Mama Tidur Luah Anak Usia 2 Tahun Isteri Meninggal Selepas Melahirkan Anak Ke 3


Rezaki setiap orang tak sama. Tidak semua mampu hidup dalam keadaan senang. Ada direzekikan dengan anak ramai. Ada pula tiada anak tetapi diberikan rezeki duit banyak. Tak kurang juga yang hidup sederhana dengan dikurniakan anak dan masih mampu memberi kegembiraan pada ahli keluarga. Walau apa latar belakang sekalipun bersyukurlah!
Perkongsian dari Yunizam Yusop ini, pemuda di Sandakan yang secara sukarela mengusahakan perkhidmatan van jenazah ada cerita di sebaliknya.
Kali ini Yunizam berkongsi cerita sedih mengenai seorang suami yang kehilangan isteri selepas melahirkan bayi ketiganya tetapi tidak cukup duit untuk uruskan jenazah isteri.
Paling sedih, anak-anaknya juga belum memahami yang ibunya telah meninggalkan mereka selamanya dan bila ditanya ‘mama tidur’.
Tidak semua daripada kita mampu hidup dalam kemewahan dan serba lengkap seperti yang selalu dipertontonkan di ruang kaca televisyen. Malah, lebih malang lagi ada juga insan yang hidup dalam kedaifan sehingga untuk mengeluarkan kos bagi menguruskan jenazah keluarga sendiri juga tidak mampu.
Menyedari akan hakikat ini, seorang pemuda di Sandakan giat mengusahakan perkhidmatan van jenazah percuma bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. Ketika menguruskan setiap jenazah, pastinya lelaki bernama Yunizam Yusop ini berdepan dengan banyak cerita sedih daripada insan yang dibantu olehnya termasuklah kisah yang satu ini.

Mana Mama?
Aku cuba bertanya pada anaknya, mana mana? Jawapan keluar dari mulut anak kecil itu, mama sedang tidur pak cik. Allahuakbar! 
Di petang yang syahdu kami memecut laju melalui deretan rumah-rumah indah, mewah di Sandakan.
Sebenarnya di sebalik deretan keindahan rumah itu terdapat puluhan buah rumah seperti pondok-pondok usang yang dibina untuk dijadikan tempat berteduh.

Dari jauh nampak lambaian suami
Kelihatan seorang lelaki muda tanpa selipar dan sedikit tidak terurus sedang menunggu kami.
Dia berseorangan melambai dari jauh. Sini..sini..sambil mengangkat tangannya.
Kami bertanya mana yang lain? Jawabnya, aku sendiri saja ni tuan.
Aku terus membuka pintu belakang van. Sebelum menurunkan keranda. Dia menahan tanganku daripada menurunkan keranda.
Berapa ba?
Lalu dia terus bertanya. Anu ba pok! Aku mahu tanya ba ni berapa ba untuk kamu. Untuk kamu apa jawabku.
Berapa ba kamu cas? Nadanya mulai perlahan. Tanpa berlengah aku pun tarik keranda dan ajak dia terus menuju ke rumah arwah.
Janganlah kau fikir tu bayaran ba. Kami tidak ambil tu tuan. Percuma saja van jenazah ni. Mukanya nampak sedikit lega dan katanya terima kasih.

Isteri meninggal selepas bersalin
Arwah ni meninggal sebab apa? Meninggal sebab beranak pok! Sebenarnya ini biniku ba.
Ini anak kami yang ketiga. Jam 6.30 pagi tadi ibunya meninggal.
Kenapa kau tidak bawa ke hospital saja? Tiada ba duit kami, dokumen pun tiada.

Mama tidur
Aku tersentap, dan aku cuba bertanya pada anaknya yang kedua berusia 2 tahun.
Mana mamamu? Seolah-olah tidak mengetahui ibunya telah pergi meninggalkan mereka, si kecil itu menjawab, mama tidur pak cik.
Aku mulai menahan tangisan, dalam hatiku berdoa Ya Allah, perkenankanlah..Tidurkanlah mujahidah ini dengan tenang di dalam kuburnya. Ampunkanlah dan lupakanlah segala dosa-dosanya.

Anak selamat, ibu pergi dulu
Pesanku pada diriku sendiri dan sahabatku sekalian, cubalah pandang wajah pasangan anda masing-masing hargailah perjuangan dan pengorbanan mereka selagi mereka masih ada bersama anda susah dan senang.
Mudah-mudahan syurga buatmu untuk semua wanita yang bergelar Ibu. Aminn
Anak selamat dan ibu pergi dulu.
Sumber: Facebook Yunizam Yusop


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/mama-tidur-luah-anak-usia-2-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejuk Perut Ibu Mengandung Tiga Orang Anak Berjaya Hafaz Al Quran Sebelum Usia Lima Tahun

Sejuk Perut Ibu Mengandung Tiga Orang Anak Berjaya Hafaz Al Quran Sebelum Usia Lima Tahun

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 373 hits
Dalam mendidik anak anak papa dan mama pastinya dambakan yang terbaik Dapat melahirkan hafiz atau hafizah di usia muda bukan calang calang orangnya Kejayaan tiga adik beradik anak kepada pasangan Dr Kamil El Laboody dan isteri menghafal Al ...
Genap 2 Tahun Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Netizen Luah Rasa Sedih Bila Terkenang Jeritan Anak Syurga

Genap 2 Tahun Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Netizen Luah Rasa Sedih Bila Terkenang Jeritan Anak Syurga

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 433 hits
Kematian yang menghidupkan biarpun sudah genap dua tahun berlalu tragedi duka yang menimpa pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah masih lagi segar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia Pagi 14 September 2017 gempar tatkala api marak menelan b...
Baru 2 Tahun Dah Kena Tampal Gigi Susu Anak Tidur Dengan Susu Di Mulut Habis Rosak Gigi

Baru 2 Tahun Dah Kena Tampal Gigi Susu Anak Tidur Dengan Susu Di Mulut Habis Rosak Gigi

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 668 hits
Ketika menyusu baik menyusu ibu atau menggunakan botol susu sebaiknya elakkan anak tertidur dengan lebihan susu ini Lebihan susu yang tertinggal sememangnya memudaratkan gigi anak Gigi cepat rosak Perkongsian ibu ini Adila Norliz Zaini yang...
Cegah Perceraian Dan Perkawinan Anak Batas Usia Nikah Cewek Bakal Naik Jadi 19 Tahun

Cegah Perceraian Dan Perkawinan Anak Batas Usia Nikah Cewek Bakal Naik Jadi 19 Tahun

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 514 hits
Tinggal selangkah lagi revisi undang undang ini diharapkan mampu menyejahterakan perempuan di Indonesia
Travel Backpacker Biarkan Anak Baru Lahir Isteri Tidur Di Lapangan Terbang Ustaz Tampil Cerita Kejadian Sebenar

Travel Backpacker Biarkan Anak Baru Lahir Isteri Tidur Di Lapangan Terbang Ustaz Tampil Cerita Kejadian Sebenar

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 711 hits
SOSMED Kalau takde duit tu tak payahlah nak backpacker sampai menyusahkan anak sendiri yang masih baby lagi tu demikianlah antara kritikan netizens terutamanya dari kalangan kaum hawa yang rata ratanya tidak berpuas hati dengan cerita trave...
Selepas Tujuh Tahun Berkahwin Dengan Lisa Surihani Yusry Luah Sesuatu Di Ig Tentang Rumahtangga Mereka

Selepas Tujuh Tahun Berkahwin Dengan Lisa Surihani Yusry Luah Sesuatu Di Ig Tentang Rumahtangga Mereka

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 582 hits
Sayang kita sudah hidup bersama selama tujuh tahun Sudah pasti dalam mana mana perkahwinan ada masa susah dan senang Saya sangat cintakan awak Selamat Hari Kita 7 kata pelakon dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim sempena meraikan ulang tah...
Masuk Usia 3 Tahun Belum Cakap Baru Tahu Anak Bermasalah Ambil Masa 4 Tahun Pulih

Masuk Usia 3 Tahun Belum Cakap Baru Tahu Anak Bermasalah Ambil Masa 4 Tahun Pulih

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 630 hits
Dalam tempoh usia berapa ibu ayah kena risau kalau anak lambat bercakap Kadang tu apabila orang mula membandingkan anak kita yang belum cakap dengan anak orang lain kita mula keliru dan tertanya tertanya betulkah anak kita lambat bercakap a...
Menanti 14 Tahun Untuk Hamil Wanita Ini Meninggal Saat Melahirkan Cerita Pilu Dokter Viral

Menanti 14 Tahun Untuk Hamil Wanita Ini Meninggal Saat Melahirkan Cerita Pilu Dokter Viral

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 358 hits
Seorang dokter membagikan cerita pilu melalui akun Instagram bernama humasofpakistan Dokter ini menjadi saksi perjuangan seorang wanita yang telah menanti 14 tahun lamanya untuk bisa hamil Setelah berbagai upaya yang ia lakukan wanita terse...
Bahana Jerebu Toksik Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sesak Nafas

Bahana Jerebu Toksik Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sesak Nafas

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 490 hits
Jika di Malaysia tahap jerebu sudah pun membimbangkan inikan pula di Indonesia tempat berpuncanya jerebu selepas kebakaran hutan berlaku Terbaru seorang bayi yang berusia empat bulan telah menjadi mangsa pertama yang maut disebabkan oleh ge...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah