Kelantan Fc Bantah Penalti Sabah


RISTO Mitrevski (tengah) menyempurnakan kedua-dua sepakan penalti Sabah dalam aksi Piala Malaysia menentang Kelantan FC di Kota Bharu, 30 September lalu.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

KOTA BHARU: Kelantan FC menghantar bantahan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap keputusan pengadil memberikan dua sepakan penalti kepada Sabah dalam aksi Kumpulan D, Piala Malaysia pada 30 September lalu.

Pada perlawanan itu, Kelantan FC terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2 selepas pengadil Fitri Makson memberikan dua sepakan penalti kepada lawan pada minit ke-32 dan 79.


“Pada minit minit ke-79, pemain Kelantan FC iaitu Muhammad Yusri (jersi No. 55) telah melakukan bentesan terhadap N.Thanabalan (No. 27) dalam kawasan kotak penalti.

“Pengadil telah tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada Sabah FC yang merupakan suatu kelebihan tidak adil (unfair advantage), sekali gus menyebabkan satu penalti diberikan kepada Sabah FC,” katanya dalam surat yang dikongsikan di Facebook rasmi pasukan TRW Kelantan FC hari ini.

Kata Norizam, berpandukan kepada pemerhatian dan pengamatan, Kelantan FC membantah keputusan yang dibuat oleh pengadil kerana penalti tersebut tidak sepatutnya diberikan.


Ini kerana pemain Kelantan FC hanya menguis bola dari belakang dan tidak menggunakan kekerasan ketika merebut bola tersebut.

Ujarnya, pemain berkenaan telah melakukan simulasi dengan menjatuhkan badan selari dengan definisi yang dinyatakan dalam Laws of The Game 20/21 dalam perlawanan itu.

AKSI Kelantan FC dan Sabah dalam saingan Piala Malaysia berkesudahan 2-2.
“Kami menegaskan bahawa keputusan yang sewajarnya diberikan adalah suatu amaran atau layangan kad kuning terhadap N.Thanabalan menurut kepada Diciplinary Action Law,” ujarnya.

Zamsaham berkata, pihaknya turut membuat bantahan melibatkan penafian sepakan percuma dan penalti pada minit ke-67 dan 94 kepada The Red Warriors (TRW).

“Pihak pengadil juga telah menafikan untuk memberikan sepakan percuma kepada Kelantan FC pada minit ke-67 dimana pemain kami iaitu Ismail Ibrahim (jersi 96) dikasari pemain Sabah FC, Ummareng Bachok (jersi 19) di luar kotak penalti.

“Kemudian pada minit ke-94, pemain kami iaitu Haziq Subri (No. 69) dikasari pemain Sabah, Risto Mitrevski (No. 5) dalam kotak penalti, di mana kami beranggapan sewajarnya diberikan penalti.

Zamsaham berkata, Kelantan FC telah telah dimaklumkan oleh Penilai Pengadil, Azman Sulong bahawa keputusan penalti tersebut tidak sewajarnya diberikan kepada Sabah FC.


“Berdasarkan perkara di atas, kami memohon Unit Pertandingan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) dan Unit Pengadil FAM mengambil serius keadaan ini serta mengambi tindakan sewajarnya.

“Pihak kami turut berharap tindakan drastik diambil bagi memastikan integriti dan ketelusan permainan secara keseluruhannya di dalam Liga Malaysia dapat diamalkan bagi mengelakkan sebarang permasalahan atau pertikaian lanjut pada masa akan datang,” katanya.

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2021/10/kelantan-fc-bantah-penalti-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risto Mitreviski Wira Sabah Dari Dimalukan Kelantan

Risto Mitreviski Wira Sabah Dari Dimalukan Kelantan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 253 hits
Pemain tengah Macedonia ini menyempurnakan 2 gol penalti yang diberikan pengadil untuk memastikan Rhinos meraih seri untuk kali ke 2 berturut turut dalam peringkat kumpulan D di Saingan pertandingan bola sepak paling berprestij di negara in...
Piala Malaysia Sabah Fc Ikat Kelantan Fc Kedua Dua Pasukan Terus Kemarau Kemenangan

Piala Malaysia Sabah Fc Ikat Kelantan Fc Kedua Dua Pasukan Terus Kemarau Kemenangan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 306 hits
Aksi penuh perlawanan Kelantan FC Vs Sabah FC di Stadium Muhammad IV Kota Bharu berkesudahan dengan keputusan 2 2 Kedua dua jaringan Sabah FC terhasil dari dua sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ketua Pasukan Risto Mitrevski FT KELANTA...
Rmk 12 Utamakan Negeri Kurang Membangun Kedah Kelantan Perlis Terengganu Sabah Dan Sarawak

Rmk 12 Utamakan Negeri Kurang Membangun Kedah Kelantan Perlis Terengganu Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 290 hits
Oleh NEGERI negeri kurang membangun banyak menjalankan aktiviti pertanian sebagai teras ekonomi Gambar hiasan ENAM negeri kurang membangun iaitu Kedah Kelantan Perlis Sabah Sarawak dan Terengganu akan terus diberi keutamaan dalam agihan per...
Rentas Daerah Ikut Zon Di Sabah Mulai 1 Oktober Masidi

Rentas Daerah Ikut Zon Di Sabah Mulai 1 Oktober Masidi

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 309 hits
Kerajaan Sabah akan membenarkan sistem rentas daerah mengikut enam zon mulai 1 Oktober ini Astro AWANI Rentas daerah ikut Zon boleh sudah mulai Jumaat ini KUALA LUMPUR Datuk Seri Masidi Manjun mengulangi pendirian yang mana Kerajaan Sabah a...
Kredibiliti Ong Kim Swee Bersama Sabah Fc Bakal Teruji Janjikan Kelainan Taktikal

Kredibiliti Ong Kim Swee Bersama Sabah Fc Bakal Teruji Janjikan Kelainan Taktikal

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 223 hits
Bos Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mengatakan akan ada perubahan dalam kesebelasan utama untuk kempen Piala Malaysia kerana pemain sudah matang dan berpengalaman sama ada import atau tempatan Ong Kim Swee bakal ubah corak Sabah FC Kempen Piala...
Ada Menteri Timbalan Menteri Tapi Kenapa 8 Daerah Di Sabah Masih Termiskin Soal Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Ada Menteri Timbalan Menteri Tapi Kenapa 8 Daerah Di Sabah Masih Termiskin Soal Ahli Parlimen Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 273 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin persoal 8 daerah di Sabah termiskin di Malaysia Dia turut memuat naik gambar salah satu halaman dalam buku laporan Rancangan Malaysia ke 12 yang menunjukkan senarai daerah termiskin di negara ini 8...
Ibu Bapa Di Sabah Sambut Baik Pemberian Vaksin Remaja

Ibu Bapa Di Sabah Sambut Baik Pemberian Vaksin Remaja

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 275 hits
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah daripada 400 000 remaja diberi suntikan vaksin sejak 16 Sept lepas 200 445 adalah membabitkan pelajar sekolah di negeri berkenaan KOTA KINABALU Sejak Sabah melaksanakan pemberian vaksin kepada remaja b...
Sabah To Fully Enforce Vaccinated Only Ruling

Sabah To Fully Enforce Vaccinated Only Ruling

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 260 hits
Business owners have been told to ensure that customers show proof of full vaccination and a low risk health status KOTA KINABALU Sabah will now fully enforce a rule that only fully vaccinated workers and customers will be allowed to enter ...
Sabah Resumes Inter District Travel For Some Reopens Spa Industry On Oct 1

Sabah Resumes Inter District Travel For Some Reopens Spa Industry On Oct 1

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 262 hits
With more than 60 per cent of adults in Sabah fully vaccinated the state government has decided to allow inter district travel according to zones starting Oct 1 NSTP file picKOTA KINABALU With more than 60 per cent of adults in Sabah fully ...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar