Pembukaan Sekolah Julai Bakal Jadi Bulan Sibuk Untuk Pelajar Guru Dan Ibu Bapa


KUALA LUMPUR, 2 Julai – Setelah hampir empat bulan tidak menjejakkan kaki ke sekolah dan hanya menggunakan pendekatan pembelajaran di rumah akibat ancaman pandemik COVID-19 sejak pertengahan Mac lepas, pelajar akhirnya bakal menyambung semula pembelajaran bermula pertengahan bulan ini.
Debaran dirasai seolah-olah menanti pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri apabila Menteri Kanan  (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin merungkai ‘teka-teki’ mengenai tarikh pembukaan sekolah dalam sidang media khasnya semalam.
Bagi pelajar tingkatan satu hingga empat dan pelajar kelas peralihan serta murid tahun lima dan  enam akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai ini, manakala pembukaan semula sekolah bagi murid tahun satu hingga empat pula adalah pada minggu berikutnya iaitu 22 Julai.
Pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam itu dilaksanakan secara berperingkat setelah mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Semestinya, Julai adalah bulan yang sibuk bukan sahaja untuk murid dan guru tetapi juga ibu bapa yang kini perlu menyusun kembali jadual harian masing-masing, mengatur masa dan menguruskan keperluan harian anak-anak bagi memastikan aktiviti pembelajaran berjalan lancar.
Jika diimbas kembali, semalam juga genap seminggu sekolah dibuka semula kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa.
Sesi prasekolah, tadika dan tabika yang bermula semalam turut tidak ketinggalan mencuri tumpuan orang ramai dan lensa media khususnya berkaitan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di pusat pendidikan berkenaan.
Tinjauan media sosial juga mendapati keletah si cilik yang setia mendengar penerangan guru-guru berkenaan SOP ketika berada di sekolah memberi gambaran mereka mampu mematuhi arahan yang ditetapkan meskipun hanya pada usia sangat muda.

Selain pengumuman pembukaan sekolah, satu lagi berita gembira dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah apabila tiada kes COVID-19 dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara iaitu menerusi penularan tempatan, sama ada dalam kalangan warganegara Malaysia mahupun bukan warganegara.
Bahkan buat pertama kalinya Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 yang terendah semalam iaitu dengan hanya satu kes baharu melibatkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara menjadikan  jumlah keseluruhan adalah 8,640 kes.
Memetik kata-kata Dr Noor Hisham sebelum ini, Malaysia memerlukan tempoh 28 hari sifar kes COVID-19 sebelum boleh diisytiharkan bebas pandemik berkenaan.
Persoalannya, mampukah kita terus berjuang untuk membebaskan negara daripada pandemik berbahaya itu?
Jika dilihat, kita sudah hampir ke garisan penamat, oleh itu masyarakat perlu kekal komited mengamalkan kelaziman baharu serta patuh kepada SOP yang ditetapkan dengan menjaga jarak sosial, meningkatkan kebersihan kendiri, elak kawasan sempit dan sesak serta elak bertutur dengan jarak dekat.
#kitamestimenang!
 
Sumber: Bernama
The post Pembukaan Sekolah: Julai Bakal Jadi Bulan ‘Sibuk’ Untuk Pelajar, Guru Dan Ibu Bapa appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/02/pembukaan-sekolah-julai-bakal-jadi-bulan-sibuk-untuk-pelajar-guru-dan-ibu-bapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembukaan Semula Sekolah Guru Pelajar Akui Teruja Hari Pertama

Pembukaan Semula Sekolah Guru Pelajar Akui Teruja Hari Pertama

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR 24 Jun Hari pertama persekolahan bagi pelajar kelas peperiksaan awam hari ini setelah hampir tiga bulan sesi persekolahan ditangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID 19 menyaksikan perasaan b...
Kerjasama Guru Ibu Bapa Lancarkan Pelaksanaan Sop Baharu Sekolah

Kerjasama Guru Ibu Bapa Lancarkan Pelaksanaan Sop Baharu Sekolah

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 269 hits
Khalil bersama pihak sekolah di hadapan dinding sekolah yang memaparkan peringatan tentang COVID 19 Oleh Akid HafrizKUALA TERENGGANU 25 Jun Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Muhammad Khalil Abdul Hadi berpuas hati dengan usaha dan kerja...
Kenapa Ibu Bapa Risau Keselamatan Anak Anak Bila Sekolah Mula Dibuka 15 Dan 22 July 2020

Kenapa Ibu Bapa Risau Keselamatan Anak Anak Bila Sekolah Mula Dibuka 15 Dan 22 July 2020

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 575 hits
KENAPA IBU BAPA RISAU KESELAMATAN ANAK ANAK BILA SEKOLAH MULA DIBUKA 15 DAN 22 JULY 2020 Nak buka sekolah ni benda biasa la bila ada mak pak yang risau anak kena sekolah Tapi ada pulak yang kata eh bawak pergi mall boleh pulak Deyyyyy Pergi...
Apa Yang Ibu Bapa Perlu Sediakan Sebelum Anak Melangkah Masuk Ke Sekolah Selepas Bercuti Panjang

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Sediakan Sebelum Anak Melangkah Masuk Ke Sekolah Selepas Bercuti Panjang

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 526 hits
APA YANG IBU BAPA PERLU SEDIAKAN SEBELUM ANAK MELANGKAH MASUK KE SEKOLAH SELEPAS BERCUTI PANJANG Hi semua 15 haribulan Julai ni si kakak akan masuk sekolah Kemudian seminggu lepas tu si adik pulak akan memula kan seisi persekolahan selepas ...
Hari Pertama Sekolah Dibuka Lancar Ibu Bapa Puas Hati Pelaksanaan Sop

Hari Pertama Sekolah Dibuka Lancar Ibu Bapa Puas Hati Pelaksanaan Sop

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 652 hits
Hanya 15 pelajar dibenarkan dalam satu kelas KUALA LUMPUR Hari pertama pembukaan semula sekolah bagi pelajar bakal menduduki peperiksaan awam berjalan lancar dengan ibu bapa turut berpuas hati dengan prosedur operasi standard yang dilaksana...
Bagi Sokongan Untuk Pelajar Amp Guru Warga Rtm Hari Ini Bersiaran Pakai Seragam Sekolah

Bagi Sokongan Untuk Pelajar Amp Guru Warga Rtm Hari Ini Bersiaran Pakai Seragam Sekolah

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 294 hits
Bagi menunjukkan sokongan penuh kepada pelajar pelajar dan juga guru nbsp yang memulakan sesi persekolahan setelah lebih tiga bulan bercuti susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Baru baru ini warga RTM di seluruh negara turut mengena...
Tahniah Emma Maembong Selepas 5 Bulan Bergelar Isteri Kini Sudah Berbadan Dua Bakal Jadi Ibu Tak Lama Lagi

Tahniah Emma Maembong Selepas 5 Bulan Bergelar Isteri Kini Sudah Berbadan Dua Bakal Jadi Ibu Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 378 hits
Kehadiran cahaya mata dalam setiap ikatan perkahwinan adalah pelengkap sebuah keluarga Pelakon Emma Maembong semalam menerusi akaun Instagram miliknya mengumumkan berita gembira menyatakan bahawa dirinya kini sudah berbadan dua Emma Maembon...
Ibu Bapa Tak Dibenarkan Masuk Kelas Hantar Anak Ke Tadika Mulai 1 Julai

Ibu Bapa Tak Dibenarkan Masuk Kelas Hantar Anak Ke Tadika Mulai 1 Julai

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 491 hits
Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan memasuki kelas prasekolah TABIKA atau TADIKA kendalian kerajaan dan swasta ketika menghantar anak mereka bermula 1 Julai ini Selain itu pengendali harus memastikan tiada penggunaan permaidani tikar dan...
Takwim Baru Sekolah Membebankan Guru Dan Pelajar

Takwim Baru Sekolah Membebankan Guru Dan Pelajar

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 663 hits
Oleh Fiesha Hari ini keluar sudah takwim persekolahan yang baru Dalam pelbagai posting media sosial dan pelbagai luahan oleh guru dan ibu bapa terutama sekali bab cuti Ada juga nasi tambah dari orang politik Sebagai seorang penjawat awam ak...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke



Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi


Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban

Resepi Tortilla Wrap