Kecundang Juga Selepas 3 Tahun 2 Bulan Travel Sejauh 1000km Seminggu



Ini adalah kemalangan jalan raya kali pertama yang pernah aku hadapi sewaktu menunggang motorsikal ketika hendak ke tempat kerja. Walaupun dah buat pre-check dan berhati-hati semasa menunggang motor tetapi malang itu tidak berbau. Kalau nak terjadi, ianya akan terjadi.

Nak jadikan cerita sewaktu tengah mandi pagi tu, tiba-tiba dalam kepala aku terlintas sesuatu dan memikirkan tentang kemungkinan hari tersebut aku akan berdepan dengan kemalangan. Kemalangan jenis apa aku pun tak tahu.

Seperti biasa sebelum memulas minyak motor, doa naik kenderaan pasti aku tak akan lupa untuk baca. Tapi berlainan pada hari tersebut yang mana aku berkali-kali membaca doa akibat salah baca dan sebagainya. Hati mula resah dan kepala fikir macam-macam tapi aku teruskan perjalanan. Ada satu ketika aku macam nak patah balik ke rumah. Kelajuan motor pada masa tu pula aku perlahankan dari biasa.

Terbabas Di Selekoh Jalan Raya Lebuhraya KLIA ExtensionDekat exit Lebuhraya KLIA Extension ni ada satu selekoh memang terbaik untuk kaki corner dok layan. Aku pun layan juga corner ni sebelum ini. Tapi disebabkan hati rasa tak tenang memikirkan hal buruk yang terlintas, haritu juga aku bawa agak perlahan dan menegak sedikit.

Akibat daripada pandangan hadapan terbatas disebabkan ada lori treler dihadapan jalan sebelah kiri, tiba-tiba ternampak tompokan minyak di atas lorong sebelah kanan jalan. Akibat tak sempat nak mengelak, tayar depan menggelongsor dan mengakibatkan motor tergelincir sebelah kiri menghampiri lori treler sebelah kiri.


Aku cuba kawal handle motor dengan tenang dan cuba membalas ke kanan jalan dengan tujuan tak mendekati lori treler. Masa ni mulut dok mengucap "Allahu Akbar" banyak kali. Dua kali membalas handle sehingga motor dah tak dapat distabilkan, aku terus lepaskan motor dan rebah ke atas jalan raya. Masa rebah tu dalam tiga kali juga berguling dan lepas tu berhenti berguling dan seret pada bahagian belakang badan sehingga ke bahu kanan jalan. Jatuh macam gaya MotoGP gitu.


Aku bernasib baik disebabkan waktu pagi tu tak banyak kereta yang lalu lalang. Aku juga bernasib baik disebabkan aku memakai "Full Face Helmet" yang mana kepala aku terhentak di atas jalan raya dulu. Aku bernasib baik juga sebab memakai jaket tebal dan sarung tangan. Cuba tidak bernasib baik sebab seluar dan kasut tak sesuai. Menyebabkan luka lebih parah dibahagian kaki. Aku bernasib baik juga Allah masih bagi lagi aku untuk terus bernafas di atas muka bumi pada waktu itu.

Kecederaan dan Kerosakan MotorsikalKalau ikutkan ada polis trafik dan polis peronda plus dan ada seorang pakcik nak telefon ambulans untuk bawa aku ke hospital terdekat. Begini dialognya (lebih kurang macam ni la).

Pakcik: Adik okay tak ni?

Aku: Allahu Akbar....Allahu Akbar....(berdengus kuat nafas disebabkan helmet full face masih lagi dikepala)

Pakcik: Pakcik bukan helmet ni ye? Boleh tak?

Aku: Ha...boleh...boleh (tangan memegang kaki yang sakit masa ni)

Pakcik: Tuan meh buka helmet ni. Budak tu susah nak bernafas tu.

Lepas dah buka helmet.

Polis: Okay tak ni? Nak call ambulans tak?

Aku: Ha...ha...(sambil tengok kiri dan kanan dan juga kaki dan motor yang terseret jauh).

Polis: Serius ni. Saya call ambulans jelah.

Aku: Ambulans hantar kat mana bang?

Polis: Paling dekat ambulans hantar ke Putrajaya.

Aku: Huh? Tak payah la bang. Tak ada orang nak amik saya kat sana nanti.

Polis: Betul ni.

Aku: Betul bang. Saya call abang kot (masih dalam keadaan terbaring di atas jalan raya).

Polis: Ni kereta dah mula nak banyak ni. Boleh bangun tak?

Aku: Boleh kot. Jap saya try.

Aku cuba berdiri sambil dibantu polis untuk menyeberang jalan disebelah kiri dibelakang penghadang jalan.

Aku cuba call abang aku tapi tak dapat. Cuba call ayah aku pun tak dapat. Akhir sekali call adik perempuan aku dan dia jawap. Adik perempuan aku pun call ayah dan suami dia untuk ambil aku.

Disebabkan jarak perjalanan jauh untuk ayah aku sampai. Polis bawa aku untuk pergi terus ke Balai Polis Trafik di KLIA untuk terus buat report.

Minyak yang disangkakan aku sebenarnya ialah air sampah yang ada minyak sikit di atas jalan raya.


Syukur alhamdulillah tiada kecederaan yang serius berlaku. Hanya luka di bahagian siku, pergelangan tangan (terima kasih jam sebab jadi pelindung), bengkak pada kaki kiri dan kanan dan juga luka pada lutut sebelah kiri.


Motor pula masih lagi boleh hidup dan boleh bawa. Cuma handle bar bengkok, footrest kaki patah, cluth lever patah, signal sebelah kiri bahagian depan dan belakang patah, tangki kemek sedikit. Polis sarankan untuk bawa balik terus motor sebab banyak kes motor terbiar mesti akan ada orang yang ambil part-part motor untuk dibaraikan.

Sebenarnya lagi dua minggu lagi tempoh untuk aku berhenti di company lama. Aku cuma diberi cuti dan rehat selama 4 hari oleh hospital. Selepas itu, aku kena bergegas ke ofis dalam keadaan kaki bengkak dan jalan pun tak stabil masa tu. Aku dinasihatkan oleh bos untuk rehat lama lagi tapi aku tetap juga masuk ke ofis sebab nak handover kerja-kerja yang ada.

Dengan ini aku nak ucap terima kasih kepada yang sudi membantu kepada mereka yang sempat berhenti waktu tu untuk tengok keadaan aku.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ariazir.blogspot.com/2019/09/kecundang-juga-selepas-3-tahun-2-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bulan Berkibar Di Pwtc Tanda Gencatan Senjata Umno Pas Selepas 60 Tahun

Bulan Berkibar Di Pwtc Tanda Gencatan Senjata Umno Pas Selepas 60 Tahun

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 570 hits
Bendera Umno dan PAS dipasang berselang seli dengan Jalur Gemilang di dalam Dewan Merdeka PWTC PETALING JAYA Pusat Dagangan Dunia Putra merupakan tempat keramat Umno dan Barisan Nasional sejak puluhan tahun di mana ia menjadi medan gabungan...
Mama Tidur Luah Anak Usia 2 Tahun Isteri Meninggal Selepas Melahirkan Anak Ke 3

Mama Tidur Luah Anak Usia 2 Tahun Isteri Meninggal Selepas Melahirkan Anak Ke 3

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 538 hits
Rezaki setiap orang tak sama Tidak semua mampu hidup dalam keadaan senang Ada direzekikan dengan anak ramai Ada pula tiada anak tetapi diberikan rezeki duit banyak Tak kurang juga yang hidup sederhana dengan dikurniakan anak dan masih mampu...
Cadangan Aktiviti Murid Tahun 6 Selepas Upsr

Cadangan Aktiviti Murid Tahun 6 Selepas Upsr

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 573 hits
UPSR baru sahaja selesai Guru dan murid pun dah lega sekarang bukan Semoga semuanya beroleh kejayaan yang cemerlang ya Walaupun UPSR sudah selesai namun kerja guru tetap berterusan Begitu juga dengan murid pasca UPSR ini pengisian program s...
Netizen Sedih Hospital Bersalin Kl Tutup Selepas 56 Tahun Beroperasi

Netizen Sedih Hospital Bersalin Kl Tutup Selepas 56 Tahun Beroperasi

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 439 hits
Semalam merupakan hari terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur menamatkan perkhidmatan setelah beroperasi hampir 56 tahun Sudah semestinya bangunan terletak dalam HKL itu mempunyai pelbagai memori dan kenangan terutama bagi para ibu yang be...
Bahana Jerebu Toksik Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sesak Nafas

Bahana Jerebu Toksik Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sesak Nafas

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 459 hits
Jika di Malaysia tahap jerebu sudah pun membimbangkan inikan pula di Indonesia tempat berpuncanya jerebu selepas kebakaran hutan berlaku Terbaru seorang bayi yang berusia empat bulan telah menjadi mangsa pertama yang maut disebabkan oleh ge...
Allah Makbulkan Doa Saya Dapat Areesya Malaykha Macam Mimpi Selepas 10 Tahun

Allah Makbulkan Doa Saya Dapat Areesya Malaykha Macam Mimpi Selepas 10 Tahun

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 434 hits
Bekas personaliti televisyen Azrinaz Mazhar Hakim telah selamat melakukan acara tahnik untuk bayinya Areesya Malaykha pada Jumaat lalu selepas lama menunggu kehadiran orang baru dalam hidupnya Azrinaz bersyukur kerana tahnik yang dilakukan ...
Kanak Kanak 4 Tahun Cedera Selepas Terjatuh Dari Ferris Wheel Di Tapak Pesta

Kanak Kanak 4 Tahun Cedera Selepas Terjatuh Dari Ferris Wheel Di Tapak Pesta

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 743 hits
TELUK INTAN Seorang kanak kanak perempuan berdepan detik mencemaskan apabila terjatuh daripada Ferris Wheel atau buaian berpusing di sebuah tapak pesta ria di bandar Hutan Melintang di sini baru baru ini Mangsa Chow Lee Ying 4 dilaporkan pa...
9 Wajah Dulu Vs Terkini Pelakon Filem Apocalypto Selepas Dua Belas Tahun

9 Wajah Dulu Vs Terkini Pelakon Filem Apocalypto Selepas Dua Belas Tahun

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 1199 hits
Pasti ramai yang pernah menonton filem hebat penuh aksi lagi mendebarkan Apocalypto yang sememangnya membuatkan bulu roma dan jantung berdetak laju setiap kali melihat pengembaraan hebat hasil arahan Mel Gibson Jadi jom kita selongkar rupa ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025