Umno Sokong Muhyiddin Pm Pru 15


MyMetro
Rosyahaida Abdullah
[email protected]

Annuar Musa (kiri) beramah mesra dengan penjaja ketika melakukan tinjauan pada program Penyerahan Lesen Terhad kepada Penjaja di Jalan Taman Setapak Indah. FOTO ASWADI ALIAS

SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan UMNO selari dengan Pas untuk menamakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, perkara itu sudah pun dibincangkan di peringkat jawatankuasa pemandu Muafakat Nasional dua minggu lalu untuk UMNO dan Pas terus memberikan sokongan kepada Muhyiddin.

"UMNO dan Pas sudah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat jawatankuasa Muafakat Nasional dua minggu lalu dan kita bersetuju untuk terus memberikan sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

"Kita juga akan terus menjadi anggota Perikatan Nasional malah untuk pilihan raya akan datang, secara prinsipnya kedua-dua parti bersetuju untuk menamakan atau menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

"Perkara ini akan dibawa ke dalam saluran parti masing-masing tetapi di peringkat jawatankuasa bersama Muafakat Nasional.

"Ia adalah perkara yang sudah pun dibincangkan bersama UMNO jadi pendirian Pas dan UMNO dalam soal ini adalah sama," katanya kepada pemberita pada sidang media di Taman Setapak Indah, hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menerusi hantaran di laman Facebook rasminya menyatakan sokongan partinya terhadap kepimpinan Muhyiddin dan permuafakatan politik Perikatan Nasional.

"PAS menzahirkan dukungan kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan permuafakatan politik Perikatan Nasional demi mensejahterakan negara dan rakyat.

"Pada masa yang sama, PAS menzahirkan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU-15," katanya.

Terdahulu, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menyampaikan surat tawaran permit sementara waktu terhad Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada 80 penjaja di Taman Setapak Indah di sini.

Hadir sama Timbalannya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 6:23 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/07/umno-sokong-muhyiddin-pm-pru-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Pru Mengejut Umno Pas Sokong Muhyiddin Sbg Pm Annuar Musa

Jika Pru Mengejut Umno Pas Sokong Muhyiddin Sbg Pm Annuar Musa

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 406 hits
Annuar Umno PAS sokong Muhyiddin sebagai PM jika PRU mengejut Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata Umno dan PAS dalam gabungan Muafakat Nasional akan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri jika pilihan raya diadakan secara me...
Umno Mahu Pru Untuk Singkirkan Muhyiddin

Umno Mahu Pru Untuk Singkirkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 404 hits
SALAH seorang dari mereka ini akan menjadi Perdana Menteri ke 9 jika PRU dibuat sekarang dan Muhyiddin Yassin akan menjadi Perdana Menteri paling singkat tempohnya dalam sejarah Tanah Melayu Hari desakan demi desakan dibuat oleh pemimpin Um...
Keputusan Terbaik Untuk Keadaaan Sekarang Umno Pas Setuju Muhyiddin Terus Jadi Pm Lepas Pru15

Keputusan Terbaik Untuk Keadaaan Sekarang Umno Pas Setuju Muhyiddin Terus Jadi Pm Lepas Pru15

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 363 hits
Untuk mendapat mandat rakyat perlu ada PRU 15 lebih cepat lebih baik kerana sekarang PH sedang gila berperang sama sendiri Populariti Mahathir jatuh merundum Anwar pula rakan PH pun tak nak dia jadi PM Penyokong mereka jadi macam bodoh kena...
Rentasan Mingguan 072 Panas Pencalonan Muhyiddin Sebagai Pm 9 Dibantah Pimpinan Veteran Umno

Rentasan Mingguan 072 Panas Pencalonan Muhyiddin Sebagai Pm 9 Dibantah Pimpinan Veteran Umno

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 274 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 0721 BETULKAH UMNO SETUJU MUHYIDDIN PM LEPAS PRU15 2 SIAPA MUSUH PAKATAN HARAPAN 3 BMF HANYA ILUSI BUAT MAKCIK KIAH 4 RUPANYA MUAFAKAT NASIONAL PUN TIADA CALON PERDANA MENTERI
Pemimpin Umno Terus Membebel Tolak Muhyiddin Pm

Pemimpin Umno Terus Membebel Tolak Muhyiddin Pm

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 332 hits
Semakin ramai pemimpin Umno membebel menolak pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Perikatan Nasional selepas pilihan raya umum ke 15 Terbaharu bekas menteri Umno Ahmad Shabery Cheek pula berkias menggunakan analogi persembaha...
Bersediakah Zahid Hamidi Memberi Laluan Kepada Muhyiddin Ambil Alih Presiden Umno

Bersediakah Zahid Hamidi Memberi Laluan Kepada Muhyiddin Ambil Alih Presiden Umno

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 323 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu kembali menyertai UMNO demi untuk mengukuhkan parti terbesar orang Melayu itu kata Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz Menurut Nazri semua ahli dan pemimpin UMNO perlu bersikap terbuka dan men...
Umno Tolak Muhyiddin

Umno Tolak Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 642 hits
HORASApakah dengan kenyataan ini akan meyakinkan kita bahawa sampailah masa nya BERSATU dibawah Muhyiddin memikirkan kembali bahawa Umno jauh sekali ingin menerima BERSATU sebagai kawan dalam siasah sepertimana yang pernah diakukan oleh AMA...
Semua Pihak Diseru Sokong Kerajaan Diterajui Muhyiddin

Semua Pihak Diseru Sokong Kerajaan Diterajui Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 292 hits
Seruan dinyatakan oleh gabungan 115 ilmuwan PhD IPT KUALA LUMPUR Gabungan 115 ilmuwan doktor falsafah institusi pengajian tinggi menyeru semua pihak memberi penghormatan dan sokongan kepada kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Mu...
Pm Bubarkan Parlimen Segera Bagi Membolehkan Pru T Presiden Umno

Pm Bubarkan Parlimen Segera Bagi Membolehkan Pru T Presiden Umno

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 383 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Foto fail NSTP Syarafiq Abd SamadTok Mat minta PM bubar Parlimen tamatkan ketidaktentuan politikKUALA LUMPUR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Perdana Menteri Tan Sri Muh...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Lawatan Presiden Cina Kominis

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam

Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama 1 Pertama Basuh Daun Palas Dengan

Pempengaruh Ayunie Beli 15kg Emas Netizen Naik Risau Bawa Wang Berjuta Dalam Luggage