Menang Kalah Semua Orang Saya Kata Zahid


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters - 15 Mar 2023

Presiden Umno Ahmad Zahidi berkata beliau menganggap semua calon tewas dan menang dalam pemilihan, sebagai ‘orangnya’ kerana tidak mahu mewujudkan puak dalam parti.
Presiden Umno Ahmad Zahidi menafikan cenderung untuk memenangkan calon tertentu pada pemilihan parti.
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau cuba campur tangan dan cenderung untuk memenangkan ‘orang Presiden’ pada pemilihan parti kali ini.

Malah, beliau menegaskan, ia terbukti apabila anaknya sendiri, Nurulhidayah kalah dalam pemilihan merebut jawatan ketua Wanita Umno Bagan Datuk.

“Kalau saya memihak dan saya mahu menangkan hanya seseorang, saya fikir elok saya menangkan anak saya sendiri sebagai ketua Wanita Umno Bagan Datuk, tapi beliau kalah.

“Kalau jelas saya menyokong seseorang sebagai ketua Wanita Umno Malaysia, bagaimana bahagian saya juga menyokong orang lain?

“Dalam perkara ini, saya sangat praktikal, bahawa hak perwakilan untuk memilih dalam keadaan yang baik-baik,” katanya dalam program bual bicara Agenda Awani – Pasca 100 Hari kerajaan perpaduan yang disiarkan secara langsung di Astro Awani, malam tadi, menurut Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh hos Nazri Kahar mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa hanya ‘orang Presiden’ yang menang dalam pemilihan Umno kali ini.

Terdahulu, Nurulhidayah dilaporkan tidak berpuas hati selepas kalah dalam pemilihan, dan mendakwa wujud pelanggaran etika ketika proses itu berlangsung Sabtu lalu.

Bagaimanapun, beliau berjaya memenangi jawatan Exco Wanita Umno peringkat pusat.

Selain itu, Zahid berkata beliau menganggap semua calon sama ada tewas atau menang, sebagai ‘orang Zahid’ kerana tidak mahu mewujudkan puak dalam Umno.

“Bagi saya, yang menang itu semua orang saya sebab saya Presiden Umno. Saya tak mahu ada kabilah dalam Umno.

“Semua yang tawarkan diri, sama ada jawatan Ketua Wanita, Pemuda atau Puteri, mereka semua jumpa dengan saya untuk dapat restu saya. Saya tidak ada menghalang untuk bertanding,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/menang-kalah-semua-orang-saya-kata-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Kata Kata Syamsul Yusof Kepada Semua Wartawan Selepas Dia Sampai Mahkamah Syariah

Ini Kata Kata Syamsul Yusof Kepada Semua Wartawan Selepas Dia Sampai Mahkamah Syariah

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 174 hits
PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan kes penceraian yang difailkan isterinya Puteri Sarah Liyana pada pagi Selasa
Umno Sedia Terbit Surat Kelulusan Ros Kata Zahid

Umno Sedia Terbit Surat Kelulusan Ros Kata Zahid

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 243 hits
UMNO akan menerbitkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang meluluskan usul tambahan parti itu supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan tahun ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata b...
Anak Zahid Kalah Pemilihan Di Bagan Datuk Sebagai Ketua Wanita Bahagian

Anak Zahid Kalah Pemilihan Di Bagan Datuk Sebagai Ketua Wanita Bahagian

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 417 hits
agendaily com13 03 2023Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid kalah dalam pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk Anak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu tewas kepada peny...
Anak Zahid Dakwa Belum Kalah Pemilihan Bahagian Wujud Pelanggaran Etika

Anak Zahid Dakwa Belum Kalah Pemilihan Bahagian Wujud Pelanggaran Etika

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 399 hits
Nurulhidayah Ahmad Zahid mendakwa kesalahan itu sudah dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan Umno PETALING JAYA Nurulhidayah Ahmad Zahid mendakwa wujud pelanggaran etika iaitu pengaruh tidak wajar dalam pemilihan ketua Wanita Umno Bagan Datuk yan...
Isu Air Kelantan Suara Zahid Ibarat Meriam Buluh Kata Ibrahim Ali

Isu Air Kelantan Suara Zahid Ibarat Meriam Buluh Kata Ibrahim Ali

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 240 hits
agendaily com17 03 2023Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali menempelak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia menempelak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kononnya berkata parti yang kini be...
Umno Husnuzon Terhadap Muafakat Nasional Kata Zahid

Umno Husnuzon Terhadap Muafakat Nasional Kata Zahid

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 314 hits
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap husnuzon terhadap Muafakat Nasional Beliau berkata pihaknya perlu sentiasa bersangka baik kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik namun pada mas
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

The Kinetic Harley Davidson Breakout That Wowed At Speed And Crafts

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Ciri Ciri Cetakan Berkualiti Tinggi Yang Meningkatkan Keyakinan Pelanggan

Tak Terjangka

Catatan Hari Keempat Di Tokyo

Qawiy Aro Sembang Belajar South Africa Ke Tebuk Quran Kahwin Cabaran Kebangkitan

Kenapa Kalau Kenyang Mesti Mengantuk