Kemelut Musang King Raub Ketahui Sejarah Ringkas Kampung Sungai Chalit


 

RAUB - Sepanjang dua minggu ini, ketegangan berhubung isu pemutihan kebun durian di Raub oleh kerajaan Pahang kian meningkat dengan protes oleh ratusan pekebun durian haram dan dakwaan pekerja syarikat yang terlibat menerima ancaman dan gangguan.
Tetapi bagaimanakah isu itu boleh timbul pada mulanya?
Secara asasnya, kerajaan Pahang dalam usaha menuntut kebun durian haram yang berkeluasan besar menerusi usaha sama antara badan berkanun, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources (RPDR), yang mempunyai kaitan dengan kerabat diraja negeri itu.
Ia menemui jalan buntu apabila ratusan pekebun haram menolak kontrak yang ditawarkan RPDR-PKPP.
Bagaimanapun, sejumlah pekebun haram sebelum ini telah dimasukkan dalam rancangan yang dilancarkan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP), sebuah lembaga yang kemudiannya menjadi PKPP.
Beberapa penduduk Kampung Sungai Chalit, Raub, memberitahu Malaysiakini bahawa LKPP pernah berjanji untuk memberikan tanah seluas 0.81 hektar kepada setiap peserta Rancangan Penempatan Semula Keselamatan (RPSK) pada tahun 1970-an.
Sebagai pertukaran, peserta yang berpindah ke kampung itu akan menjadi pemberi maklumat kepada pihak berkuasa berhubung kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) di hutan di situ.
Dengan kata lain, penduduk mendakwa kerajaan negeri pada beberapa dekad lalu menjanjikan tanah kepada mereka dan kini mahu mengambilnya semula.
Pemberian pada Jun
Pada bulan Jun, kerajaan Pahang memberikan hak pajakan tanah seluas 5,357 ekar kepada RPDR-PKPP. Syarikat itu kemudian mendakwa sebanyak 30 peratus kawasan telah diceroboh.
Bekas ketua kampung Mohamad Ali, 80, telah tinggal di situ sejak 1979.
Dia memberitahu Media bahawa skim penempatan semula Sungai Chalit diwujudkan oleh LKPP dan lembaga itu menggesa mereka untuk menetap di situ, dengan janji tanah seluas 0.81 hektar setiap seorang.
Selepas menjadi ketua kampung pada 1979, dia memperjuangkan hak tanah kepada penduduk kampung seperti yang dijanjikan kerajaan.
Ada yang mendapat geran tanah dan ada juga yang masih tidak mendapatnya, sehingga hari ini.
"LKPP janji beri tanah dua ekar (0.81 hektar), tetapi bila kita tanya (tentang geran tanah), mereka pada mulanya tidak beri. Saya beritahu mereka 'anda tak boleh buat macam ini, anda sudah janji'," kata Mohamad.
"Jika anda tak janji, kami tak datang ke sini," katanya lagi.
Dia menyifatkan kawasan itu pada 1970-an adalah hutan belantara yang tidak berani dimasuki sesiapa kerana menjadi medan pertembungan antara askar dan polis yang melawan komunis.
Skim penempatan ada rekod rasmi
LKPP diwujudkan pada 1969 di bawah Enakmen Darurat Pahang (Bil 2) Tahun 1969, sebelum ia menjadi PKPP.
Laman rasmi PKPP turut memaparkan sejarah penubuhan Rancangan Penempatan Semula Keselamatan.
"Dengan berlakunya banjir besar pada 1970/1971 serta gerakan komunis yang masih berleluasa, LKPP diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tambahan projek sosial melibatkan rakyat iaitu Rancangan Penempatan Semula Banjir dan Rancangan Penempatan Semula Keselamatan di samping Projek Tanah Pinggir dan Ladang Kecil," menurut laman web itu.
Selain itu, data kerajaan turut menunjukkan bahawa RPS Sungai Chalit diwujudkan dalam Rancangan Penempatan Semula Keselamatan(RPSK) pada 1978 di bawah RPSK oleh KLPP, dengan 128 peserta.
Terdapat empat "kampung RPSK" di Pahang, menurut data tersebut. Tiga lagi terletak di daerah Lipis. Empat kampung ini diwujudkan antara 1977 dan 1979.
Data kerajaan juga menunjukkan jumlah kebun di tiga kampung yang lain, tetapi untuk Sungai Chalit, dinyatakan sebagai "tiada lot".
Kebanyakan penduduk Sungai Chalit adalah masyarakat Melayu dan Cina. Kampung itu tidak jauh daripada beberapa bukit.
Menurut penduduk kampung, kedua-dua kebun berlesen dan haram ada di sana.
'Hanya untuk cari makan'
Mohamad akui bahawa ada penduduk kampung meneroka tanah terbiar melangkaui dua ekar yang dijanjikan pihak berkuasa.
Dia berkata sebab mereka berbuat demikian adalah ringkas - iaitu untuk menyara kehidupan.
"Cari makan kat situ, semua Cina dan Melayu pun begitu. ada tempat (kosong), kita usahakan.
"Di sini orang lain tak masuk, semua (penduduk) sini. Jadi bikinlah (bertanam), boleh tanam durian, kelapa, koko pun ada yang tanam," katanya lagi.
Media berkunjung ke kampung itu pada 24 Ogos, iaitu pada hari kerajaan negeri secara rasmi mengambil semula tanah yang diusahakan tanpa kebenaran.
Pada hari itu, penduduk berkumpul di depan kedai runcit kampung itu untuk menyuarakan bantahan dan menuduh kerajaan sebagai mungkir janji.
"Kenapa (tanah) yang diberi nak angkat (ambil) semula? Mereka tak beri hak milik (tanah kepada penduduk)," kata Mohd Rizal Mohamed Rusli, penduduk generasi kedua Sungai Chalit.
"Sekarang bila (kawasan itu) sudah naik, baru mereka nak. Senang sangat mereka mahu cari wang?
"Kita tak boleh bagi, sebab ini betul-betul hak kita," katanya lagi.
Peta dilakar, ditanda
Mohamad juga mengimbas kembali bagaimana penduduk mengumpul wang untuk mengupah juru ukur tanah mengukur keluasan kebun mereka.
Lokasi kebun mereka dilakar dan dinomborkan. Seorang penduduk kampung menunjukkan peta tersebut kepada media.
Rizal berkat alagi, LKPP kemudian membuat salinan peta dan menghantarnya ke pejabat tanah.
Seorang lagi peneroka Sungai Chalit, Mat Isa Salleh, 65, mengeluh betapa penat lelah selama berdekad oleh penduduk kampung akan menjadi sia-sia jika tanah tersebut diambil syarikat.
"Kalau syarikat ini ambil (tanah), kita balik semula ke tahun 1980-an. Kita susah," katanya
Media  telah menghubungi kerajaan Pahang untuk mendapatkan maklum balas.
Jalan utama ke kebun haram terletak di hujung jalan tar di kampung itu. Menurut penduduk, jalan sama juga akan membawa ke kebun berlesen.
Pada 12 Ogos, Royal Pahang Durian membawa beberapa kabin pemeriksaan keselamatan sebagai persediaan untuk mengadakan sekatan jalan raya. Ia menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk.
Seorang penduduk kemudian membuat laporan polis pada 23 Ogos, berkata syarikat mahu membuat sekatan jalan tanpa memaklumkan penduduk dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK), dan ia didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk dan menjejaskan keharmonian kampung.
Syarikat pula mengeluarkan kenyataan semalam, mendakwa pekerja mereka diancam dan diganggu pekebun dan juga telah membuat laporan polis. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/kemelut-musang-king-sejarah-ringkas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengusaha Durian Musang King Raub Mahu Berunding Dengan Kerajaan Negeri Pahang

Pengusaha Durian Musang King Raub Mahu Berunding Dengan Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 586 hits
KUANTAN Pengusaha tanaman musang king di Raub di sini akan mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan negeri Pahang bagi mempertahankan kebun durian yang diusahakan mereka lebih 40 tahun lalu Pengerusi Save Musang King Alliance Chang Yee Ch...
Polis Sekat Jalan Ke Ladang Musang King Di Raub

Polis Sekat Jalan Ke Ladang Musang King Di Raub

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 308 hits
Pihak berkuasa mula membuat sekatan di jalan masuk ke ladang ladang durian haram di Raub Pahang pagi ini Beberapa orang pekebun memberitahu Malaysiakini mereka melihat kira kira 20 orang anggota polis tiba di Kampung Sungai Chalit dengan me...
Pas Gesa Siasat Dalang Pencerobohan Tanah Tanam Durian Musang King Di Raub

Pas Gesa Siasat Dalang Pencerobohan Tanah Tanam Durian Musang King Di Raub

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 421 hits
KUALA LUMPUR Pencerobohan tanah haram di beberapa kawasan melibatkan Raub Pahang perlu disiasat secara telus bagi mengetahui siapakah dalang di sebalik jenayah tersebut Menurut Naib Presiden PAS Senator Ustaz Idris Ahmad pencerobohan terseb...
111 Pekebun Durian Musang King Raub Berjaya Mendapat Perintah Penggantungan Sementara Notis Pengosongan Tanah Kerajaan

111 Pekebun Durian Musang King Raub Berjaya Mendapat Perintah Penggantungan Sementara Notis Pengosongan Tanah Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 607 hits
KUANTAN Seramai 111 pekebun durian yang meneroka tanah kerajaan negeri berjaya mendapat Perintah Pergantungan Sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan mereka di beberapa lokasi sekitar Raub Peguam Siew Choon Jern yang me...
Kemelut Musang King Syarikat Royal Pahang Durian Dakwa Pekerja Di Ancam Di Ganggu

Kemelut Musang King Syarikat Royal Pahang Durian Dakwa Pekerja Di Ancam Di Ganggu

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 591 hits
RAUB Syarikat yang terlibat dalam kemelut dengan pekebun durian Musang King di Raub Pahang mendakwa pekerjanya berdepan dengan gangguan dan ancaman susulan pelaksanaan skim pemutihan kebun Musang King haram di sana Menurut Royal Pahang Duri...
Krisis Musang King Petani Tebang Pokok Ekoran Kecewa Dengan Urusan Tanah Di Pahang

Krisis Musang King Petani Tebang Pokok Ekoran Kecewa Dengan Urusan Tanah Di Pahang

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 682 hits
Ia berikutan beberapa video yang tular menunjukkan seorang pekerja bertindak menebang pokok duriannya yang berusia 50 tahun menggunakan gergaji besi Hakim Bao Sementara yang lain pula memperlihatkan petani yang berasa sedih dan kesal berjal...
Prickly Musang King Mca Lawan Pemuda Umno Pula Sedikit Nasihat Bagi Pemuda

Prickly Musang King Mca Lawan Pemuda Umno Pula Sedikit Nasihat Bagi Pemuda

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 250 hits
The Musang King saga in Raub continues Here are two news items KL Pahang MCA committee to safeguard farmers help tackle problems they facevarious issues plaguing farmers in Pahang involving agricultural produce Cameron Highlands vegetables ...
Sirah Sejarah Ringkas Sebelum Kebangkitan

Sirah Sejarah Ringkas Sebelum Kebangkitan

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 333 hits
Rasulullah SAW Contoh Terbaik Rasulullah SAW contoh pemikiran unggul yang jitu pandangan yang waras kecerdikan kebijaksanaan tersendiri serta ketepatan mencari jalan sasaran Tersusun padanya seluruh keistimewaan kebaikan yang terdapat pada ...
Company Refutes Pahang S Musang King Farmers Modern Slavery Accusations Says Scheme Protects Malaysia S Durian Industry

Company Refutes Pahang S Musang King Farmers Modern Slavery Accusations Says Scheme Protects Malaysia S Durian Industry

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 1235 hits
General view of Royal Pahang Durian Group logo August 21 2020 A spokesman from the group explained the legalisation scheme would ultimately lead to a win win situation between the growers state and industry Picture by Firdaus LatifPETALING ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor