Keluarga Bina Masjid Sebagai Bekalan Akhirat Mangsa Mh17


MASJID Al-Ghazali di Jalan Depo, Petra Jaya, Sarawak yang dibina menggunakan wang pampasan Tambi Jiee, isteri dan empat anak mereka. Keluarga Bina Masjid sebagai Bekalan akhirat mangsa MH17

"MASJID Al-Ghazali di Jalan Depo di Petra Jaya, dibiayai sebahagian besarnya menggunakan semua wang pampasan enam sekeluarga menjadi mangsa tragedi pesawat MH17," ujar Sumardi Ghazalee. D ia adalah adik bongsu arwah Ariza Ghazalee yang terkorban bersama suami, Tambi Jiee serta empat anak mereka, Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13.


Dalam tragedi MH17 itu, Tambi Jiee yang juga jurutera petroleum dalam perjalanan pulang menaiki pesawat itu bagi menyambut Aidilfitri selain berpindah tugas dari Astana, Kazakhstan ke Kuala Lumpur.

Sumardi berkata, ibu mereka, Jamilah Noriah Abang Anuar mencadangkan pembinaan masjid itu menggunakan wang pampasan insiden berkenaan.

"Syukur Alhamdulillah, hasrat ibu kami yang mahu menggunakan wang pampasan disalurkan kepada perkara yang memberi manfaat kepada semua arwah sudah kami tunaikan.

"Masjid berwarna kelabu itu dibina dengan kos sebanyak RM3.5 juta dengan sebahagiannya menggunakan semua wang pampasan diterima sebelum ini," katanya.

Dia memaklumkan, mereka sekeluarga berbincang dan sebulat suara bersetuju membina masjid itu walaupun kos melebihi pampasan diterima.

Bagi memastikan dana mencukupi, Sumardi berkata, mereka turut menerima sumbangan daripada orang awam yang berinfak dan mewakafkan serta sumbangan daripada Kerajaan Sarawak.

KELUARGA Allahyarham Tambi Jiee yang terbabit dalam nahas MH17.Selepas semuanya berjalan lancar dan pembinaannya siap mengikut jadual, Masjid Al-Ghazali dibuka kepada orang awam, bermula 13 Mei tahun lalu.

"Ibu gembira, kami sekeluarga pula lega kerana hasrat untuk membina masjid sebagai memperingati arwah kakak sekeluarga akhirnya terlaksana setahun yang lalu," katanya.

Masjid serba moden yang mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa itu adalah hasil reka bentuk Sumardi sendiri yang juga seorang arkitek.

Sumardi yang kini pengerusi masjid berkenaan berkata, sejak dibuka masjid yang terletak di tepi jalan yang menjadi laluan utama dari kawasan Semariang ke Jalan Tun Abdul Rahman Yakub sering menjadi persinggahan pengguna jalan raya untuk menunaikan solat.

Menurutnya, bagi mengimarahkan lagi Masjid Al-Ghazali, pihaknya berhasrat untuk membina sebuah dewan berdekatan masjid itu namun kini hasrat itu tertangguh berikutan kekurangan dana.


PENDUDUK setempat menunaikan solat di Masjid Al-Ghazali. FOTO Arkib NSTP
"Dewan yang kami rancang itu akan menjadi tempat untuk upacara akad nikah serta aktiviti lain yang bermanfaat untuk semua.

"Berikutan kekangan kewangan, kami mengharapkan agar ada pihak sudi bekerjasama menyalur sumbangan untuk kita membina dewan yang akan mengimarahkan lagi masjid ini," katanya.

Menurutnya lagi, mereka turut bersyukur kerana hasrat untuk menjadikan masjid itu sebagai tempat untuk solat Jumaat mendapat perkenan Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais).

"Sudah lebih sebulan kebenaran itu diberi dan kini sudah empat Jumaat, Masjid Al-Ghazali digunakan untuk solat Jumaat," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sarawakup2date.blogspot.com/2020/07/keluarga-bina-masjid-sebagai-bekalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hak Keluarga Waris Mangsa Pemandu Mabuk Wajar Dilindungi

Hak Keluarga Waris Mangsa Pemandu Mabuk Wajar Dilindungi

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 419 hits
Kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk wajar diminimumkan dengan cara meminda Akta Pengangkutan 1987 Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata tindakan kerajaan Perikatan Nasional meneruskan draf pindaan Kerajaan Pakatan Harapan ...
Saya Derma Rm9 Juta Kepada Yayasan Zahid Bina Masjid Kata Pemegang Saham Myeg

Saya Derma Rm9 Juta Kepada Yayasan Zahid Bina Masjid Kata Pemegang Saham Myeg

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 332 hits
Seorang pemegang saham sebuah penyedia perkhidmatan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau menyumbang RM9 juta kepada yayasan milik Ahmad Zahid Hamidi untuk membina 2 masjid Mohd Jimmy Wong Abdullah yang juga pengarah bukan eks...
Pesara Bina Kerjaya Baharu Sebagai Pelukis Jalanan

Pesara Bina Kerjaya Baharu Sebagai Pelukis Jalanan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 689 hits
OLEH NURFARDLINA IZZATI MOKTARSEREMBAN 17 JULAI Seorang bekas guru memanfaatkan persaraan beliau dengan kerjaya baharu sebagai pelukis seni jalanan yang kini karyanya semakin mendapat perhatian masyarakat setempat malah turut menerima pujia...
Masjid Hagia Sofea Sebagai Mercu Tanda Kebangkitan Islam Turki

Masjid Hagia Sofea Sebagai Mercu Tanda Kebangkitan Islam Turki

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 467 hits
Oleh Dr Riduan Mohamad Nor Sporadik dengan pantas ditular video dan gambar gambar masjid Aya Sofea yang kini dikembalikan fungsinya sebagai masjid Masjid indah dan ikonik ini berada ditengah jantung kota Istanbul terlihat elegan dengan bayu...
Hanya Pakai Topi Plastik Sebagai Ppe Tukang Cuci Di Dhaka Berenang Dalam Timbunan Sampah

Hanya Pakai Topi Plastik Sebagai Ppe Tukang Cuci Di Dhaka Berenang Dalam Timbunan Sampah

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 415 hits
Sesetengah daripada kita mungkin menghabiskan hujung minggu berenang di laut biru sambil melihat kehidupan di dalam laut Manakala bagi tukang cuci jalan di Dhaka Bangladesh mereka pula terpaksa memilih berenang dalam timbunan sampah Dalam s...
Nik Omar Ditamatkan Kontrak Sebagai Ydp Yadim

Nik Omar Ditamatkan Kontrak Sebagai Ydp Yadim

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 632 hits
MALAYSIA DATELINE Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz dilaporkan telah ditamatkan kontraknya sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia berkuat kuasa hari ini Kontrak beliau bersama Yadim sepatutnya tamat pada Disember 2020 bagaimanap...
2 Ditahan Disyaki Perlekeh Jumaat Sebagai Hari Jawi

2 Ditahan Disyaki Perlekeh Jumaat Sebagai Hari Jawi

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 385 hits
Polis sedang mencari seorang lagi individu berkaitan kes itu yang sudah dikenal pasti identitinya
Uniqlo Indonesia Gandeng Daniel Mananta Sebagai Brand Ambassador Untuk Kategori Produk Sport Utility Wear

Uniqlo Indonesia Gandeng Daniel Mananta Sebagai Brand Ambassador Untuk Kategori Produk Sport Utility Wear

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 317 hits
Melalui kategori Sport Utility Wear UNIQLO Indonesia ingin ajak masyarakat untuk aktif berolahraga
Rumput Yang Kucing Makan Sebagai Ubat

Rumput Yang Kucing Makan Sebagai Ubat

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 2928 hits
Nama rumput ini ialah rumput pendul Kalau ada kucing yang sakit Parvo selsema atau demam boleh berikan air rebusan rumput ni pada kucing tersebut Kucing yg hilang selera makan atau tanak makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menu Menu Dari Bunga Kantan

Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang

Tamparan Baru Wall Street Gm Mengalami Kerugian 1 Bilion Rtx Mengejutkan Para Pelabur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Resepi Pulut Kuning

Kenapa Netizen Suka Mengecam Di Media Sosial Ini 5 Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial