Umno Masih Pentas Zahid Najib Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Joel Shasitiran - 23 Mar 2023, 11:16am

Jeniri Amir berkata tiga lantikan ke MKT memberi petunjuk mengenai hasrat untuk mengukuhkan kedudukan Zahid dan menyenangkan hati penyokong Najib.
Ahmad Zahid Hamidi adalah timbalan kepada Najib Razak ketika beliau menjadi presiden Umno. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Tiga lantikan ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang diumumkan Ahmad Zahid Hamidi memberi petunjuk mengenai hasrat di pihak presiden parti untuk mengukuhkan kedudukannya sambil menyenangkan hati penyokong setia pendahulunya, kata seorang penganalisis.

Felo Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir, berkata ini terbukti dengan pelantikan Azalina Othman Said sebagai ketua penerangan parti dan Asyraf Wajdi Dusuki sebagai setiausaha agung.

“(Ketika pemilihan parti Sabtu lalu) akar umbi dengan jelas tidak mahu barisan Zahid, (tetapi Zahid) memerlukan orang yang rapat dengannya.

“Jadi, untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kepimpinan tertinggi, beliau perlu memerlukan penyokong setia seperti Azalina dan Asyraf,” katanya kepada FMT.

Pelantikan bekas Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil ke MKT, adalah untuk mengukuhkan sokongan daripada penyokong setia bekas perdana menteri Najib Razak, kata Jeniri.

“Ia langkah bijak untuk menyenangkan hati kem Najib.

“Dengan orang Najib yang turut berada dalam barisan baharu, parti akan kekal menjadi pentas ‘Zahid-Najib’, seperti yang dikatakan bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.”

Semalam, Zahid mengumumkan pelantikan Azalina, Asyraf dan Shahrizat ke MKT parti.

Asyraf juga menggantikan Ahli MKT Ahmad Maslan sebagai setiausaha agung parti, manakala Azalina menggantikan Isham Jalil sebagai ketua penerangan.

Apa yang ketara, presiden Umno tidak mengendahkan bekas perdana menteri dan naib presiden parti Ismail Sabri Yaakob untuk MKT.

Ismail pernah mengkritik kepimpinan Zahid pada masa lalu, kata Jeniri. Pengecualiannya adalah sama dengan presiden parti “menutup pintu” terhadap pengkritiknya, jelasnya.

“Zahid tidak mahu musuh dari dalam,” kata Jeniri, sambil memberi amaran bahawa prospek masa depan mereka yang menyokong Ismail kini suram.

James Chin dari University of Tasmania bersetuju bahawa pelantikan itu jelas menunjukkan kerjasama antara Zahid dan Najib.

Ketiadaan Ismail tidak mengejutkan, katanya, memandangkan beliau menentang Umno bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Ismail mengingkari hasrat Zahid dan Najib untuk pilihan raya awal ketika beliau menjadi perdana menteri. Mereka mahu pilihan raya umum diadakan tidak lama selepas pilihan raya negeri Johor apabila parti mempunyai momentum.

“Jadi, Khairy betul, ia adalah pentas ‘Zahid dan Najib’. Najib masih berpengaruh dalam Umno,” katanya kepada FMT.

Chin memberi amaran bahawa Zahid dan Najib boleh hilang kawalan ke atas parti itu jika Umno menghadapi masalah buruk pada pilihan raya negeri akan datang.

Akar umbi mungkin mendesak perubahan dalam kepimpinan untuk memulihkan nasib parti, katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/umno-masih-pentas-zahid-najib-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tak Mahu Jadi Parti Kampung Johan Di Gelanggang Sendiri Kata Zahid

Umno Tak Mahu Jadi Parti Kampung Johan Di Gelanggang Sendiri Kata Zahid

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 192 hits
freemalaysiatoday com12 Mar 2023 11 45pmPresiden Umno meminta ahli mengetepikan kepentingan peribadi untuk parti itu menjadi johan dan relevan di peringkat nasional Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan besar Umno pada PRN Melaka dan Johor ...
Umno Husnuzon Terhadap Muafakat Nasional Kata Zahid

Umno Husnuzon Terhadap Muafakat Nasional Kata Zahid

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 287 hits
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap husnuzon terhadap Muafakat Nasional Beliau berkata pihaknya perlu sentiasa bersangka baik kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik namun pada mas
Kj Najib Masih Mempunyai Pengaruh Dalam Umno

Kj Najib Masih Mempunyai Pengaruh Dalam Umno

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 258 hits
Bossku masih kuasa perlu dipertimbangkan kata KJJason ThomasPETALING JAYA Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan pengaruh Najib Razak belum selesai dalam Umno dengan ramai penyokong tegar bekas perdana menteri yang dipenjaraka...
Tiada Surat Batal Rais Kekal Ketua Umno Tangga Batu Kata Zahid

Tiada Surat Batal Rais Kekal Ketua Umno Tangga Batu Kata Zahid

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 1130 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau dimaklumkan bahawa kemenangan Adun Paya Rumput Rais Yasin Rais sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu sah PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Adun Paya Rumput Rais Yasi...
Umno Yang Merosot Bukan Politik Melayu Kata Penganalisis

Umno Yang Merosot Bukan Politik Melayu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 255 hits
freemalaysiatoday com17 Mar 2023 9 29amAhmad Fauzi Abdul Hamid mempertikaikan penegasan ketua Pemuda Bersatu bahawa penguasaan politik orang Melayu terancam Perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno Januari lepas Umno telah lama dituduh mengam...
Umno Guna Lambang Dacing Pada Prn 6 Negeri Kata Zahid

Umno Guna Lambang Dacing Pada Prn 6 Negeri Kata Zahid

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 234 hits
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan semua calon parti itu akan menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti Timbalan perdana menteri itu berkata parti parti lain dalam kerajaan perpaduan pula akan menggu...
Umno Polls Najib S Son New Langkawi Umno Chief Source

Umno Polls Najib S Son New Langkawi Umno Chief Source

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 197 hits
Mohd Nazifuddin the son of jailed former prime minister Najib Abdul Razak is the new Langkawi Umno division chief According to a source Nazifuddin won the race by 12 votes He previously lost the Umno Youth chief race to Dr Muhamad Akmal Sal...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah