Kemenangan Besar Kem Zahid Boleh Untungkan Kami Kata Sumber Pn


freemalaysiatoday.com
K. Parkaran 
- 20 Mar 2023, 8:00am

Mereka berkata Umno telah dihukum yang pengundi tidak berpuas hati pada PRU lalu kerana kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi ia mungkin berulang pada PRN akan datang.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengambil bahagian dalam pemilihan peringkat bahagian Bagan Datuk. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Ketika Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mungkin bergembira dengan kemenangan sekutu pada pemilihan Umno yang baru sahaja selesai, parti pembangkang berasaskan Melayu dipercayai sedang bergembira secara senyap-senyap.

Sumber dalaman parti pembangkang berkata, kegembiraan mereka adalah kerana pengundi Melayu menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menolak mereka dan rakan gabungan lain dalam kerajaan perpaduan Pakatan Harapan pada pilihan raya DUN di enam negeri akan datang.

“Bersatu dan PAS mendapat manfaat dalam pilihan raya umum 2022 dengan Zahid dan kumpulannya mengetuai parti itu. Ramai pengundi Melayu tidak berpuas hati dengan beliau dan kepimpinannya, lalu mengundi Perikatan Nasional atau menjauhkan diri sebagai protes.

“Kini dengan Zahid dan pasukannya mendominasi jawatan tertinggi dan Majlis Kerja Tertinggi, anda boleh mengharapkan Umno kehilangan lebih banyak kerusi terutamanya negeri seperti Negeri Sembilan dan Selangor. Secara jujurnya, Umno telah berpecah teruk,” katanya kepada FMT.

Sumber itu berkata, kemenangan Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani sebagai naib presiden ketiga dalam kalangan lapan calon nampaknya sebagai pilihan berkecuali Umno bahagian kerana bekas menteri kewangan kedua itu dilihat bukan dalam kalangan orang presiden.

“Saya rasa beliau lebih dilihat sebagai seorang teknokrat yang membuat kenyataan masuk akal mengenai parti dan ekonomi. Ahli tahu dia diperlukan untuk pertumbuhan masa depan parti,” tambah sumber itu.

Keputusan rasmi pemilihan Umno menunjukkan penyokong Zahid memenangi dua daripada tiga jawatan naib presiden, serta majoriti kerusi Majlis Kerja Tertinggi dan sayap parti.

Khaled Nordin mengekalkan jawatan naib presidennya bersama ‘pendatang baharu’ Wan Rosdy Wan Ismail; mereka dikenali sebagai penyokong setia Zahid.

Mereka yang lain memenangi jawatan Majlis Kerja Tertinggi majoritinya terdiri daripada mereka berkait rapat dengan Zahid.

Antaranya ialah Menteri Luar Negara Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Shamsul Anuar Nasarah dan Ahmad Maslan, yang merupakan setiausaha agung Umno; Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin, bekas ahli Majlis Tertinggi Lokman Noor Adam dan ‘pendatang baru’ yang juga Ketua Penerangan Umno Isham Jalil.

Pemimpin kanan lain termasuk Azeez Abdul Rahim, Ahmad Jazlan Yaakub, Puad Zarkashi, Razlan Rafii dan Ketua Puteri Umno Zahida Zarikh Khan.

“Anda tidak boleh mengharapkan mereka dipecat, digantung atau menjauhkan diri daripada mengundi sebagai tanda protes terhadap keputusan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi teratas. Sebahagian daripada mereka mempunyai sokongan akar umbi yang baik dan tidak akan terjejas,” katanya.

Beliau menambah kesannya boleh dilihat dalam pilihan raya negeri.

Satu lagi sumber PN berkata, Umno berpecah di semua peringkat dan keputusan pemilihan ini menunjukkannya secara jelas, sambil menambah, ia sebenarnya memudahkan pembangkang berkempen di peringkat negeri.

“Dengan Zahid dan anak buahnya mengetuai parti, kita melihat ada kemungkinan untuk menang walaupun dengan penyokong tegar PH.

“Ramai tidak berpuas hati dan akan mempertimbangkan semula pendirian mereka. Prospek PN merampas Selangor daripada PH kini nyata manakala Negeri Sembilan adalah satu kemungkinan,” kata sumber itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/kemenangan-besar-kem-zahid-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Air Kelantan Suara Zahid Ibarat Meriam Buluh Kata Ibrahim Ali

Isu Air Kelantan Suara Zahid Ibarat Meriam Buluh Kata Ibrahim Ali

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 232 hits
agendaily com17 03 2023Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali menempelak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia menempelak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kononnya berkata parti yang kini be...
Umno Masih Pentas Zahid Najib Kata Penganalisis

Umno Masih Pentas Zahid Najib Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 226 hits
freemalaysiatoday com 23 Mar 2023 11 16amJeniri Amir berkata tiga lantikan ke MKT memberi petunjuk mengenai hasrat untuk mengukuhkan kedudukan Zahid dan menyenangkan hati penyokong Najib Ahmad Zahid Hamidi adalah timbalan kepada Najib Razak...
Individu Tak Mampu Beri Sumbangan Kepada Organisasi Tidak Akan Dilantik Kata Zahid

Individu Tak Mampu Beri Sumbangan Kepada Organisasi Tidak Akan Dilantik Kata Zahid

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 210 hits
KERAJAAN Perpaduan tidak akan melantik mana mana individu yang tidak berupaya memberi sumbangan kepada organisasi atau agensi kerajaan yang diketuainya kata Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemaju...
Menang Kalah Semua Orang Saya Kata Zahid

Menang Kalah Semua Orang Saya Kata Zahid

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 675 hits
freemalaysiatoday com 15 Mar 2023Presiden Umno Ahmad Zahidi berkata beliau menganggap semua calon tewas dan menang dalam pemilihan sebagai orangnya kerana tidak mahu mewujudkan puak dalam parti Presiden Umno Ahmad Zahidi menafikan cenderung...
Kontrak Import Beras Tak Boleh Batal Secara Unilateral Kata Timbalan Menteri

Kontrak Import Beras Tak Boleh Batal Secara Unilateral Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 149 hits
Sebelum ini beberapa pihak mempertikaikan pelanjutan tempoh konsesi Bernas sebagai pengimport tunggal beras KUALA LUMPUR Kerajaan tidak boleh membatalkan sebarang kontrak pengimportan beras ke negara ini secara unilateral kerana perlu menga...
Umno Tak Mahu Jadi Parti Kampung Johan Di Gelanggang Sendiri Kata Zahid

Umno Tak Mahu Jadi Parti Kampung Johan Di Gelanggang Sendiri Kata Zahid

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 200 hits
freemalaysiatoday com12 Mar 2023 11 45pmPresiden Umno meminta ahli mengetepikan kepentingan peribadi untuk parti itu menjadi johan dan relevan di peringkat nasional Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan besar Umno pada PRN Melaka dan Johor ...
Kerajaan Terdahulu Lindungi Penjenayah Perasuah Besar Kata Anwar

Kerajaan Terdahulu Lindungi Penjenayah Perasuah Besar Kata Anwar

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 245 hits
freemalaysiatoday com 18 Mar 2023Anwar Ibrahim mendakwa kuasa politik terdahulu melindungi golongan penjenayah dan perasuah selama mentadbir negara Anwar Ibrahim berkata kerajaan perpaduan di bawah pentadbirannya memastikan tiada pihak terl...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Bismillah 5 Dan Kaedah Merawat

Skrip Automasi Pembersihan Google Drive Perjalanan Penuh Cabaran Dan Pembelajaran

Plnt Co Cyberjaya Birthday Plant Pilihan Hati

Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik