Bulan Berkibar Di Pwtc Tanda Gencatan Senjata Umno Pas Selepas 60 Tahun
Bendera Umno dan PAS dipasang berselang-seli dengan Jalur Gemilang di dalam Dewan Merdeka PWTC.PETALING JAYA: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) merupakan tempat keramat Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak puluhan tahun di mana ia menjadi medan gabungan parti itu berkampung bagi mengatur strategi menentang lawan termasuk PAS
Namun siapa sangka selepas tumbangnya kerajaan BN, PWTC dan Menara Dato Onn yang menjadi kubu Umno, kini akan dikunjungi ribuan penyokong PAS yang dulunya tidak pernah bermimpi untuk menjejakkan kaki di “lubuk musuh”
PWTC juga akan menyaksikan detik sejarah penyatuan 2 parti politik terbesar Melayu pada Himpunan Penyatuan Ummah yang bermula hari ini dan kemuncaknya esok bagi memeterai piagam kerjasama politik, sekali gus menyaksikan “gencatan senjata” selepas puluhan tahun menjadi musuh politik
Piagam kerjasama itu juga akan mencorak hala tuju baru politik orang Melayu di negara ini yang akan bergandingan dengan rakan komponan BN yang diketuai Umno dan Gagasan Sejahtera diterajui PAS
Ia juga bakal menyaksikan buat pertama kalinya bendera PAS berkibar di ibu pejabat Umno itu. Bendera “Bulan” berwarna hijau putih itu dikibarkan bersama bendera Umno “Sang Saka Bangsa”
Malah, lagu rasmi PAS juga akan berkumandang di dewan keramat Umno itu, di mana tidak mustahil suatu hari nanti, Muktamar Tahunan PAS juga akan dibuat di PWTC
Tinjauan FMT sekitar Menara Onn dan Dewan PWTC mendapati ia dipenuhi kain rentang Penyatuan Ummah Umno dan PAS
PWTC dijangka akan dipenuhi “gelombang putih” dengan kehadiran puluhan ribu penyokong
Program selama 2 hari itu akan bermula pada sebelah pagi dengan zikir munajat Wanita Umno dan PAS, selain program bersama Puteri Umno dan PAS
Selepas solat Jumaat, akan diadakan solat hajat disusuli “Wacana Intelektual Penyatuan Ummah” anjuran Penerangan Umno, selain Himpunan Anak Muda yang dikendalikan bersama Pemuda Umno dan Pemuda PAS
Dewan Merdeka PWTC dipersiapkan untuk menempatkan pemimpin dan penyokong Umno dan PAS menjelang hari kemuncak penyatuan ummah, Sabtu ini.Pada sebelah malam, Ceramah Perdana Penyatuan Ummah akan diadakan yang menampilkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man
Hari kemuncak pada Sabtu, piagam kerjasama Umno dan PAS akan ditandatangani oleh presiden kedua-dua parti, Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi Awang
Permulaan masa depan politik Umno-PASSeorang penganalisis politik menyifatkan himpunan itu hanyalah permulaan kepada masa depan kerjasama politik PAS dan Umno, bukannya untuk meraikan kejayaan
Kamarulzaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata, pengukur penyatuan sebenar adalah selepas himpunan dan piagam ditandatangani
“Sejauh mana piagam ini dapat direalisasikan, gerak kerja sebenar itu kena tunggu selepas himpunan terutamanya adakah ia mampu memperolehi sokongan bukan Melayu Islam, itu cabaran sangat besar,” katanya kepada FMT
Kamarulzaman berkata, fokus piagam itu juga sudah tentu terarah kepada penerimaan bukan Melayu kepada kerjasama tersebut, sambil menjangkakan himpunan itu akan menjadi panas dengan ucapan bersifat kaum
“Saya jangkakan himpunan ini akan ada ucapan-ucapan panas, ucapan perjuangan Melayu, jadi kita akan lihat kesannya nanti sama ada akan jadi isu sehingga boleh menjejaskan sokongan bukan Melayu Islam
“Fokus seterusnya kepada pengisian penyatuan itu, adakah ia bersifat inklusif kepada Melayu Islam sahaja atau bersifat menyeluruh dengan mengambil kira kepentingan bukan Melayu Islam, sekiranya ia mengambil kira semua kaum maka saya jangka teruk PH untuk berhadapan gabungan ini,” katanya
Kamarulzaman berkata, fokus penyatuan itu juga perlu melihat sejauh mana penglibatan Najib Razak, jika bekas perdana menteri itu terus dijulang sebagai wira dalam penyatuan ummah, ia merupakan langkah terkebelakang kerana mempertaruh pemimpin yang terpalit dengan skandal walaupun belum dibuktikan bersalah
“Jika Najib masih dinobatkan sebagai hero, jadi ini akan menjadikan satu halangan bagi Umno dan PAS untuk menyakinkan pengundi dari segi perjuangan melibatkan integriti
“Sekalipun Najib nak membantu pembangkang, dia kena duduk diam, bukannya ke hadapan, kalau nak buat program secara peribadi mungkin tidak ada masalah, cuma dalam himpunan besar sebegini masih ingin menonjolkan diri, ini bukan waktunya
“Kalau Najib terlibat mungkin tidak ada masalah buat penyokong Umno dan PAS, cuma usaha nak menarik orang luar akan mendatangkan masalah besar,” katanya yang tidak menafikan jasa Najib
Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menegaskan Himpunan Perpaduan Ummah merupakan program bersifat nasional dan bukannya khusus kepada orang Melayu Islam
Katanya, program itu hanya digerakkan Umno dan PAS dengan sokongan rakan komponen BN dan Gagasan Sejahtera
“Kita ada tetamu dari kaum India, Cina, kumpulan etnik termasuklah Kadazan Dusun dan sebagainya. Sebarang tanggapan majlis ini terhad untuk kaum dan agama tertentu sahaja adalah salah sama sekali, dakwaan mengatakan untuk Melayu sahaja juga tidak benar,” katanya sambil memaklumkan lebih 30 parti politik dijemput termasuk dari PH
Bagi Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, beliau berkata penyatuan ummah yang digerak selepas PRU14 nyata memberi kesan kepada pihak lawan sehingga pelbagai isu ditimbulkan menjelang 14 September, termasuk membangkitkan kembali isu Memali dan tuduhan PAS mengkafirkan Umno
FMT difahamkan Penyatuan Ummah akan dijenamakan semula dengan nama baru bagi menunjukkan ia lebih bersifat nasional dan mudah didekati khususnya bukan Melayu Islam. - FMT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/09/bulan-berkibar-di-pwtc-tanda-gencatan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu