Kerajaan Negeri Berisiko Di Saman Berbilion Ringgit Jika Tolak Pkpb


Robin AugustinPekerja kedai dan restoran di Masjid India sedang menyiapkan premis masing-masing pada hari pertama perintah kawalan pergerakan bersyarat berkuatkuasa. KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri yang enggan mematuhi pengumuman Putrajaya untuk meringankan perintah kawalan pergerakan (PKP) berisiko disaman berbilion ringgit oleh syarikat yang menuntut ganti rugi kerana dihalang membuka semula perniagaan, kata sumber yang tahu tentang pengurusan krisis Covid-19 kepada FMT.

Ini selepas beberapa negeri yang ditadbir Pakatan Harapan mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPD) tersendiri, termasuk Selangor yang memperkenalkan PKPD diubah suai, yang melarang kebanyakan perniagaan dibuka semula walaupun dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

MKN adalah badan yang dinasihati Kementerian Kesihatan dan kementerian berkaitan lain dalam pengurusan PKP yang berkuatkuasa sejak 18 Mac, kawalan yang mengakibatkan kegiatan ekonomi terhenti kecuali beberapa sektor tertentu.

Bagaimanapun pada 1 Mei, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB, yang membenarkan kebanyakan perniagaan dan pejabat sambung operasi dengan garis panduan tentang Covid-19 untuk sektor-sektor.

Muhyiddin berkata Malaysia berisiko kerugian hampir RM100 bilion jika perniagaan berterusan dilarang.

Sumber di Jabatan Peguam Negara yang tidak mahu dinamakan berkata undang-undang negeri tidak boleh menggantikan undang-undang persekutuan.

“Negeri-negeri boleh keluarkan garis panduan dan mungkin boleh adakan undang-undang tersendiri tetapi tidak boleh bercanggah dengan undang-undang persekutuan.

“Sarawak contohnya ada Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam tetapi ia hanya boleh melengkapi undang-undang persekutuan, bukan bertentangan dengannya,” katanya kepada FMT.

Katanya, kerajaan negeri tiada kuasa untuk secara unilateral menghentikan perniagaan yang sudah dibenarkan dibuka bawah PKPB.

“Isu utama adalah sekiranya kerajaan negeri tidak membenarkan perniagaan dibuka sedangkan undang-undang persekutuan kata boleh. Kerajaan negeri boleh disaman syarikat-syarikat itu.”

Pakar undang-undang beritahu FMT kerajaan negeri tiada pilihan kecuali terima PKPB yang berkuatkuasa hari ini, kerana ia undang-undang persekutuan.

Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, dan Sarawak menyatakan keraguan masing-masing terhadap PKPB, dengan Selangor dan Pulau Pinang enggan patuhi keputusan itu.

Kebanyakannya berkata akan terus ikuti tempoh kawalan sehingga 12 Mei, iaitu apabila fasa PKP semasa tamat.

Semalam, kumpulan perniagaan menggesa kerajaan negeri patuhi kerajaan persekutuan dan menbenarkan kegiatan perniagaan disambung semula.

“Adalah penting operasi peniagaan di semua negeri berjalan serentak kerana rantaian antara negeri.

“Menghentikan kerja di beberapa negeri akan membawa kepada gangguan besar dalam rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan, dan pada masa sama, memberi impak pada mata pencarian rakyat,” kata Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia.

Pendirian sama diambil Dewan Perniagaan Melayu, menggesa kerajaan negeri membenarkan perniagaan kembali beroperasi bagi mengimbangi kesihatan dan ekonomi rakyat.

Awal hari ini, naib presiden Umno menuduh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali gagal berbincang dengan kerajaan negeri berhubung langkah membenarkan perniagaan beroperasi semula.

“Kegagalan ini menunjukkan kelemahan ketara dalam kepimpinan, strategi, dan penyelarasan yang berkaitan dengan pemulihan ekonomi,” kata bekas menteri besar Johor itu.

“Ia telah merumitkan sektor perniagaan dan perdagangan kerana ekonomi Malaysia sifatnya rentas negeri dan sempadan.”

Tetapi sumber yang dekat prosedur PKP berkata kerajaan negeri diberi “sekurang-kurangnya notis 48 jam” berhubung rancangan meringankan sekatan ke atas perniagaan.

Khaled juga bercakap tentang kemunculan “naratif baru” yang mana kerajaan negeri lebih berkuasa.
“Zaman di mana semua kebitaraan adalah pada kerajaan pusat telah berakhir,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/kerajaan-negeri-berisiko-di-saman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Ditolak Khaled Nordin Salahkan Azmin Gagal Bincang Dengan Kerajaan Negeri

Pkpb Ditolak Khaled Nordin Salahkan Azmin Gagal Bincang Dengan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 348 hits
ARIF ATAN Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menganggap Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal berbincang dengan kerajaan negeri sebelum membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi beroperasi pada kapasiti penuh t...
Bolehkah Kerajaan Negeri Pilih Untuk Tidak Ikuti Pkpb

Bolehkah Kerajaan Negeri Pilih Untuk Tidak Ikuti Pkpb

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 409 hits
Nampaknya ada kekeliruan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat apabila beberapa kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak mematuhi kelonggaran perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawa...
Kepincangan Kenapa Kerajaan Negeri Tunda Pkpb Tapi Menteri Malas

Kepincangan Kenapa Kerajaan Negeri Tunda Pkpb Tapi Menteri Malas

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 233 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mendakwa Putrajaya mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat tanpa memberikan masa yang cukup kepada kerajaan negeri bagi membuat persiapan Kata Chow Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bers...
Kerajaan Negeri Pahang Hanya Laksana Pkpb Di Zon Hijau

Kerajaan Negeri Pahang Hanya Laksana Pkpb Di Zon Hijau

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 377 hits
KUANTAN Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Pahang hanya melibatkan premis di kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon hijau dengan pematuhan prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan negeri Setiausaha Kerajaan Pahang ...
Kecelaruan Pkpb Azmin Patut Cari Kata Sepakat Dengan Kerajaan Negeri Bukan Ugut

Kecelaruan Pkpb Azmin Patut Cari Kata Sepakat Dengan Kerajaan Negeri Bukan Ugut

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 346 hits
Pada 5 Mei 2020Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Selasa 5 Mei 2020Amaran kerajaan persekutuan mengenai tindakan undang undang terhadap sembilan kerajaan negeri yang enggan untuk mematuhi PKPB adalah b...
7 Negeri Tolak Laksana Pkpb

7 Negeri Tolak Laksana Pkpb

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 250 hits
Kerajaan Perikatan Nasional mendapat tamparan pertama dalam membuka kembali ekonomi apabila separuh jumlah negeridi Malaysia menolak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula 4 Mei Kedah Sabah Selangor Negeri Sembilan dan S...
Suruh Syarikat Saman Kerajaan Menteri Kanan Angkuh

Suruh Syarikat Saman Kerajaan Menteri Kanan Angkuh

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 261 hits
DS Anwar Ibrahim mengulas Kerajaan Negeri mempunyai kuasa sama ada membuka semula sektor ekonomi atau pun menangguhkan mengikut keperluan dan suasana kesihatan dalam negeri terbabit Tidak seharusnya Menteri Kanan mengugut syarikat swasta bo...
Hari Pertama Pkpb Terkawal Kerajaan Berterima Kasih Pada Rakyat

Hari Pertama Pkpb Terkawal Kerajaan Berterima Kasih Pada Rakyat

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 298 hits
Keadaan pada hari pertama perintah kawalan pergerakan bersyarat semalam terkawal dan orang ramai menunjukkan kawalan kendiri yang tinggi walaupun terdapat peningkatan pergerakan serta jumlah kenderaan dan orang yang keluar Menteri Kanan Ism...
Pas Kata Kerajaan Kedah Akan Bertukar Tapi Pemuda Bersatu Mahu Keluar Pn Umno Tolak Pn Camner

Pas Kata Kerajaan Kedah Akan Bertukar Tapi Pemuda Bersatu Mahu Keluar Pn Umno Tolak Pn Camner

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 434 hits
Perubahan dalam kerajaan Kedah tidak dapat dielakkan lagi kata Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya Ahmad mendakwa antara sebabnya adalah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir kini mendapat kurang daripada separuh sokongan di kalangan wakil ra...
Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke

First Impressions Make A Powerful Impact With A Creative Digital Business Card

Restoran Di Jepun Buang 25 Set Nasi Lemak Kena Tipu Ejen Dari Malaysia

Kumpulan Pro Palestin Kecam Kehadiran Syarikat Bekal Senjata Kepada Israel

Prk Kkb Boleh Tak Umno Tarik Undi Melayu

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin