Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian



KUALA LUMPUR - Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi ADIL sejak 18 Mei hingga pada Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk pengundian secara dalam talian yang diadakan khusus bagi ahli PKR yang berada di luar negara seperti di Singapura, Switzerland, Korea dan Amerika Syarikat.

"Pengundian dalam talian diadakan dari 18 Mei hingga hari ini. Jumlah keseluruhan ahli yang berdaftar untuk mengundi dalam talian adalah 76,926 dan mereka mempunyai masa hingga 11.59 malam ini bagi melaksanakan tanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Jumaat.

Selain itu, beliau memaklumkan peratusan keluar mengundi secara keseluruhan termasuk pengundian fizikal dan dalam talian pada pemilihan parti yang memasuki hari kelapan hari ini, sangat rendah iaitu hanya lapan peratus yang melibatkan 90,304 ahli parti.

Beliau berkata ia termasuk 20,813 ahli yang mengundi secara fizikal di 10 negeri setakat ini iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah, Pahang, Wilayah Persekutuan, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Dr Zaliha yakin jumlah itu akan meningkat pada hari pengundian secara fizikal di Selangor dan Sabah pada hujung minggu ini, kerana kedua-dua negeri mempunyai ahli PKR yang ramai.

Seramai 1,118,423 ahli PKR layak mengundi pada Pemilihan PKR 2022 yang menyaksikan seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayapnya.

Mengenai beberapa dakwaan mengenai tahap keselamatan aplikasi ADIL, Dr Zaliha menegaskan sistem yang diperkenal pada 28 Feb lepas itu telah diletakkan pelbagai ciri keselamatan untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan.

Dr Zaliha berkata, ciri-ciri sekuriti yang sedia ada dalam pengunaan aplikasi ADIL berserta dengan sistem dan proses pengundian yang dikawal rapi, dan pengenalan penggunaan dakwat calit undi memastikan pemilihan parti berjalan dengan telus, saksama dan selamat.

Pemilihan parti itu akan diteruskan esok, dengan pengundian secara fizikal di Selangor manakala Perak, Sabah dan Sarawak pada 22 Mei.

Keputusan tidak rasmi calon yang menang akan dipaparkan di laman web rasmi PKR dalam tempoh 24 jam selepas proses pengundian tamat pada Ahad ini (22 Mei), sementara keputusan rasmi akan diumumkan di Kongres Nasional PKR pada 25 Jun. - Bernama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2022/05/pemilihan-pkr-2022-lebih-67000-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
54 000 Ahli Pkr Meragukan Masih Boleh Undi

54 000 Ahli Pkr Meragukan Masih Boleh Undi

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 214 hits
54 000 ahli PKR meragukan masih boleh undi PKR membenarkan sebahagian ahlinya yang dianggap meragukan oleh Rafizi Ramli untuk mengundi dalam pemilihan parti tetapi mereka tertakluk kepada lapisan pemeriksaan tambahan selepas mengundi Penger...
Pkr Lebih Berani Daripada Umno Adakan Pemilihan Parti

Pkr Lebih Berani Daripada Umno Adakan Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 148 hits
JOHOR BAHRU Parti Keadilan Rakyat lebih yakin dan berani berbanding UMNO kerana mengadakan Pemilihan PKR 2022 sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata keberanian itu tidak ada dalam UMNO yang men...
Pemilihan Pkr 2022 Sembilan Ketua Cabang Di Negeri Pahang Menang Tanpa Bertanding

Pemilihan Pkr 2022 Sembilan Ketua Cabang Di Negeri Pahang Menang Tanpa Bertanding

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 127 hits
KUANTAN Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat Pahang yang bermula pagi tadi menyaksikan sembilan daripada 14 Ketua cabang menang tanpa bertanding Antara yang mengekalkan jawatan ialah Ketua Cabang Kuantan Fakhrul Anuar Zulkawi Ketua Cabang...
Pemilihan Pkr 2022 Iltizam Hans Isaac Altimet Sertai Politik

Pemilihan Pkr 2022 Iltizam Hans Isaac Altimet Sertai Politik

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 186 hits
Pemilihan PKR 2022 Iltizam Hans Isaac Altimet Sertai Politik AMPANG Maaf saya bukan ahli politik demikian tegas pengarah dan pelakon terkenal Datuk Hans Isaac yang bertanding merebut jawatan Ketua Cabang Ampang bagi Pemilihan PKR 2022 Hans ...
Rafizi Dakwa 54 000 Daftar Pemilih Ragu Menjelang Pemilihan Pkr

Rafizi Dakwa 54 000 Daftar Pemilih Ragu Menjelang Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 142 hits
May 10 2022 Rafizi Ramli berkata daftar ragu itu dikenal pasti menerusi penemuan senarai data melibatkan 1 500 nama daftar pemilih didaftarkan hanya bersandarkan satu nombor telefon PETALING JAYA Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli men...
Ahli Pkr Jangan Silap Langkah

Ahli Pkr Jangan Silap Langkah

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 124 hits
Bila geng Kartel macam Tian Chua pun takut dekat Rafizi jadi kita tahu Rafizi yang perlu dipilih Jangan lupa dulu Tian Chua bersama Azmin dan lihat apa Azmin dah buat Ahli Keadilan jangan silap langkah kali ini Guane boh
Pemilihan Pkr Silap Langkah Boleh Bawa Kepada Pengkhianatan 2 0

Pemilihan Pkr Silap Langkah Boleh Bawa Kepada Pengkhianatan 2 0

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 155 hits
DR SHAHNOR BASRIPemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat sedang melalui fasa fasa kempen perdebatan dan persaingan antara pasukan Persaingan paling ketara adalah diantara pasukan Datuk Seri Saifuddin Nasution dengan pasukan saudara Rafizi...
Pemilihan Pkr Pilih Calon Yang Satukan Parti

Pemilihan Pkr Pilih Calon Yang Satukan Parti

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 113 hits
Pemilihan PKR Pilih calon yang satukan partiPosted By on May 09 2022Pemilihan KEADILAN 2022 diadakan dalam beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 berlangsung Oleh itu menurut calon Naib Presiden KEADILAN Fahmi Fadzil anggota parti k...
Untung Bersih Lebih Rm60 000 Jual Air Balang Bulan Ramadan Syahmi Sazli Kongsi Amalan

Untung Bersih Lebih Rm60 000 Jual Air Balang Bulan Ramadan Syahmi Sazli Kongsi Amalan

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 159 hits
UMUM maklum bulan Ramadan merupakan bulan seribu rahmat buat umat Islam Ramadan juga dianggap bulan rezeki dan menjadi waktu sesuai untuk segelintir masyarakat bagi menambah sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan Begitu juga dengan...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Dua Prajurit Tersambar Petir Di Mabes Tni Begini Kondisinya

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama