Kecewa Prestasi Ph Punca Ahli Pkr Tak Keluar Undi Kata Kumpulan Pro Anwar




Faiz Zainudin -May 29, 2022 8:00 AM    
Kumpulan Otai Reformis berkata, keahlian PKR sebanyak 1.2 juta orang sebenarnya tidak tepat dan jumlah itu menyebabkan peratusan keluar mengundi pada pemilihan parti kali ini kelihatan rendah.PETALING JAYA: Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan peratusan keluar mengundi rendah pada pemilihan PKR kali ini disebabkan ramai ahli parti itu tidak berpuas hati dan kecewa dengan prestasi Pakatan Harapan (PH) sepanjang 22 bulan mentadbir Putrajaya.
Setiausaha Kumpulan Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, semasa menjadi kerajaan, PH gagal menunaikan segala janjinya, termasuk gagal menghapuskan tol, kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menutup Lynas.
“Faktor lain yang menyebabkan peratusan mengundi rendah kerana ramai ahli PKR berpandangan kemenangan Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR kali ini juga sudah memadai, dengan menganggap jawatan lain dalam parti tidak penting untuk diundi,” katanya kepada FMT.
Razak juga mendakwa, keahlian PKR sebanyak 1.2 juta orang sebenarnya tidak tepat kerana ia merangkumi jumlah kumulatif sejak parti itu ditubuhkan 23 tahun lalu.
Katanya, dengan mengambil kira jumlah itu juga menyebabkan peratusan keluar mengundi dalam pemilihan parti kelihatan rendah.
“Pada era reformasi 1998 dan tahun seterusnya ekoran penangkapan Anwar, beribu-ribu orang menjadi ahli parti, isi borang keahlian semasa menghadiri ceramah di merata tempat untuk menyokong pembebasan Anwar ketika itu.
“Ramai dalam kalangan mereka yang menjadi ahli parti berikutan gelombang reformasi tersebut tidak aktif dan hanya segelintir yang aktif dalam politik.
“Apabila Anwar dibebaskan dari penjara, maka mereka berpandangan setakat itu sahaja perjuangan mereka dan selepas 23 tahun parti ditubuhkan, maka ramai ‘pioneer’ telah berumur, tidak lagi aktif atau meninggal dunia, selain mereka yang tidak aktif sudah tidak lagi berminat untuk berpolitik,” katanya.
Razak bagaimanapun berkata, walaupun PKR kalah teruk dalam empat pilihan raya negeri (PRN), ia tidak bermakna parti itu sudah hilang sokongan, sebaliknya ia akan bangkit dalam pilihan raya umum ke-15 selepas barisan kepimpinan baharu dipilih.
Katanya, PKR harus dilihat berani mendepani isu rakyat akar umbi bagi menarik minat ahli parti dan rakyat umum, tetapi pimpinan PKR kelihatan tidak mengambil peluang daripada isu kenaikan harga barang baru-baru ini.
“Isu banjir susulan penebangan hutan secara berleluasa tidak dikupas pimpinan parti. Isu kehilangan hampir 800,000 pekerjaan serta peluang perniagaan kecil dan sederhana selepas pasca Covid-19 tidak diperjuangkan sebaik mungkin.
“Jika PKR kembali ke landasan asal dengan memperjuangkan isu rakyat, parti akan kembali disokong dan memenangi pilihan raya, termasuk di kawasan yang jumlah ahlinya rendah,” katanya.
Masalah internet
Ketua PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, peratusan mengundi rendah tidak bermakna ahli kecewa dengan parti, sebaliknya ia disebabkan masalah teknikal kerana terdapat bahagian yang tidak mempunyai tahap capaian internet baik menyebabkan pengundian sukar dijalankan.
“Masalah internet ini bukan masalah parti, tapi isu teknikal, ramai ahli yang nak mengundi, tetapi tidak dapat menunaikannya kerana masalah internet. Buktinya, ramai ahli tulis surat, buat rayuan untuk adakan pemilihan semula. Kalau internet tidak bermasalah, jumlah ahli keluar mengundi lebih 40%.”
Media sebelum ini melaporkan hanya 12% atau 136,000 ahli keluar mengundi dalam pemilihan PKR 2022 yang selesai Ahad lalu, manakala undian semula di beberapa bahagian selesai semalam.
Pemilihan PKR 2022 diteruskan dengan pencalonan bagi pemilihan 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan Pemuda dan Majlis Pimpinan Wanita secara dalam talian mulai hari ini hingga 31 Mei ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/kecewa-prestasi-ph-punca-ahli-pkr-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenangan Rafizi Isyarat Ahli Pkr Tolak Anwar Kata Puad

Kemenangan Rafizi Isyarat Ahli Pkr Tolak Anwar Kata Puad

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 224 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 30 2022 2 27 PMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi secara sinis menyindir kemenangan tidak rasmi Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden PKR Sambil menyifatkan kemenangan itu sebagai mengejutka...
Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 219 hits
KUALA LUMPUR Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik apabila seramai 67 419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi ADIL sejak 18 Mei hingga pada Jumaat Pengerusi Jawa...
Muka Baharu Terajui Pkr Kehendak Ahli Inginkan Pembaharuan Kata Aminuddin

Muka Baharu Terajui Pkr Kehendak Ahli Inginkan Pembaharuan Kata Aminuddin

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 184 hits
Ketua PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata ahli PKR sekarang telah mencapai 1 1 juta orang dan sebahagian besarnya anak muda dan mereka mempunyai hak untuk menentukan masa depan pembaharuan dan ingin roh yang baharu REMBAU Sebahagian...
Ini Janji Saya Jika Rakyat Malaysia Beri Mandat Kepada Saya Menjadi Perdana Menteri Kata Anwar Ibrahim

Ini Janji Saya Jika Rakyat Malaysia Beri Mandat Kepada Saya Menjadi Perdana Menteri Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 209 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan membersihkan negara daripada amalan rasuah dan salah urus tadbir kerajaan sekiranya diberi mandat menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke 15 Tanpa mempertahankan kesemua keterlanju
Whatsapp Sudah Bangunkan Ciri Keluar Group Tanpa Pengetahuan Ahli Lain

Whatsapp Sudah Bangunkan Ciri Keluar Group Tanpa Pengetahuan Ahli Lain

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 168 hits
Akhirnya ciri untuk keluar daripada kumpulan atau lsquo group rsquo dalam WhatsApp secara diam diam telah mula dibangunkan Menurut laporan WABetaInfo fungsi ini sekarang diuji pada WhatsApp Desktop dan akan hadir ke versi Beta di Android da...
Pkr Youth Dr M Obsessed With Anwar But Won T Take Responsibility

Pkr Youth Dr M Obsessed With Anwar But Won T Take Responsibility

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 237 hits
PKR Youth has hit out at former prime minister Dr Mahathir Mohamad for repeating his blame on PKR president Anwar Ibrahim for causing the collapse of the Pakatan Harapan government Honestly we have grown tired with Mahathir s obsession in b...
Terima Keputusan Pemilihan Dengan Hati Terbuka Kata Anwar

Terima Keputusan Pemilihan Dengan Hati Terbuka Kata Anwar

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 239 hits
Anwar Ibrahim berkata keputusan itu bagi membina semula kekuatan PKR PORT DICKSON Semua calon yang bertanding pada Pemilihan PKR 2022 kali ini diminta menerima keputusan akan diumumkan esok dengan hati terbuka Presiden PKR yang juga Ketua P...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam