Bolehkah Kerajaan Negeri Pilih Untuk Tidak Ikuti Pkpb


Nampaknya ada kekeliruan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila beberapa kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak mematuhi kelonggaran perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
PKPB, yang dikuatkuasa mulai Isnin, tidak diterima baik oleh beberapa kerajaan negeri apabila mereka mengumumkan pelbagai rancangan berhubung kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu, hingga menimbulkan kekeliruan kepada perniagaan dan orang ramai di negeri yang berkenaan.
Pada mulanya dilaporkan bahawa Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak enggan mematuhi PKPB, dengan kebanyakannya membuat keputusan untuk terus mengekalkan PKP4 yang akan berakhir 12 Mei.
Bagaimanapun, Kedah dan Kelantan terpaksa bersetuju hari ini untuk melaksanakan PKPB dengan serta merta seiring dengan keputusan yang dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Bolehkah negeri-negeri berkenaan tidak mematuhi PKPB Kerajaan Persekutuan dan mengeluarkan arahan mereka sendiri untuk disesuaikan dengan keutamaan negeri masing-masing?
Menurut beberapa pakar perundangan, kerajaan negeri tidak boleh menolak untuk mematuhi penguatkuasaan PKPB atau fasa kelima PKP yang diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan, memandangkan PKP4 kini batal dan tidak sah.
Peguam terkemuka, Datuk N. Sivananthan berpendapat, kerajaan negeri tidak boleh menolak untuk mematuhi PKPB yang telah diwarta untuk dilaksanakan mulai 4 Mei hingga 12 Mei kerana ia menggantikan peruntukan bagi PKP4.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa yang sah untuk menolak bagi pematuhan PKPB seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan.
“Sebarang percubaan untuk menghalang rakyat daripada mematuhi PKPB akan tertakluk kepada undang-undang dan rakyat yang mengalami kerugian akibat daripadanya boleh mengemukakan saman terhadap kerugian,” katanya.
Berkongsi pendapat yang sama, peguam Amer Hamzah Arshad berkata, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (undang-undang Persekutuan), Kerajaan Persekutuan menerusi menteri yang bertugas, dibenarkan membuat peraturan tertentu.
Beliau berkata, di bawah peraturan PKPB, ia membenarkan sektor-sektor tertentu untuk beroperasi semula.
“Pada masa yang sama, kita perlu menghargai bahawa kerajaan negeri masih mempunyai suara mengenai perkara yang berkaitan dengan kesihatan awam dan pengawalan penyakit. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, kerajaan negeri menerusi majlis tempatan, mempunyai beberapa kuasa untuk mengawal dan menguatkuasakan kuarantin mengikut mana yang berkenaan.
“Contohnya, kita melihat majlis kerajaan tempatan mengambil inisiatif mereka untuk mengawal dan menguatkuasa undang-undang bagi membendung penularan denggi,” katanya.
Bagaimanapun, Amer Hamzah menekankan apabila ia melibatkan operasi perniagaan, kerajaan negeri menerusi majlis kerajaan tempatan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen perniagaan dan permit dan dalam beberapa hal membatalkannya.
Peguam itu berkata, persoalannya sekarang ialah sama ada terdapat konflik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
“Apabila terdapat konflik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri, Perkara 81 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa keputusan eksekutif Kerajaan Persekutuan mengatasi dan perlu dipatuhi,” katanya.
“Persoalan sebenar yang harus dibangkitkan ialah sama ada Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat mengingkari PKPB atau ia adalah kes yang menyaksikan Kerajaan Negeri cuba melaksanakan PKPB secara lebih berkesan dengan memasukkan perincian tambahan yang membabitkan keselamatan dan langkah pencegahan.
“Apapun, selagi ia tidak bercanggah dengan semangat PKPB, maka adalah sah untuk kerajaan negeri berbuat demikian,” kata Amer Hamzah
Sebaik-baiknya perlu ada perbincangan menyeluruh antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sebelum itu kerana kedua-dua pihak berhak melontarkan pendapat dalam isu yang membabitkan kesihatan awam dan pencegahan penyakit.
“Ini boleh mengelak kekeliruan dalam kalangan orang ramai,” katanya.
Sementara itu, peguam Lim Wei Jiet berpendapat bahawa kerajaan negeri berpandangan bahawa mereka ingin melakukan pengubahsuaian berhubung PKPB dengan melaksanakan sekatan pergerakan tambahan.
“Bagaimanapun, pandangan saya berkaitan keperlembagaan tindakan kerajaan negeri adalah seperti berikut: Kita perlu terlebih dahulu mengiktiraf bahawa “kesihatan awam” dan “pencegahan penyakit” terletak di bawah Senarai Bersama dalam Perlembagaan kita – ini bermaksud bahawa kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa dalam hal seumpama.
“Tidak diragui, di bawah Perkara 81 Perlembagaan Persekutuan, sesebuah Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tidak boleh menggunakan kuasanya untuk menghalang atau menjejaskan perjalanan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan.
“Pemakaian Perkara 81 adalah jelas dalam kes-kes yang mana Kerajaan Persekutuan mengenakan sekatan dalam sesuatu perkara khusus namun piihak berkuasa negeri enggan mematuhinya – maka jelaslah bahawa Kerajaan Persekutuan hendaklah dipatuhi dalam keadaan seperti ini,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata keadaan adalah berbeza jika kerajaan negeri ingin mengenakan sekatan tambahan dalam isu yang menyaksikan Kerajaan Persekutuan tidak berbuat demikian.
“Inilah yang berlaku hari ini. Contohnya, Selangor dan Pulau Pinang yang mengenakan sekatan tambahan berkaitan makan di restoran sedangkan Kerajaan Persekutuan tidak berbuat demikian.
“Ini boleh dihujah sebagai bukan menghalang atau menjejaskan perjalanan kuasa eksekutif sebaliknya tindakan yang dilakukan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Bolehkah Kerajaan Negeri Pilih Untuk Tidak Ikuti PKPB? appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/06/bolehkah-kerajaan-negeri-pilih-untuk-tidak-ikuti-pkpb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecelaruan Pkpb Azmin Patut Cari Kata Sepakat Dengan Kerajaan Negeri Bukan Ugut

Kecelaruan Pkpb Azmin Patut Cari Kata Sepakat Dengan Kerajaan Negeri Bukan Ugut

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 344 hits
Pada 5 Mei 2020Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Selasa 5 Mei 2020Amaran kerajaan persekutuan mengenai tindakan undang undang terhadap sembilan kerajaan negeri yang enggan untuk mematuhi PKPB adalah b...
Pkpb Ditolak Khaled Nordin Salahkan Azmin Gagal Bincang Dengan Kerajaan Negeri

Pkpb Ditolak Khaled Nordin Salahkan Azmin Gagal Bincang Dengan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 346 hits
ARIF ATAN Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menganggap Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal berbincang dengan kerajaan negeri sebelum membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi beroperasi pada kapasiti penuh t...
Kepincangan Kenapa Kerajaan Negeri Tunda Pkpb Tapi Menteri Malas

Kepincangan Kenapa Kerajaan Negeri Tunda Pkpb Tapi Menteri Malas

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 231 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mendakwa Putrajaya mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat tanpa memberikan masa yang cukup kepada kerajaan negeri bagi membuat persiapan Kata Chow Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bers...
Kerajaan Negeri Pahang Hanya Laksana Pkpb Di Zon Hijau

Kerajaan Negeri Pahang Hanya Laksana Pkpb Di Zon Hijau

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 376 hits
KUANTAN Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Pahang hanya melibatkan premis di kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon hijau dengan pematuhan prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan negeri Setiausaha Kerajaan Pahang ...
Bolehkah Balik Kampung Untuk Beraya Jika Tidak Rentas Negeri Semasa Pkpb Ini Jawapannya

Bolehkah Balik Kampung Untuk Beraya Jika Tidak Rentas Negeri Semasa Pkpb Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 842 hits
Foto Adakah anda sudah jelas Tidak dibenarkan balik beraya di kampung walaupun kampung anda terletak didalam negeri yang sama Hanya kes kecemasan seperti kematian atau sakit yang dibenarkan untuk balik ke kampung halaman Bagi tujuan kerja y...
Kerajaan Negeri Berisiko Di Saman Berbilion Ringgit Jika Tolak Pkpb

Kerajaan Negeri Berisiko Di Saman Berbilion Ringgit Jika Tolak Pkpb

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 271 hits
Pekerja kedai dan restoran di Masjid India sedang menyiapkan premis masing masing pada hari pertama perintah kawalan pergerakan bersyarat berkuatkuasa KUALA LUMPUR Kerajaan negeri yang enggan mematuhi pengumuman Putrajaya untuk meringankan ...
Kerajaan Negeri Bantu Bekas Jurugambar Utusan Malaysia Derita Sakit Kronik

Kerajaan Negeri Bantu Bekas Jurugambar Utusan Malaysia Derita Sakit Kronik

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 322 hits
KUALA TERENGGANU 11 Mei Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul itu adalah gambaran nasib menimpa bekas jurugambar Utusan Malaysia Azlan Bahrum 36 yang menderita sakit gout kronik membuatkan semua sendinya bengkak akibat lebihan a...
Kes Rasuah Dan Salah Guna Kuasa Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor

Kes Rasuah Dan Salah Guna Kuasa Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 482 hits
Baru baru ini heboh tentang siasatan SPRM mengenai kontrak RM 30 juta Kementerian Kesihatan Malaysia Perkara ini menjadi peluru kepada ahli ahli politik PH menyerang KKM yang sedang bertarung siang dan malam untuk membendung penularan COVID...
Agensi Kerajaan Bermasalah Fahami Pkpb Tiada Garis Panduan Dikeluarkan Mampu

Agensi Kerajaan Bermasalah Fahami Pkpb Tiada Garis Panduan Dikeluarkan Mampu

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 309 hits
Kesatuan Pekerja pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam berkata lebih 60 penjawat awam hadir ke pejabat pada hari pertama perintah kawalan pergerakan bersyarat Presiden CUEPACS Adnan MatPresiden Adnan Mat berkata hasil tinjauan sekitar 10 pagi ...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta