Bibit Lompat Parti Di Sabah Bahayakan Kerajaan Grs


GRS merangkumi gabungan Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk kerajaan negeri selepas menang Pilihan Raya Negeri pada 26 September lalu.



Perubahan dinamik politik nasional akan membawa kepada perubahan di peringkat negeri sekiranya berlaku perubahan yang drastik.

Pensyarah Kanan Politik Ekonomi UiTM Sabah, Dr. Firdausi Suffian berkata, politik di negeri ini amat bergantung kepada politik nasional maka, sekiranya berlaku perubahan yang drastik di peringkat nasional maka, di Sabah juga akan berubah.

Sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan lagi kerajaan dan UMNO bertindak untuk bergabung dengan parti lain, sudah tentu ia akan mempengaruhi keadaan di Sabah.

“Sejarah menunjukkan Sabah sentiasa mengikut trend politik di Semenanjung Malaysia kerana Sabah tidak mahu menjadi kerajaan yang tidak sehaluan kerana peruntukan bagi melaksanakan dasar ekonomi dan pembangunan infrastruktur amat bergantung kepada kerajaan Pusat.

“Kita sudah melalui episod menjadi pembangkang dan banyak pembangunan tidak dapat dilaksanakan. Kebiasaan ingin sehaluan dengan persekutuan itu akan menyebabkan kerajaan negeri akan bertukar sekali lagi.

Pensyarah Kanan Politik Ekonomi UiTM Sabah, Dr. Firdausi Suffian “Kebarangkalian itu tidak mustahil kerana bibit melompat parti amat subur di Sabah dan itu yang paling bahaya, itu menjadi kerisauan kita,” katanya.

Firdausi berkata, apabila kerajaan berubah dasar dan pelan pembangunan kerajaan sedia ada pasti akan berubah dan ia sekaligus membantutkan usaha memulihkan ekonomi negeri yang cukup terkesan akibat pandemik Covid-19.

Walaupun dasar sedia ada baik untuk negeri Sabah namun, kerajaan baharu tidak akan meneruskannya kerana naratif politik memang begitu. Mereka tidak mahu kerajaan terdahulu mendapat pengiktirafan sekiranya pelaksanaan sesuatu dasar itu berjaya.

Bagaimanapun katanya, calon Perdana Menteri baharu akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan memanggil kesemua 218 Ahli Parlimen untuk mendapatkan pandangan tentang sokongan mereka, keadaan ini sama seperti semasa lantikan Muhyiddin dahulu. Dewan Rakyat mempunyai 220 Ahli Parlimen dan dua masih kosong iaitu Batu Sapi (Sabah) dan Grik (Perak) ekoran kematian penyandangnya.

Antara calon yang disebut-sebut seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, parti-parti kecil dari Sabah dan Sarawak akan memainkan peranan signifikan untuk menentukan jumlah sokongan yang diperoleh calon-calon Perdana Menteri baharu tersebut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/bibit-lompat-parti-di-sabah-bahayakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Grs Jamin Kerajaan Sabah Masih Utuh

Pemimpin Grs Jamin Kerajaan Sabah Masih Utuh

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 177 hits
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengatakan bahawa negeri itu tidak terpengaruh oleh ketidakstabilan politik di peringkat persekutuan dan bahawa pemerintahan Gabungan Rakyat Sabah sangat utuh KOTA KINABALU Pemimpin Gabung...
Cadangan Persefahaman Rentas Parti Tidak Merujuk Pembentukan Kerajaan Baharu

Cadangan Persefahaman Rentas Parti Tidak Merujuk Pembentukan Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 232 hits
satuberita myBy August 15 2021Saifuddin berkata sebaliknya ia adalah kerajaan Perikatan Nasional yang mendapat dukungan daripada sebahagian Ahli Parlimen pembangkang bagi menyelesaikan isu isu tertentu GAMBAR Malay Mail TUJUH cadangan rangk...
Umno Sabah Kekal Kerjasama Dengan Kerajaan Dipimpin Bersatu

Umno Sabah Kekal Kerjasama Dengan Kerajaan Dipimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 198 hits
gemilangdaily comUmno Sabah kekal kerjasama dengan kerajaan dipimpin Bersatu UMNO Sabah menjelaskan pendiriannya untuk terus kekal dan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor Dalam satu ke...
Umno Sabah Berpecah Jika Keluar Grs Kata Penganalisis

Umno Sabah Berpecah Jika Keluar Grs Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 247 hits
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin masih belum memberi sebarang petanda untuk keluar dari GRS biarpun kemelut antara Umno dan Bersatu semakin buruk di peringkat persekutuan KOTA KINABALU Dua penganalisis menjangkakan Umno Sabah akan berpeca...
Kelonggaran Bagi Perniagaan Beroperasi Sabotaj Kerajaan Berikutnya Pemuda Pkr Sabah

Kelonggaran Bagi Perniagaan Beroperasi Sabotaj Kerajaan Berikutnya Pemuda Pkr Sabah

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 213 hits
Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin berkata walaupun kelonggaran itu hanya bagi mereka yang lengkap vaksinasi tidak bermakna jangkitan Covid 19 tidak akan berlaku KOTA KINABALU Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin b...
Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 279 hits
Perhatian akan tertumpu kepada Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin sekiranya parti itu kembali berkuasa di peringkat persekutuan kata penganalisis KOTA KINABALU Penganalisis percaya ramai wakil rakyat daripada Bersatu mungkin kembali kep...
Umno Sabah Terus Sokong Kerajaan Mahu Autonomi Dihormati

Umno Sabah Terus Sokong Kerajaan Mahu Autonomi Dihormati

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 225 hits
Berikut adalah kenyataan rasmi UMNO Sabah berhubung dengan kemelut politik yang melanda negara susulan keputusan MKT UMNO menarik diri dari Kerajaan Perikatan Nasional Baca Artikel Menarik Layari Laman Facebook The post appeared first on
Sabah Umno Could Shake Things Up In Grs Govt

Sabah Umno Could Shake Things Up In Grs Govt

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 224 hits
Sabah Umno leader Bung Moktar Radin won t make any hasty move to unseat chief minister Hajiji Noor says an analyst KOTA KINABALU Sabah Umno could soon make more demands on key appointments in the Gabungan Rakyat Sabah state government after...
Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 366 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin KOTA KINABALU Kerajaan Persekutuan perlu menolong Sabah dengan mengerahkan lebih banyak kakitangan perubatan dan mempercepat vaksinasi kerana barisan depan negeri ini dibanjiri dengan jumlah kes ba...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone