Kerajaan Terdahulu Lindungi Penjenayah Perasuah Besar Kata Anwar


freemalaysiatoday.comYasmin Abd Latif dan Faiz Zainudin 18 Mar 2023
Anwar Ibrahim mendakwa kuasa politik terdahulu melindungi golongan penjenayah dan perasuah selama mentadbir negara.
Anwar Ibrahim berkata kerajaan perpaduan di bawah pentadbirannya memastikan tiada pihak terlepas daripada siasatan rasuah serta kutipan cukai.
SHAH ALAM: Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa kuasa politik terdahulu melindungi golongan penjenayah dan perasuah selama mentadbir negara.

Sehubungan itu, Anwar menegaskan kerajaan perpaduan di bawah pentadbirannya akan memastikan tiada mana-mana pihak akan terlepas daripada siasatan rasuah serta kutipan cukai.

“Kamu kaya berbilion cukai tidak mahu bayar, bawa lari keluar negara, saya akan kutip cukai dari rakyat tapi saya tidak akan lepaskan tauke-tauke dan maha kaya dari membayar cukai. Sebab itu kita akan buat siasatan kononnya ada tindakan politik.

“Bezanya selama ini kuasa politik melindungi penjenayah besar, kuasai politik melindungi perasuah besar, kuasai politik memperkayakan beberapa kuasa penguasa, gunakan kuasa melindungi mereka dan hentam rakyat,” katanya dalam ucapan Kongres PKR di Stadium Melawati, Shah Alam hari ini.

Anwar berkata, rakyat kini bukan menilai daripada ungkapan semata-mata tetapi apa dilihat adalah dari segi perlaksanaan pimpinan berada dalam kerajaan perpaduan ini.

“Sekarang kita ditampuk pemerintahan kita bukan dinilai dari ungkapan lakaran, kita akan dinilai dari segi amalan perlaksanaan bukan perdana menteri atau menteri semata tapi seluruh parti dalam gagasan kerajaan perpaduan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menegaskan kerjasama bersama Umno, GPS dan GRS tidak akan mengganggu gugat proses kehakiman atau undang-undang dalam membasmi rasuah.

Menurutnya, selama empat bulan kerajaan perpaduan mentadbir, tiada sebarang gangguan atau campur tangan dari mana-mana pihak dalam segala siasatan rasuah dan penyelewengan.

“Kita bersama tetapi tidak pernah berkompromi tentang idelisme. Ada yang tanya, mengapa kita memilih bersama Umno dan BN saya jawab empat bulan lebih dalam kerajaan tidak sedikit pun kita bertolak ansur soal negara hukum, anti rasuah kita memilih membela nasib rakyat.

“Belum ada sekali satu kes sama ada dalam badan kehakiman mahupun proses tender, belum pernah sekali di mana ada gangguan dalam kalangan pemimpin dalam kerajaan perpaduan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang sentimen perkauman dalam memastikan hak orang Melayu, bumiputera dan kesucian Raja-Raja Melayu terus terpelihara.

“Ya, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan Islam adalah agama rasmi, dan kita masih mengekalkan keistimewaan untuk orang Melayu dan bumiputera, kita menjaga kesucian Raja-Raja Melayu.

“Tetapi kita tidak akan sekali-kali berkompromi dengan prinsip bahawa ini adalah negara untuk semua rakyat Malaysia. Saya akan menggunakan segala kuasa dan kekuatan yang ada pada saya untuk menghentikan kegilaan ini, kegilaan melawan kaum dan agama lain,” tegasnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/kerajaan-terdahulu-lindungi-penjenayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Akar Umbi Umno Sokong Kerajaan Pimpinan Anwar

Zahid Akar Umbi Umno Sokong Kerajaan Pimpinan Anwar

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 211 hits
malaysiakini comPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kemenangan besar pasukan yang berpihak kepadanya dalam pemilihan Umno yang baru berakhir itu sebagai tanda akar umbi Umno menyokong pentadbiran persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim ...
Himpunan Besar Besaran Untuk Tumbang Kerajaan

Himpunan Besar Besaran Untuk Tumbang Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 179 hits
BernamaKUALA LUMPUR Polis mengesahkan dua kenyataan yang ditularkan menerusi media sosial bahawa akan berlakunya perhimpunan besar besaran di ibu negara untuk menumbangkan kerajaan semasa tidak benar Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yaha...
Apa Yg Bersihnya Sangat Kerajaan Anwar Ini

Apa Yg Bersihnya Sangat Kerajaan Anwar Ini

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 246 hits
Dari Hari pertama selepas PRU15 hingga sekarang Kerajaan retorik
Che Gu Bard Dakwa Anwar Dap Lindungi Kesalahan Menteri Kbs

Che Gu Bard Dakwa Anwar Dap Lindungi Kesalahan Menteri Kbs

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 235 hits
Pengerusi Penaja Muafakat Nasional Negeri Sembilan Badrul Hisham Shaharin berkata DAP melindungi Hannah Yeoh berkaitan isu program Jom Ziarah Gereja Pengerusi Penaja Muafakat Nasional Negeri Sembilan Badrul Hisham Shaharin atau Che gu Bard ...
Anwar Yakin Kerajaan Perpaduan Kekal Hingga Habis Penggal

Anwar Yakin Kerajaan Perpaduan Kekal Hingga Habis Penggal

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 173 hits
Oleh Mac 7 2023 6 32pmbhnews bh com myPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto BERNAMAPUTRAJAYA Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan bertahan sehingga tamat penggal pentadbiran Perdana Menteri sekali gus m...
Anwar Akui Kerajaan Perpaduan Tidak Sempurna

Anwar Akui Kerajaan Perpaduan Tidak Sempurna

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Kegelojohan merebut habuan kekuasaan dan jatuhnya kerajaan harus diteladani parti kerajaan hari ini mengenai keterlanjuran yang meruntuhkan kata Datuk Seri Anwar Ibrahim
Agensi Kerajaan Harus Kerjasama Kawal Drama Filem Persenda Islam Kata Penceramah Bebas

Agensi Kerajaan Harus Kerjasama Kawal Drama Filem Persenda Islam Kata Penceramah Bebas

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 142 hits
Penceramah bebas Asma Harun memuji tindakan pantas Jakim yang mengesahkan filem Mentega Terbang bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di negara ini PETALING JAYA Agensi agensi kerajaan harus bekerjasama dalam mengawal dra...
Bn Kini Sebahagian Daripada Kerajaan Selangor Kata Amirudin

Bn Kini Sebahagian Daripada Kerajaan Selangor Kata Amirudin

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 200 hits
ADUN Umno dan Barisan Nasional kini merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor sehingga tamat tempoh penggal pentadbiran kerajaan negeri yang akan berakhir Jun ini kata Menteri Besar Amirudin Shari Beliau berkata ia hasil perbincangan ...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuktech Expands Product Line In Malaysia With Launch Of Three Innovative Power Products

Apa Yang Allah Jauhkan Mungkin Itu Yang Terbaik Untukmu Saat Ini

Perut Lembu Air Asam

Folder Custom Untuk Persaraan Pilihan Bijak Organisasi Profesional

Three Innovative Power Products By Cuktech

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal