikaitkan dengan pelbagai permasalahan termasuk menunggang basikal lasa...
Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Menukar Domain Blog Dari Com Kepada Blogspot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Melawat Kebun

Undang Undang Rimba Tarik Kereta Sinar Harian 05 07 2025

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini