Kempen Memburukkan Raja Raja Sudah Bermula



Keputusan beliau bagaikan menjolok sarang tebuan dan sekarang sekali lagi beliau mahu mengganggu-gugat banteng pertahanan terakhir orang Melayu dan Islam melalui kempen negatif terhadap institusi diraja.
Firdaus Muhammad
Sudah banyak spekulasi berkeliaran berkenaan isu peletakan jawatan YDPA dan pelantikan YDPA yang baru. Macam-macam teori yang dikongsi oleh netizen, lebih-lebih lagi berkenaan tindakan Tun Mahathir untuk mencampuri urusan Majlis Raja-Raja dalam memilih YDPA yang baru.
Mengikut senarai pemilihan, Sultan Pahang layak menjadi YDPA seterusnya diikuti oleh Sultan Johor dan Sultan Perak. Namun terdapat berita yang mengkhabarkan bahawa Sultan Pahang tidak berminat untuk menjadi YDPA dan tentunya nama Sultan Johor sebagai YDPA menggerunkan Tun Mahathir.
Atas sebab inilah, Tun Mahathir telah berkongsi satu peringatan kepada raja-raja bahawa mereka tidak akan terkecuali daripada pelaksanaan undang-undang melalui blog bertajuk “Rule of Law” yang secara jelas, berat dengan ugutan terhadap raja-raja.
Prinsip ‘Rule of Law’ memang wajar ditegakkan tanpa pengecualian. Namun dalam konteks sekarang, prinsip ini bagaikan diguna hanya untuk tujuan politik dan tidaklah ikhlas untuk menegakkan undang-undang.
Contohnya, di manakah prinsip ‘rule of law’ dalam kes rasuah Lim Guan Eng? Kes yang ternyata jelas wujud elemen salah laku telah digugurkan oleh Peguam Negara Tommy Thomas yang dipilih oleh Tun Mahathir. Kes tersebut sepatutnya diteruskan agar Lim Guan Eng dapat bersihkan nama beliau jika tidak bersalah bukan diselamatkan dengan cara mudah melalui pengguguran kes.
Di manakah juga prinsip ‘rule of law’ dalam kes kematian anggota bomba Arwah Adib? Rusuhan kuil yang telah bertukar menjadi rusuhan perkauman kerana diapi-apikan oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah mengorbankan nyawa seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas. Hingga hari ini, masih tiada berita keadilan akan ditegakkan. Dalam kes yang sama, prinsip ‘rule of law’ turut dibelakangkan apabila keputusan mahkamah dengan sesuka hati telah dihiraukan oleh kerajaan apabila kuil haram tersebut ingkar untuk berpindah walaupun wang pampasan telah diambil.
Begitu juga dengan peristiwa berdarah Memali. Di manakah prinsip ‘rule of law’? Sehingga kini ramai masih tertanya-tanya kenapa begitu ramai anggota keselamatan dikerah untuk menangkap seorang Ibrahim Libya? Pemimpin Pakatan Harapan yang dahulu memperjuangkan pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk mencari kebenaran sekarang diam membisu apabila sudah berkuasa.
Apa sebenarnya nilai prinsip ‘rule of law’ bagi Kerajaan Pakatan Harapan? Bukti-bukti yang disenaraikan secara terang menunjukkan bahawa Tun Mahathir dan kerajaannya amat hipokrit dalam menegakkan dan serta menghormati undang-undang. Mereka bukanlah malaikat seperti yang mereka ingin tonjolkan.
Lebih penting lagi, perkongsian blog ‘Rule of Law’ ini adalah satu permulaan rasmi kempen media memburukkan raja-raja oleh Tun Mahathir walaupun sebelum ini penasihat kanan beliau A Kadir Jasin telah pun secara tidak rasmi memulakan kempen memburukkan YDPA.
Ini bukanlah perkara baru tetapi satu modus operandi yang sama digunakan oleh Tun Mahathir ketika krisis Perlembagaan untuk mengekang kuasa raja-raja pada tahun 1992-1993. Ketika itu, akhbar-akhbar yang dikawal Tun Mahathir telah menerbitkan pelbagai cerita yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap institusi diraja. Terdapat juga fitnah-fitnah yang telah disuap kepada rakyat supaya dapat memberi justifikasi kepada tindakan Tun Mahathir ketika itu.
Contohnya kisah Prebet Adam yang memberi gambaran bahawa raja zalim harus ditentang. Media telah mengeluarkan kenyataan kononnya prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adik beliau dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu. Sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia ketika berumur 2 tahun dalam tragedi rumah terbakar. Menurut perkongsian Tunku Makhota Johor, Prebet Adam telah dipaksa untuk mengaku mengamuk kerana Sultan Johor ketika itu telah membunuh adiknya. Lebih memeranjatkan, keluarga Prebet Adam sendiri telah memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor kerana terpalit dengan fitnah tersebut dan menjelaskan bahawa kejadian mengamuk tersebut berlaku kerana Prebet Adam menghadapi masalah di tempat kerja.
Sejarah mengajar kita untuk tidak mudah terpedaya. Jika dulu kita bergantung kepada maklumat daripada akhbar utama yang dikawal kerajaan, kini kita mempunyai alternatif untuk mengesahkan maklumat tersebut melalui internet yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan.
Tun Mahathir bagaikan tidak belajar daripada protes ICERD. Orang Melayu telah bersatu apabila beliau mengumumkan Malaysia akan ratifikasi ICERD di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Keputusan beliau bagaikan menjolok sarang tebuan dan sekarang sekali lagi beliau mahu mengganggu-gugat banteng pertahanan terakhir orang Melayu dan Islam melalui kempen negatif terhadap institusi diraja.
Insaflah Tun Mahathir.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/04/kempen-memburukkan-raja-raja-sudah-bermula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Laksana Larangan Merokok Bermula 1 Februari

Sabah Laksana Larangan Merokok Bermula 1 Februari

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 245 hits
Sabah laksana larangan merokok mulai 1 Februari Dikemas kini 22 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 9 Jan 2019 6 40PM mi
Asus Bawak Masuk Tiga Model Zenbook Harga Bermula Dari Rm4399

Asus Bawak Masuk Tiga Model Zenbook Harga Bermula Dari Rm4399

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 243 hits
Tiga buah model dalam siri ZenBook telah dilancarkan secara rasmi oleh Asus Malaysia hari ini Ia adalah ZenBook 13 ZenBook 14 dan ZenBook 15 Menampilkan rekaan nipis serta ringan rupa bentuknya kelihatan premium dengan penggunaan paparan Na...
11 Artis Lagi Bermula Cinta Remaja Akhir Ikut Agama Suami

11 Artis Lagi Bermula Cinta Remaja Akhir Ikut Agama Suami

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 399 hits
HALAMAN HIBURANJAKARTA Sejumlah artis cantik Indonesia rela pindah agama demi cinta Mereka pindah agama mengikuti keyakinan yang dianut suaminya Hingga Mei 2018 tak kurang dari 11 artis pindah agama demi cinta Beberapa artis cantik berhasil...
Nasihat Raja Bomoh Kat Anwar Dan Dr M

Nasihat Raja Bomoh Kat Anwar Dan Dr M

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 480 hits
Soalan Mengenai Menyokong Pemimpin Yang Isterinya Tidak Bertudung YDP YADIM yang baru Denda RM2 000 penjara enam bulan jika guna lampu HID Penggunaan lampu High Intensity Discharged digunakan secara berleluasa ehingga menimbulkan rasa kuran...
Honor 10 Lite Kini Rasmi Di Malaysia Boleh Didapati Dengan Harga Rm699 Bermula 9 Januari

Honor 10 Lite Kini Rasmi Di Malaysia Boleh Didapati Dengan Harga Rm699 Bermula 9 Januari

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 371 hits
Peranti terkini di dalam keluarga Honor 10 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini Honor 10 Lite ialah peranti dengan spesifikasi kelas pertengahan dengan skrin bertakuk kecil dan dijana dengan cip pemproses Kirin 710 Walaupun H...
Wacana Shorts Pembelajaran Industri Bermula Sekolah Rendah

Wacana Shorts Pembelajaran Industri Bermula Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 210 hits
Saksikan Wacana Sinar ke 84 Pendidikan Rendah Apa Yang Masih Kurang Siaran langsung ini boleh diikuti di Facebook Sinar Harian SinarTV dan YouTube SinarTV https www youtube com watch v P8ghQOn3uV8 WacanaSinar SinarTV SinarHarian
Minyak Turun 27 Sen Bermula Malam Ini

Minyak Turun 27 Sen Bermula Malam Ini

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 244 hits
Sebelum ini kerajaan dalam satu kenyataan media memutuskan untuk menyeleraskan harga runcit petrol RON95 dan diesel setiap minggu susulan penurunan harga minyak mentah global Menurut kenyataan itu pelaksanaan itu didatangkan dengan penetapa...
Kronologi Rosyam Nor Dibaruakan Netizens Semua Ini Bermula Dari Geng Boikot Produk Cina

Kronologi Rosyam Nor Dibaruakan Netizens Semua Ini Bermula Dari Geng Boikot Produk Cina

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 936 hits
Kenapa meniaga dengan cina adalah isu Kronologi Pakatan Harapan memenangi pilihanraya BN kalah teruk Sentimen cina menguasai kabinet dan pentadbiran negara berleluasa Muslims diseru boikot perniagaan cina untuk sekat kewangan aliran wang tu...
Prk C Highland Bermula Dengan Rasuah 2 Ekor Lembu

Prk C Highland Bermula Dengan Rasuah 2 Ekor Lembu

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 258 hits
PRK Cameron Highland Kebodohan Kit Siang Menelanjangkan Penipuan DAPby SnapShot at SPR dah tetapkan PRK Cameron Highland akan di adakan pada 26 Januari 2018 Tempoh berkempen dah di tetapkan selama 14 hari dari tarikh PRK Cameron Highland In...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah