Kelonggaran Bagi Perniagaan Beroperasi Sabotaj Kerajaan Berikutnya Pemuda Pkr Sabah


Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin berkata, walaupun kelonggaran itu hanya bagi mereka yang lengkap vaksinasi, tidak bermakna jangkitan Covid-19 tidak akan berlaku. (Gambar PKR)


KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin berkata, tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kelonggaran bagi beberapa jenis perniagaan beroperasi berunsur sabotaj buat kerajaan berikutnya.

Beliau mendakwa, kelonggaran yang diumumkan dalam keadaan negara yang sangat kritikal itu akan menjadikan jangkitan Covid-19 semakin serius.

“Pada pandangan saya, pengumuman kelonggaran kepada beberapa sektor ekonomi untuk beroperasi dalam fasa satu Program Pemulihan Negara (PPN) adalah berunsur sabotaj secara jelas.

“Tindakan beliau (Muhyiddin) juga mungkin disengajakan bagi menggagalkan pelan pemulihan oleh kerajaan berikutnya. Ini kerana jika sektor ekonomi yang baru sahaja dibenarkan beroperasi diarahkan untuk ditutup semula, sudah pasti para peniaga akan marah kepada kerajaan berikutnya.

“Selain itu, jika sektor-sektor perniagaan ini terus dibenarkan beroperasi kita tidak menolak kemungkinan kenaikan mendadak kes harian Covid-19 dan sudah tentu yang dipersalahkan adalah kerajaan berikutnya,” katanya dalam kenyataan.

Razeef berkata, walaupun kelonggaran itu hanya bagi mereka yang lengkap vaksinasi, tidak bermakna jangkitan Covid-19 tidak akan berlaku.

“Ini kerana umum tahu vaksin hanya meningkatkan tahap imunisasi tubuh tetapi tidak bermakna kita akan kebal dari terkena wabak Covid-19 dan jika ini berlaku, orang yang dijangkiti akan menjadi pembawa dan tidak mustahil akan turut menjangkiti mereka yang belum menerima suntikan vaksin, terutama kanak-kanak.

“Maka pada hemat saya, tindakan Muhyiddin ini seolah cubaan sabotaj kepada kerajaan berikutnya yang boleh melumpuhkan lagi keselamatan, kesihatan dan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, pengumuman yang dibuat Muhyiddin itu tidak mengejutkan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini tidak pernah konsisten dalam menguatkuasakan suatu pelan ataupun prosedur operasi standard (SOP).

“Dengan pelonggaran dalam keadaan negara yang berdepan dengan kes di atas paras 20,000 kes sehari dan dengan kematian di atas paras 200 kes sehari, Muhyiddin hanya menjadikan keadaan semakin teruk,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/kelonggaran-bagi-perniagaan-beroperasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selesaikan Isu Covid 19 Jangan Sibuk Nak Tukar Kerajaan Kata Tkm Sabah

Selesaikan Isu Covid 19 Jangan Sibuk Nak Tukar Kerajaan Kata Tkm Sabah

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 418 hits
Selesaikan isu Covid 19 jangan sibuk nak tukar kerajaan kata TKM Sabah Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 4 Aug
Bibit Lompat Parti Di Sabah Bahayakan Kerajaan Grs

Bibit Lompat Parti Di Sabah Bahayakan Kerajaan Grs

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 421 hits
GRS merangkumi gabungan Perikatan Nasional BN dan Parti Bersatu Sabah yang membentuk kerajaan negeri selepas menang Pilihan Raya Negeri pada 26 September lalu Perubahan dinamik politik nasional akan membawa kepada perubahan di peringkat neg...
Makan Di Restoran Aktiviti Sosial Perniagaan Dibenar Beroperasi Semula

Makan Di Restoran Aktiviti Sosial Perniagaan Dibenar Beroperasi Semula

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 262 hits
MALAYSIA NOW SOP yang dilonggarkan berkuat kuasa esok kepada mereka yang telah menerima vaksin Covid 19 yang lengkap Pengusaha restoran perlu memastikan pengunjung telah menerima vaksin lengkap melalui sijil digital MySejahtera ketika membe...
Kerajaan Benarkan 11 Aktiviti Ekonomi Untuk Kembali Beroperasi Berkuatkuasa 16 Ogos Ini

Kerajaan Benarkan 11 Aktiviti Ekonomi Untuk Kembali Beroperasi Berkuatkuasa 16 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran kembali beroperasi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa 16 Ogos kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Aktiviti ekonomi ...
Ketua Pemuda Umno Sabah Letak Jawatan Pengarah Boustead Plantation

Ketua Pemuda Umno Sabah Letak Jawatan Pengarah Boustead Plantation

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 434 hits
Abdul Aziz Julkarnain KOTA KINABALU Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Aziz Julkarnain menjadi pemimpin parti terbaru parti itu yang meletakkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan Dia meletakkan jawatan sebagai pengarah bebas dan bukan eks...
Umno Sabah Kekal Kerjasama Dengan Kerajaan Dipimpin Bersatu

Umno Sabah Kekal Kerjasama Dengan Kerajaan Dipimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 276 hits
gemilangdaily comUmno Sabah kekal kerjasama dengan kerajaan dipimpin Bersatu UMNO Sabah menjelaskan pendiriannya untuk terus kekal dan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor Dalam satu ke...
Pihak Berkuasa Kesihatan Perlu Bantuan Kerajaan Sabah Diberitahu

Pihak Berkuasa Kesihatan Perlu Bantuan Kerajaan Sabah Diberitahu

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 388 hits
ADUN Luyong Phoong Jin Zhe berkata petugas kesihatan dibanjiri pesakit dan memerlukan lebih banyak tenaga kerja dalam pelbagai bidang KOTA KINABALU Seorang ADUN DAP Sabah menggesa kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah memainkan per...
Umno Sabah Terus Sokong Kerajaan Mahu Autonomi Dihormati

Umno Sabah Terus Sokong Kerajaan Mahu Autonomi Dihormati

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 352 hits
Berikut adalah kenyataan rasmi UMNO Sabah berhubung dengan kemelut politik yang melanda negara susulan keputusan MKT UMNO menarik diri dari Kerajaan Perikatan Nasional Baca Artikel Menarik Layari Laman Facebook The post appeared first on
Pemimpin Pkr Rapat Dengan Anwar Kata Kerajaan Pn Ada Majoriti Tipis Lapor Utusan

Pemimpin Pkr Rapat Dengan Anwar Kata Kerajaan Pn Ada Majoriti Tipis Lapor Utusan

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 325 hits
agendadaily com14 8 2021Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kia Ming Ketika kem Zahid Hamidi dan Pakatan Harapan mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional hilang sokong...
Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rabu Belajar Sabar Hari Ini

Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Hadr Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Ke Acheh Ppim 17 12 2025

Doa Berbuka Puasa Niat Sebelum Selepas Sahur

Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan