Kecelaruan Pkpb Azmin Patut Cari Kata Sepakat Dengan Kerajaan Negeri Bukan Ugut



Pada 5 Mei 2020
oleh Lim Kit Siang

Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Selasa, 5 Mei 2020Amaran kerajaan persekutuan mengenai tindakan undang-undang terhadap sembilan kerajaan negeri yang enggan untuk mematuhi PKPB adalah bukti ketiadaan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan merupakan contoh rancangan keluar kerajaan yang huru-hara di mana tangan kanan tidak tahu apa yang tangan kiri sedang lakukanAmaran kerajaan persekutuan semalam, mengenai tindakan undang-undang yang mungkin diambil terhadap sembilan kerajaan negeri di atas keengganan mereka untuk mematuhi PKPB adalah bukti ketiadaan pendekatan melibatkan “kerajaan secara menyeluruh” dan merupakah satu contoh ‘rancangan keluar’ kerajaan yang huru-hara, apabila tangan kanan tidak tahu apa yang sedang dilakukan tangan kiri. Ugutan tindakan undang-undang semalam, daripada seorang Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Azmin Ali, hanyalah menambah buruk situasi sedia ada. Beliau sepatutnya mengadakan satu mesyuarat dengan para Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi mencapai persetujuan mengenai langkah membuka semula ekonomi secara berfasa melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jelas sekali Azmin tidak memahami Perlembagaan Persekutuan. Beliau perlu memberikan perhatian kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Persekutuan-Negeri Parlimen, Hassan Abdul Karim, yang menyatakan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri diberikan kuasa secara bersama dalam perkara berkaitan kesihatan di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Perkara berkaitan kesihatan awam dan kawalan penyakit termaktub di bawah Senarai Bersama. Ini bermakna kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa ke atas perkara ini. Azmin, mahupun kerajaan persekutuan tidak boleh bergantung semata-mata kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk memaksa kerajaan negeri untuk mematuhi keputusan kerajaan persekutuan bagi membuka semula ekonomi bermula 4 Mei. Enam negeri, Kedah, Sabah, Pahang, Pulau Pinang, Kelantan, dan Sarawak telah mengambil keputusan untuk tidak mengikuti langkah kerajaan persekutuan, manakala tiga lagi negeri iaitu Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan memutuskan untuk mengehadkan jumlah peniagaan yang dibenarkan bagi menyambung semula operasi. Walaupun Azmin merujuk kepada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bertarikh 28 April yang dihadiri oleh para menteri besar dan ketua menteri, tidak ada sebarang persetujuan dicapai di dalam mesyuarat tersebut tentang langkah yang boleh diambil pelbagai sektor bagi membuka semula ekonomi dibawah PKPB secara berfasa
Sepatutnya, satu lagi mesyuarat yang melibatkan para menteri besar dan ketua menteri perlu diadakan sebelum PKP dilonggarkan dan digantikan dengan PKPB pada 4 Mei. Perkara inilah yang sepatutnya dilakukan Azmin sekarang, bukannya mengeluarkan ugutan tindakan undang-undang yang bukan-bukan semalam. Perjuangan melawan wabak Covid-19 ini adalah satu perjuangan yang panjang — demi memastikan dalam satu ke dua tahun yang akan datang, negara tidak mengalami peningkatan kes wabak. Dalam pada masa yang sama, kita perlu memastikan ekonomi negara boleh dilonjakkan semula secepat mungkin. Pengendalian wabak secara kucar-kacir — seperti yang dapat dilihat dengan isu-isu seperti “penawar air suam untuk Covid-19”, “15 negeri”, “500 negara”, “Doraemon”, “Menteri Tik Tok”, mahupun pertuduhan diskriminasi dalam pengagihan bantuan makanan kepada golongan B40 di kawasan parlimen pembangkang — haruslah dihentikan serta-merta. Amatlah penting bagi kerajaan mempercepatkan langkah pendekatan “kerajaan secara menyeluruh” dan “masyarakat menyeluruh” dengan memastikan Parlimen dapat memainkan peranannya. Ini bertujuan untuk meneliti dan menyemak imbang tindakan kerajaan supaya negara kita berjaya di dalam peperangan melawan wabak Covid-19. Setakat ini, kerajaan hanya bertindak seakan-akan mereka sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk negara, sedangkan jelas sekali, era kerajaan yang arif pada semua hal ini telahpun berlalu
Lebih daripada 40,000 rakyat Malaysia telah menandatangani petisyen atas talian supaya Parlimen bersidang untuk sekurang-kurangnya dua minggu dan bukannya hanya sehari pada 18 Mei. Saya menyeru lebih ramai rakyat Malaysia menandatangani petisyen ini supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyedari kehendak rakyat. Petisyen ini boleh diakses di pautan berikut: https://www.change.org/p/prime-minister-yab-muhyiddin-yassin-get-parliament-to-sit-for-2-weeks-from-18-may-not-just-1-day




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/kecelaruan-pkpb-azmin-patut-cari-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Ditolak Khaled Nordin Salahkan Azmin Gagal Bincang Dengan Kerajaan Negeri

Pkpb Ditolak Khaled Nordin Salahkan Azmin Gagal Bincang Dengan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 410 hits
ARIF ATAN Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menganggap Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal berbincang dengan kerajaan negeri sebelum membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi beroperasi pada kapasiti penuh t...
Bolehkah Kerajaan Negeri Pilih Untuk Tidak Ikuti Pkpb

Bolehkah Kerajaan Negeri Pilih Untuk Tidak Ikuti Pkpb

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 475 hits
Nampaknya ada kekeliruan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat apabila beberapa kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak mematuhi kelonggaran perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawa...
Kami Bukan Nak Cari Gaduh Kata Shafie Kerana Enggan Laksana Pkpb

Kami Bukan Nak Cari Gaduh Kata Shafie Kerana Enggan Laksana Pkpb

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 329 hits
Shafie Apdal menerima sumbangan Covid 19 daripada beberapa organisasi di Kota Kinabalu hari ini KOTA KINABALU Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata negeri itu tidak akan berundur daripada pendiriannya untuk meneruskan perintah kawalan pe...
Kerajaan Negeri Berisiko Di Saman Berbilion Ringgit Jika Tolak Pkpb

Kerajaan Negeri Berisiko Di Saman Berbilion Ringgit Jika Tolak Pkpb

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 330 hits
Pekerja kedai dan restoran di Masjid India sedang menyiapkan premis masing masing pada hari pertama perintah kawalan pergerakan bersyarat berkuatkuasa KUALA LUMPUR Kerajaan negeri yang enggan mematuhi pengumuman Putrajaya untuk meringankan ...
Kepincangan Kenapa Kerajaan Negeri Tunda Pkpb Tapi Menteri Malas

Kepincangan Kenapa Kerajaan Negeri Tunda Pkpb Tapi Menteri Malas

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 281 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mendakwa Putrajaya mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat tanpa memberikan masa yang cukup kepada kerajaan negeri bagi membuat persiapan Kata Chow Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bers...
7 Negeri Enggan Laksana Pkpb Umno Hentam Azmin Lagi

7 Negeri Enggan Laksana Pkpb Umno Hentam Azmin Lagi

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 306 hits
Menteri Perdagangan Antarabangsa Azmin Ali dihentam lagi oleh pemimpin Umno berikutan keengganan 7 negeri melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat Kali ini anggota Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan pula menganggap situasi ...
Amaran Azmin Ditolak Hassan Kuasa Kerajaan Negeri Setara Persekutuan

Amaran Azmin Ditolak Hassan Kuasa Kerajaan Negeri Setara Persekutuan

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 343 hits
Kuasa Kerajaan Persekutuan seolah olah tercabar apabila 7 daripada 14 negeri di Malaysia menolak melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat Sehubungan itu Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali memb...
Kerajaan Negeri Pahang Hanya Laksana Pkpb Di Zon Hijau

Kerajaan Negeri Pahang Hanya Laksana Pkpb Di Zon Hijau

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 433 hits
KUANTAN Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Pahang hanya melibatkan premis di kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon hijau dengan pematuhan prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan negeri Setiausaha Kerajaan Pahang ...
Kerajaan Sarawak Petronas Capai Kata Sepakat

Kerajaan Sarawak Petronas Capai Kata Sepakat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Sarawak dan Petroliam Nasional Berhad berjaya mencapai kata sepakat untuk memilih penyelesaian dalam rundingan mengenai urusan minyak dan gas serta cukai ke atas petroleum di Sarawak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Y...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal