Saya Derma Rm9 Juta Kepada Yayasan Zahid Bina Masjid Kata Pemegang Saham Myeg


Seorang pemegang saham sebuah penyedia perkhidmatan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau menyumbang RM9 juta kepada yayasan milik Ahmad Zahid Hamidi untuk membina 2 masjid.
Mohd Jimmy Wong Abdullah yang juga pengarah bukan eksekutif MyEG Services Sdn Bhd, berkata beliau menyumbang RM600,000 sebanyak 15 kali menerusi cek dari Mei 2016 hingga Mac 2018.
“Zahid minta saya memasukkan wang ke dalam akaun Firma Guaman Lewis & Co yang mengendalikan yayasan itu,” kata saksi pendakwaan ke -78 dalam pernyataan saksinya.
Wong berkata, Zahid mempelawa beliau ke kediaman peribadinya pada akhir 2015 untuk majlis kesyukuran dan kemudian bertanya jika beliau mahu mendapatkan pahala daripada Allah kerana melakukan kebaikan.
“Saya menjawab dengan tegas dan itu sebabnya saya bekerja keras,” katanya.
Wong berkata, bekas timbalan perdana menteri itu meminta beliau menyumbang wang untuk pembinaan sebuah masjid di Melaka dan sebuah lagi di kediaman peribadinya (Zahid) di Country Heights, Kajang.
“Zahid tanya saya jika saya boleh menderma dan saya jawab sebarang jumlah kurang daripada RM10 juta adalah okey. Zahid kata wang itu akan disalurkan ke sebuah yayasan yang tidak dinamakannya.”
Katanya, beliau hanya boleh membuat bayaran secara ansuran kerana dibayar komisen untuk memperkenalkan majikan yang mengambil pekerja asing tanpa izin.
Katanya, beliau akan memperoleh RM500 untuk setiap pekerja asing tidak berdokumen dan wang itu akan dialihkan ke akaun seorang rakannya bernama Jimmy Ng.
Ng kemudiannya akan memindahkan wang itu kepada Ketua Pegawai Kewangan MyEG, Chong Chien Ming, yang akan menyalurkannya ke firma guaman terbabit.
Terdahulu, seorang saksi yang juga bekas pengerusi Exim Bank, Mat Noor Nawi berkata, Zahid mahu melangsaikan tunggakan pembayaran pinjaman sebuah syarikat pengurusan hotel berjumlah AS$2 juta menggunakan wang dari sebuah yayasan.
Mat Noor berkata, beliau menemui Zahid di pejabatnya pada 23 Jun 2016.
“Tujuan pertemuan itu ialah mendapatkan kelulusan Exim Bank untuk Nurulhidayah (anak perempuan Zahid) memperoleh 60% saham Ri-Yaz Asset Sdn Bhd milik Rashid Manaf,” kata Mat Noor, saksi pendakwaan ke-76.
Ri-Yaz, syarikat pengurusan hotel, mempunyai perjanjian pinjaman sebanyak AS$24.8 juta, yang perlu dilangsaikan dalam masa 8 tahun. Tetapi, syarikat itu mempunyai tunggakan pembayaran balik pinjaman sebanyak AS$2.058 juta.
“Saya memaklumkan Zahid yang jumlah tunggakan itu perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum Nurulhidayah boleh mendapatkan saham Rashid.”
Ri-Yaz, diterajui Rashid, mengambil pinjaman itu untuk membeli sebuah hotel di Bali, Indonesia.
Mat Noor berkata, Zahid memaklumkan beliau akan membayar tunggakan itu menggunakan wang milik sebuah yayasan.
“Bagaimanapun, beliau tidak menyebut dengan khusus nama yayasan itu.”
Dalam pertemuan itu, katanya, Zahid turut menekankan Ri-Yaz perlu membayar balik wang yang didahulukan daripada yayasan itu kemudian.
Beliau berkata, pada Disember 2016, Jawatankuasa Kredit bank itu bersetuju memindahkan saham Rashid kepada Nurulhidayah.
Bagaimanapun, Rashid kekal sebagai penjamin pinjaman itu dan ada satu syarat beliau perlu memiliki 10% saham Ri-Yaz.
Mat Nor berkata, Rashid ialah penjamin pilihan kerana kekayaan bersihnya, kekuatan korporat dan kemampuan teknikalnya untuk memantau projek hotel di Bali.
Pendakwaan hari ini memanggil Wong dan Mat Noor memberi keterangan untuk menunjukkan Zahid menggunakan yayasan itu melakukan aktiviti pengubahan wang.
Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, 8 pertuduhan rasuah, 27 dakwaan pengubahan wang membabitkan berjuta ringgit dana Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah ditangguh ke 27 Julai.
FMT
The post Saya derma RM9 juta kepada yayasan Zahid bina masjid, kata pemegang saham MyEG appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/14/saya-derma-rm9-juta-kepada-yayasan-zahid-bina-masjid-kata-pemegang-saham-myeg/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jual Aset Yayasan Selangor Demi Kurang Beban Hutang Rm34 Juta

Jual Aset Yayasan Selangor Demi Kurang Beban Hutang Rm34 Juta

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 293 hits
Amirudin Shari berkata kerajaan negeri bercadang menggantikan aset dijual dengan aset lebih berdaya saing dan menguntungkan selain membaik pulih aset utama Yayasan Selangor di Kampung Baru Ampang Point dan Bukit Bintang SHAH ALAM Menteri Be...
Pelaburan Tabung Haji Di Dalam Syarikat Roti Silverbird Saham Dibeli Pada Premium 177 Kerugian Rm90 Juta

Pelaburan Tabung Haji Di Dalam Syarikat Roti Silverbird Saham Dibeli Pada Premium 177 Kerugian Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 209 hits
FEBRUARY 23 2016 RAFIZIRAMLI 1 COMMENTSalah satu pelaburan Tabung Haji sebelum ini yang mengundang kontroversi ialah pembelian saham saham di dalam syarikat pembuat roti Silverbird Group Berhad di dalam tahun 2007 pada harga yang cukup ting...
35 Juta Rakyat Iran Mungkin Dijangkiti Covid 19 Kata Presiden

35 Juta Rakyat Iran Mungkin Dijangkiti Covid 19 Kata Presiden

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 256 hits
KIRA KIRA 35 juta rakyat Iran mungkin dijangkiti Covid 19 kersna negara itu masih belum berjaya mengawal wabak itu ketika suku populasi negara mungkin sudah terkena virus itu kata Presiden Hassan Rouhani Ini merupakan kali pertama pemimpin ...
Menang 6 Prk Bukti Bn Masih Relevan Diterima Rakyat Kata Zahid

Menang 6 Prk Bukti Bn Masih Relevan Diterima Rakyat Kata Zahid

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 223 hits
Calon BN Mohd Sharim Md Zain meraikan kemenangannya pada PRK Chini bersama kepimpinan BN di pusat penjumlahan undi di IKBN Pekan semalam PEKAN Kemenangan 6 kali dalam pilihan raya kecil termasuk yang terbaru di Dewan Undangan Negeri Chini s...
Kes Zahid Pengarah Syarikat Kata Cek Rm447k Untuk Bayar Gangster

Kes Zahid Pengarah Syarikat Kata Cek Rm447k Untuk Bayar Gangster

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 240 hits
Seorang pengarah syarikat berkata sekeping cek syarikat berjumlah RM447 773 42 kepada akaun pemegang amanah firma guaman Lewis Co digunakan untuk membayar gangster yang mengganggu projek pembinaan sebuah jambatan di Klang Selangor Pengarah ...
Curi Kotak Amal Di Masjid Bernilai Rp 4 Juta Saat Ditangkap Pelaku Hanya Sisakan Uang Rp 50 Ribu

Curi Kotak Amal Di Masjid Bernilai Rp 4 Juta Saat Ditangkap Pelaku Hanya Sisakan Uang Rp 50 Ribu

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 186 hits
Kejadian pencurian kotak amal masjid terjadi di Masjid Darus Sholihin Desa Gumelar Kecamatan Balung Jember Pencurian kotak amal tersebut dilakukan oleh tiga pelaku Satu pelaku berhasil diamankan oleh pihak kepolisian namun dua lainnya masal...
Keluarga Bina Masjid Sebagai Bekalan Akhirat Mangsa Mh17

Keluarga Bina Masjid Sebagai Bekalan Akhirat Mangsa Mh17

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 628 hits
MASJID Al Ghazali di Jalan Depo Petra Jaya Sarawak yang dibina menggunakan wang pampasan Tambi Jiee isteri dan empat anak mereka Keluarga Bina Masjid sebagai Bekalan akhirat mangsa MH17 MASJID Al Ghazali di Jalan Depo di Petra Jaya dibiayai...
Seludup Pati Malaysia Berdepan Industri Ratus Juta Setiap Tahun Kata Pakar

Seludup Pati Malaysia Berdepan Industri Ratus Juta Setiap Tahun Kata Pakar

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 247 hits
PETALING JAYA Seorang pakar keselamatan berkata kemampuan Malaysia terhad untuk berdepan penyeludupan pendatang tanpa izin yang menurutnya industri mewah melibatkan keuntungan ratusan juta setiap tahun Mengambil contoh kes Rohingya pakar ka...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday