Ada Menteri Timbalan Menteri Tapi Kenapa 8 Daerah Di Sabah Masih Termiskin Soal Ahli Parlimen Kota Kinabalu


Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin persoal 8 daerah di Sabah termiskin di Malaysia. Dia turut memuat naik gambar salah satu halaman dalam buku laporan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang menunjukkan senarai daerah termiskin di negara ini. (Gambar Facebook) klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt) 8 daerah termiskin di Sabah ada menteri, timbalan menteri KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin mempersoalkan mengapa lapan daerah di Sabah masih dilaporkan sebagai daerah termiskin di Malaysia sedangkan kebanyakan kawasan berkenaan diwakili oleh menteri serta timbalan menteri kerajaan.


Katanya, daripada 10 daerah termiskin di negara ini, lapan adalah di Sabah, iaitu Kudat, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Tongod, dan Nabawan.

DAP Kota Kinabalu MP Chan Foong Hin
“Kebanyakan kawasan ini ialah bawah kawasan Parlimen menteri serta timbalan menteri.

“Antaranya di Kota Marudu (yang diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Maximus Ongkili, Beluran (Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee) dan Nabawan (Timbalan Menteri Kerja Raya Arthur Joseph Kurup).


“Selain itu di Pitas, iaitu bawah kawasan Parlimen Kudat sebelum ini diwakili bekas Menteri Kewangan Rahim Bakri, di Tongod yang juga bawah kawasan Parlimen Kinabatangan pula kini diwakili Timbalan Ketua Menteri Sabah.

“Kota Belud juga sebuah kawasan yang hebat apabila tiga pemimpin kanan sebelum ini berasal dari sana, iaitu mantan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia; mantan menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak serta bekas menteri EPU (Unit Perancang Ekonomi) Rahman Dahlan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.


Dalam hantarannya itu juga, Chan turut memuat naik gambar salah satu halaman dalam buku laporan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang menunjukkan senarai daerah termiskin di negara ini.


“Harap menteri-menteri ini dapat melonjakkan pembangunan di daerah termiskin di Malaysia itu.

“Jangan berpuluh tahun memegang jawatan wakil rakyat di sana sampai memegang jawatan menteri namun rakyat di kawasan diwakili masih hidup dalam keadaan miskin tegar,” katanya.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/ada-menteri-timbalan-menteri-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Dapat Rm78 Juta Bantuan Banjir Tapi Hanya Rm2 Juta Untuk Sabah Soal Ahli Parlimen

Kedah Dapat Rm78 Juta Bantuan Banjir Tapi Hanya Rm2 Juta Untuk Sabah Soal Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 497 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata Sabah sepatutnya mendapat bantuan banjir lebih banyak sebagai layanan adil daripada kerajaan persekutuan KOTA KINABALU Seorang Ahli Parlimen pembangkang Sabah menyelar kerajaan persekutuan ...
Sabah Dibenarkan Rentas Daerah Tapi Untuk Tujuan Ini Sahaja

Sabah Dibenarkan Rentas Daerah Tapi Untuk Tujuan Ini Sahaja

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 411 hits
Alhamdulillah bole rentas daerah tapi untuk tujuan ini sahaja Sila baca dan ambil perhatian Sabah Dibenarkan Rentas Daerah Tapi Untuk Tujuan Ini Sahaja KOTA KINABALU Semua pergerakan rentas daerah di Sabah belum dibenarkan pada masa ini kec...
Pertimbang Beri Ic Kepada Penerima Vaksin Di Sarawak Sabah Kata Timbalan Menteri

Pertimbang Beri Ic Kepada Penerima Vaksin Di Sarawak Sabah Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 382 hits
KDN mempertimbangkan langkah memberikan kad pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sarawak dan Sabah termasuk dalam kalangan Orang Asal yang belum memiliki dokumen identiti diri KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri ...
Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah Masih Dibincangkan Kata Timbalan Menteri Kewangan

Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah Masih Dibincangkan Kata Timbalan Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 310 hits
Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa berkata perbincangan dengan institusi kewangan memerlukan masa kerana membabitkan keputusan komersial antara bank lembaga pengarah dan pemegang sahamnya KUALA LUMPUR Timbalan Menteri Kewangan Yama...
Bung Bohong Bukan Ph Potong Bajet Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Kata Ahli Parlimen

Bung Bohong Bukan Ph Potong Bajet Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 577 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata Bung Moktar Radin sedar bukan Pakatan Harapan yang memotong bajet pembinaan sebaliknya kerajaan Sabah ketika itu yang meminta projek tersebut diambil alih oleh JKR Sabah PETALING JAYA Ahli ...
Sabah Masih Termiskin Di Malaysia Walaupun Sudah 58 Tahun Kebangsaan Kata Jeffrey

Sabah Masih Termiskin Di Malaysia Walaupun Sudah 58 Tahun Kebangsaan Kata Jeffrey

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 424 hits
Jeffrey Kitingan meratapi bagaimana walaupun memiliki banyak sumber alam Sabah bergantung secara kewangan ekonomi politik dan ketenteraan di Putrajaya KOTA KINABALU Timbalan ketua menteri Sabah Jeffrey Kitingan mengatakan rakyat Sabah terus...
Tubuh Rci Siasat Tommy Teliti 15 Kes Mahkamah Babit Ph Yang Digugur Desak Ahli Parlimen Bn

Tubuh Rci Siasat Tommy Teliti 15 Kes Mahkamah Babit Ph Yang Digugur Desak Ahli Parlimen Bn

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 264 hits
Abdul Azeez Abdul Rahim turut mempersoal mengapa ketika PH memerintah tiada dakwaan berat sebelah seperti yang didakwa berlaku hari ini sedangkan banyak kes membabitkan pemimpin PH digugurkan ketika itu KUALA LUMPUR Kerajaan didesak menubuh...
9 Daerah Di Sabah Belum Dibenarkan Merentas Daerah Mengikut Zon

9 Daerah Di Sabah Belum Dibenarkan Merentas Daerah Mengikut Zon

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 345 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun KOTA KINABALU 9 daerah kekal sebagai stand alone dan belum dibenarkan merentas daerah mengikut zon yang dikuatkuasakan bermula esok Daerah itu ialah Kinabatangan Telu...
Sempena Penamatan Musim Durian Kg Gonti Kota Belud Sabah Utk 2019

Sempena Penamatan Musim Durian Kg Gonti Kota Belud Sabah Utk 2019

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 345 hits
sempena penamatan musim durian kg Gonti Kota belud sabah utk 2019 Durian paling besar yg pernah saya nampak setakat ini Tunaa boliou yang tanam dari biji yang dipungut di tamu dulu2 Taste dia ada pait manis dan tiada biji Memang betul2 terl...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd