Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall Beri Sumber Kekuatan Untuk Semua


Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall Beri Sumber Kekuatan Untuk Semua!
Selamat Hari Pekerja semua.
Harini tertengok satu video ni, tentang kejayaan seseorang yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU), rasa macam tersentuh hati sangat-sangat bila dapat tahu Pengasas Jamumall.com iaitu Khairul Nizam ni rupanya seorang OKU. Hanya 3 jari, dia boleh beroleh kejayaan yang besar, sedangkan kita sebagai seorang yang sempurna belum tentu boleh berjaya sepertinya..
Serius, sangat-sangat sebak bila tengok video yang mana dia sendiri meluahkan kata kata dari hatinya sendiri.

Terus rasa macam, Allah, kenapa dia boleh buat, tapi kita tidak? Sedangnya dia terbatas dalam pelbagai perkara.. Rasanya macam pernah tertengok khairul nizam ni televisyen je suatu ketika dulu. Tapi tak ingat bila.. dalam beberapa tahun lepas macam tu. 

Sebenarnya bukan mudah nak berjaya.. Perlu lalui banyak cabarannya.. Cuma kuat dengan tak kuat je nak menempuh. Disebalik kejayaannya, ada juga bantuan dari adiknya juga.. Seronok tengok kejayaan mereka..

Sempena hari pekerja harini, apa kata kita jadikan satu inspirasi buat diri kita bila kita hayati setiap luahan hati dari Khairul Nizam ni. Moga esok kita bekerja kembali, kita jadilah seperti dia.. Bekerja dengan bersungguh-sungguh, dan capailah sebuah kejayaan buat diri kita sendiri. 




Luahan di fb beliau sangat terkesan….




Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com ..


Aku happy mampu beli apa aku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnya org diluar sane nak jadi mcm aku , nak banyak duit macam aku , nak bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...



kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .




Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...


Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!


Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..



Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka belajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!


Jangan lupa follow juga cerita mengenai Pengasas Jamumall ni di media social anda.

Jom follow Khairul Nizam

Facebook : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/PAGE https://www.facebook.com/Jamumallcom/
InstaGram: https://www.instagram.com/hyekhairul/

Website : https://jamumall.com/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.syamimisaad.com/2019/05/kejayaan-khairul-nizam-pengasas_1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall Com

Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall Com

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 748 hits
Kisah Disebalik Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall com Assalamualaikum dan selamat sejahtera kinah ucapkan kepada semua Hari ni kinah nak kongsikan dengan korang satu kisah seseorang yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada kita se...
Founder Jamumall Khairul Nizam Beri Inpirasi Kejayaan Buat Semua

Founder Jamumall Khairul Nizam Beri Inpirasi Kejayaan Buat Semua

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 575 hits
Founder JamuMall Khairul Nizam Beri Inpirasi Kejayaan Buat SemuaZaman sekarang ramai yang suka memilih kerja dan nak kerja senang aje walhal Allah dah beri tulang 4 kerat yang sempurna tapi masih lagi tak bersyukur Rela jadi penganggur kera...
Kisah Inspirasi Pengasas Jamumall Khairul Nizam Yang Sangat Luar Biasa

Kisah Inspirasi Pengasas Jamumall Khairul Nizam Yang Sangat Luar Biasa

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 461 hits
Kisah Inspirasi Pengasas JamuMall Khairul Nizam yang Sangat Luar BiasaAssalamualaikum OKU bukan bererti dia lemah Allah tahu dia kuat jadi Allah turunkan dugaan yang pasti akan menjadi dia lebih kuat Semangat yang ada dalam diri dia menjadi...
Pengasas Jamumall Com Khairul Nizam Membuktikan Status Oku Bukan Halangan Berjaya

Pengasas Jamumall Com Khairul Nizam Membuktikan Status Oku Bukan Halangan Berjaya

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 537 hits
Assalamualaikum Melihat kepada video luahan kesedihan oleh Founder JamuMall com dengan menceritakan zaman silamnya membuat ramai netizen turut melelehkan air mata Digelar insan OKU dengan tidak mampu untuk berbuat apa apa selama beberapa ta...
Status Oku Bukan Penghalang Kisah Kejayaan Pengasas Jamumall

Status Oku Bukan Penghalang Kisah Kejayaan Pengasas Jamumall

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 381 hits
Nak jadi orang yang berjaya dalam hidup ni kan Bukan suatu yang mudah Perlu kan keazaman yang tinggi rajin berusaha tak mudah putus asa dan yang paling penting DOA yang tak putus untuk berjaya Kejayaan seseorang itu juga bukan di nilai pada...
Kisah Inspirasi Oku Berjaya Dalam Bisnes Pengasas Jamumall

Kisah Inspirasi Oku Berjaya Dalam Bisnes Pengasas Jamumall

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 591 hits
Assalamualaikum dan salam sayang Bersempena Hari Perkerja 1 Mei 2019 ciktom nak kongsikan satu kisah inspirasi di blog ciktom sebagai
Kekurangan Bukan Penghalang Untuk Berjaya Pengasas Jamumall Com

Kekurangan Bukan Penghalang Untuk Berjaya Pengasas Jamumall Com

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 463 hits
Assalammualaikum Dunia Entry sebelum ni MD ada berkongsi tentang yang merupakan promoter jamumall com Hari ini MD kongsikan pula kisah hidup pengasas jamumall com Siapakah beliau KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA PENGASAS JAMUMALL C...
Inspirasi Penguat Semangat Untuk Terus Bangkit Dalam Bisnes Pengasas Jamumall Com Seorang Oku Yang Berjaya

Inspirasi Penguat Semangat Untuk Terus Bangkit Dalam Bisnes Pengasas Jamumall Com Seorang Oku Yang Berjaya

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 486 hits
Assalamualaikum Hai Asyik cakap pasal bisnes je CikSha sekarang kan Ye la Itu je sumber rezeki untuk CikSha sekeluarga CikSha suami isteri kan bekerja sendiri je Suami dengan kerjanya sebagai peladang kelapa sawit dan penternak lembu kambin...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin