Kerajaan Negeri Pahang Hanya Laksana Pkpb Di Zon Hijau



KUANTAN: Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Pahang hanya melibatkan premis di kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon hijau dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan negeri.Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Sri Sallehuddin Ishak berkata PKPB itu melibatkan restoran, kilang, medan selera/pusat penjaja, trak makanan, kawasan rehat dan rawat (R&R), stesen minyak, pasar awam, kompleks beli-belah serta dobi layan diri.Bagi aktiviti riadah, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang bermesyuarat semalam memutuskan aktiviti yang dibenarkan dengan syarat ialah golf, joging, berbasikal dan aktiviti bermotosikal.“Semua pihak berkuasa tempatan akan memantau premis dan aktiviti riadah yang dibenarkan dan JKKN bersetuju menubuhkan pasukan penguat kuasa yang turut dianggotai Jabatan Kesihatan Pahang, polis dan agensi penguatkuasaan lain.“Sebarang kesalahan dan pelanggaran pematuhan SOP boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan semalam.Sallehuddin berkata, syarat am yang perlu dipatuhi semua premis ialah memastikan pekerja bebas Covid-19, mewajibkan penggunaan topeng, pekerja tidak dibenarkan berehat serentak serta premis melebihi 10 pekerja perlu menubuhkan Pasukan Respons Kecemasan.Katanya, mereka juga perlu melakukan pemeriksaan suhu pekerja setiap hari yang direkodkan, termasuk kepada pelanggan dan pelawat, mencatatkan maklumat pelanggan seperti alamat dan nombor telefon, menyediakan cecair pembasmi kuman dan melakukan proses nyah kuman setiap hari.“Restoran perlu memastikan jarak 2m antara meja dan 1m antara kerusi pelanggan dengan waktu operasi dibenarkan selepas tamat Ramadan ialah 12 jam mulai 7 pagi, manakala penjualan hanya secara bungkus dibenarkan untuk medan selera dan trak makanan.“Stesen minyak dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen sedia ada dengan pengusaha perlu menyediakan sarung tangan atau cecair pembasmi kuman di setiap pam dan ‘nozzle’ dinyah kuman setiap jam.”Beliau berkata, antara SOP bagi R&R ialah pengurusan lebuh raya memastikan mereka yang mahu menggunakan surau membawa sejadah dan telekung sendiri, meletakkan sabun di tempat mengambil wuduk serta hanya seorang pelanggan dibenarkan di sebuah meja makan.Pasar awam dibenarkan beroperasi mulai 5 pagi hingga 2 petang dengan pelanggan hanya dibenarkan berada di gerai antara 5 hingga 20 minit, tidak menyentuh barang jualan dan seorang pelanggan di sebuah gerai dalam satu-satu masa.“Premis dobi layan diri dibenarkan beroperasi 7 pagi hingga 7 malam dengan semua mesin perlu dinyah kuman selepas digunakan, tiada aktiviti melipat pakaian dan pemilik premis perlu menyediakan pekerja untuk memastikan SOP ini dipatuhi.“Tiada operasi berbentuk hiburan dan permainan, termasuk panggung wayang dibenarkan beroperasi di kompleks beli-belah. Pelanggan dilarang mencuba pakaian dan kasut serta tidak dibenarkan membuat penukaran atau pemulangan barang.“Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke kompleks beli-belah dan jika terdapat kes positif Covid-19, kompleks itu akan ditutup selama 3 hari bagi tujuan pembersihan.”Bagi aktiviti golf, Sallehuddin berkata, semua kelab perlu memastikan penggunaan “driving range” berdasarkan tempahan, jarak 3m antara pemain dan 1m bagi kedi sepanjang permainan serta tiada pertandingan dibenarkan.Katanya, aktiviti joging hanya boleh dilakukan secara bersendirian dan di taman perumahan dengan penjarakan sosial 10m serta tiada kanak-kanak di bawah 10 tahun dibenarkan.“Aktiviti berbasikal dan motosikal pula dibenarkan untuk seorang bagi setiap kenderaan dengan had maksimum kenderaan yang dibenarkan tidak melebihi 5 buah.” #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/05/kerajaan-negeri-pahang-hanya-laksana.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Negeri Tolak Laksana Pkpb

7 Negeri Tolak Laksana Pkpb

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 309 hits
Kerajaan Perikatan Nasional mendapat tamparan pertama dalam membuka kembali ekonomi apabila separuh jumlah negeridi Malaysia menolak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula 4 Mei Kedah Sabah Selangor Negeri Sembilan dan S...
Kecelaruan Pkpb Azmin Patut Cari Kata Sepakat Dengan Kerajaan Negeri Bukan Ugut

Kecelaruan Pkpb Azmin Patut Cari Kata Sepakat Dengan Kerajaan Negeri Bukan Ugut

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 405 hits
Pada 5 Mei 2020Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Selasa 5 Mei 2020Amaran kerajaan persekutuan mengenai tindakan undang undang terhadap sembilan kerajaan negeri yang enggan untuk mematuhi PKPB adalah b...
7 Negeri Enggan Laksana Pkpb Umno Hentam Azmin Lagi

7 Negeri Enggan Laksana Pkpb Umno Hentam Azmin Lagi

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 296 hits
Menteri Perdagangan Antarabangsa Azmin Ali dihentam lagi oleh pemimpin Umno berikutan keengganan 7 negeri melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat Kali ini anggota Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan pula menganggap situasi ...
59 Persatuan Dewan Perniagaan Gesa Negeri Laksana Pkpb

59 Persatuan Dewan Perniagaan Gesa Negeri Laksana Pkpb

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 264 hits
LIMA puluh sembilan persatuan dan dewan perniagaan menggesa semua negeri melonggarkan sekatan pencegahan dan pengawalan wabak Covid 19 dengan membenarkan pejabat dan perniagaan beroperasi semula seperti yang diputuskan oleh Putrajaya bermul...
Zon Hijau Terus Meningkat Kepada 88 Daerah Hanya 12 Daerah Kes Aktif Zon Merah

Zon Hijau Terus Meningkat Kepada 88 Daerah Hanya 12 Daerah Kes Aktif Zon Merah

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 372 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Facebook Portal MyHealth mengeluarkan jumlah pecahan kes Covid 19 mengikut negeri dan daerah serta daerah daerah yang ditanda zon merah zon kuning dan zon hijau Daerah daerah yang ditanda sebaga...
Kepincangan Kenapa Kerajaan Negeri Tunda Pkpb Tapi Menteri Malas

Kepincangan Kenapa Kerajaan Negeri Tunda Pkpb Tapi Menteri Malas

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 269 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mendakwa Putrajaya mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat tanpa memberikan masa yang cukup kepada kerajaan negeri bagi membuat persiapan Kata Chow Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bers...
Kerajaan Negeri Berisiko Di Saman Berbilion Ringgit Jika Tolak Pkpb

Kerajaan Negeri Berisiko Di Saman Berbilion Ringgit Jika Tolak Pkpb

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 318 hits
Pekerja kedai dan restoran di Masjid India sedang menyiapkan premis masing masing pada hari pertama perintah kawalan pergerakan bersyarat berkuatkuasa KUALA LUMPUR Kerajaan negeri yang enggan mematuhi pengumuman Putrajaya untuk meringankan ...
Kedah Tangguh Pelaksanaan Pkpb Tekad Pertahankan Status Kedah Sebagai Zon Hijau

Kedah Tangguh Pelaksanaan Pkpb Tekad Pertahankan Status Kedah Sebagai Zon Hijau

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 1014 hits
ALOR SETAR Kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri pada Selasa ini Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kera...
Covid 19 Kedah Dan Kelantan Disahkan Sebagai Negeri Zon Hijau

Covid 19 Kedah Dan Kelantan Disahkan Sebagai Negeri Zon Hijau

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 391 hits
Selepas Perlis yang menjadi negeri pertama yang disahkan zon hijau sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kini giliran negeri Kedah dan Kelantan pula diisytihar sebagai zon hijau Covid 19 Kedah dan Kelantan disahkan zon hijau selepa...
I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Kegunaan Cuka Sebagai Ejen Pembersih

Aku Bukan Untukmu Anggi Marito

Upiak Donat Pisang Chord

Naim Daniel Syaitan Pun Pening Chord

Windmill Pink Market Melaka Lokasi Dan Waktu Operasi