Kebolehpasaran Tenaga Buruh Di Pahang Meningkat Suku Kedua 2025 Tahun Ini Berbanding Pada Tempoh Sama Tahun Lepas




PUTRAJAYA: Kebolehpasaran tenaga buruh di Pahang mencatat peningkatan pada suku kedua tahun ini kepada 783,600 orang, berbanding 768,600 bagi tempoh sama tahun lepas.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian positif itu tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil kestabilan politik, peningkatan produktiviti serta urus tadbir berintegriti yang terus memperkukuh keyakinan pelabur terhadap negeri itu.
Beliau berkata, meskipun kerajaan negeri tidak menetapkan sasaran khusus bagi kadar pengangguran, penurunan konsisten sejak tahun lepas menunjukkan keberkesanan dasar ekonomi yang memberikan impak langsung kepada pasaran kerja.
"Saya sentiasa menekankan supaya kadar pengangguran dapat diturunkan. Data daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar pengangguran di Pahang menurun daripada 16,700 orang atau 2.2 peratus pada tahun lepas kepada 14,000 orang atau 1.8 peratus sehingga kini.
"Ini menunjukkan satu petanda yang baik dan kebolehpasaran buruh di Pahang pun semakin meningkat," katanya kepada media selepas Majlis Hi-Tea Program Jaminan Kerjaya di sini, pada Isnin.
Wan Rosdy berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pahang merekodkan 5.7 peratus pada 2024 iaitu melepasi paras nasional 5.1 peratus dengan nilai RM 68.7 bilion.
Angka itu katanya dipacu sektor perkhidmatan, pembuatan, pengkuarian dan perlombongan serta pertanian serta turut meningkatkan tarikan pelabur dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.
"Sektor pelaburan turut berkembang dengan baik hasil daripada kestabilan politik dan perpaduan rakyat yang memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus datang dan melabur di negeri ini.
"Untuk tahun ini, sehingga bulan September, pelaburan yang masuk ke Pahang adalah berjumlah RM17.43 bilion, melebihi sasaran tahun ini iaitu RM14.09 bilion," katanya dan menambah kutipan hasil melebihi RM1 bilion untuk empat tahun berturut-turut yang tidak membebankan rakyat.
Berdasarkan prestasi ekonomi yang positif, Wan Rosdy berkata Pahang kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai status negeri berpendapatan tinggi.
Sementara itu, beliau berkata, Program Jaminan Kerjaya, anjuran YP Advanced Skills, telah membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam mengurangkan kadar pengangguran belia di Pahang.
"Ia merupakan satu inisiatif berkesan dan berimpak tinggi, sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI.
"Syabas kepada YP Advanced Skills melalui Yayasan Pahang kerana bermula tahun 2018 sehingga kini, Program Jaminan Kerjaya ini telah memberi peluang kerja kepada golongan sasar iaitu belia, golongan asnaf, Orang Asli dan golongan rentan yang merupakan anak Pahang atau pemastautin di Pahang," katanya.
Beliau berkata, ramai alumni Program Jaminan Kerjaya kini berjaya memperoleh pendapatan melebihi gaji minimum RM1,700, malah ada yang mencapai pendapatan sehingga RM31,000 sebulan, membuktikan bahawa program itu berjaya mengubah kehidupan peserta ke arah yang lebih baik.
Selain itu, Wan Rosdy berkata, negeri itu sudah bersiap siaga untuk menghadapi bencana banjir,susulan Monsun Timur Laut yang sedang berlaku ketika ini. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/11/kebolehpasaran-tenaga-buruh-di-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Th Plantations Catat Kenaikan Untung Bersih Menarik Pada Suku Ketiga 2025

Th Plantations Catat Kenaikan Untung Bersih Menarik Pada Suku Ketiga 2025

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 154 hits
Kenaikan Untung Bersih TH Plantations untuk Suku Ketiga 2025 Untung bersih TH Plantations menunjukkan peningkatan yang mengagumkan pada suku ketiga 2025 mencatat RM31 60 juta berbanding RM21 55 juta tahun lepas iaitu kenaikan sebanyak 46 6 ...
Lonjakan Luar Biasa Jumlah Pelancong China Ke Pulau Pinang Meningkat Lebih 520 Tahun Ini

Lonjakan Luar Biasa Jumlah Pelancong China Ke Pulau Pinang Meningkat Lebih 520 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 102 hits
Kemasukan pelancong dari China ke Pulau Pinang mencatatkan lonjakan luar biasa sebanyak 520 2 peratus antara Januari hingga September tahun ini Menurut laporan Sinar Harian jumlah pelancong meningkat daripada 26 056 orang pada 2023 kepada 1...
Senarai Dashcam Terbaik Tahun 2025 Miros

Senarai Dashcam Terbaik Tahun 2025 Miros

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 125 hits
Senarai Dashcam Terbaik Tahun 2025 MIROS Sebagai pemandu aspek keselamatan merupakan satu keutamaan yang tidak boleh dipandang sebelah mata Ia bukan sahaja bergantung kepada ciri keselamatan yang tersedia pada kenderaan tetapi juga melibatk...
Kwsp Catat Jumlah Pendapatan Pelaburan Hampir Rm64 Bilion Bagi Tempoh Sembilan Bulan 2025

Kwsp Catat Jumlah Pendapatan Pelaburan Hampir Rm64 Bilion Bagi Tempoh Sembilan Bulan 2025

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 122 hits
KWSP Catat Jumlah Pendapatan Pelaburan Hampir RM64 Bilion Bagi Tempoh Sembilan Bulan 2025 KUALA LUMPUR 17 Nov Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencatatkan jumiah pendapatan pelaburan sebanyak RM63 99 bilion untuk tempoh sembilan bulan berakhi...
Lebih 3 000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun

Lebih 3 000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 136 hits
Lebih 3 000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun KUALA LUMPUR 13 Nov Sebanyak 608 daripada keseluruhan 3 093 kes jenayah seksual melibatkan individu di bawah 18 tahun yang berlaku dalam tempoh 2023 hingga Oktob...
Pertumbuhan Ahli Kwsp Meningkat Drastik 427 329 Ahli Baru Dalam 9 Bulan Pertama 2025

Pertumbuhan Ahli Kwsp Meningkat Drastik 427 329 Ahli Baru Dalam 9 Bulan Pertama 2025

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 118 hits
Dalam sembilan bulan pertama tahun 2025 KWSP telah menerima 427 329 ahli baru menjadikan jumlah keseluruhan lebih dari 16 5 juta ahli Dari jumlah tersebut 9 07 juta adalah ahli aktif menunjukkan bahawa lebih daripada separuh tenaga kerja Ma...
2 Tahun Tak Nampak Bayang Akhirnya Muncul Semula Di Penghujung Tahun 2025

2 Tahun Tak Nampak Bayang Akhirnya Muncul Semula Di Penghujung Tahun 2025

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 168 hits
Kelihatannya ada keajaiban sedang berlaku Selepas hampir 2 tahun saya menghilangkan diri dari dunia penulisan nampak gayanya saya cuba untuk buat kemunculan semula di penghujung tahun 2025 dengan harapan yang blog ini tidak terus terbengkal...
60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Ethiopia Sepakat Pacu Kerjasama Bernilai Tinggi

60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Ethiopia Sepakat Pacu Kerjasama Bernilai Tinggi

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 120 hits
SITI NUR ZAWANINovember 19 2025Dalam semangat memperingati 60 tahun hubungan diplomatik kedua dua negara sehaluan bahawa ia harus dipacu dengan hala tuju baharu merentasi kerjasama tradisional kepada sektor bernilai tinggi Dalam pertemuan r...
Kelindan Lori Dipenjara 5 Tahun Amang Seksual Anak Saudara Di Kebun Pisang

Kelindan Lori Dipenjara 5 Tahun Amang Seksual Anak Saudara Di Kebun Pisang

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 104 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang kelindan lori dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Seremban selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya di kebun pisang tahun laluSinar Harian me...
Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Evening Sky Residence Scott I Edwards Architecture United States

Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik Dia Pun Datang Sekali

Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut

Bahaya Jering Rebus Masalah Kencing

Banjir Beberapa Jalan Utama Di Shah Alam Ditutup Sepenuhnya

Keberanian Bank Bank Besar As Menghadapi Cabaran Ekonomi Semasa

Catatan Hujung Minggu 23 November 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Panduan Situs Bandarq 2025 Memilih Dengan Bijak

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Ppim Gesa Jawapan Segera Siapa Luluskan Plaza Stesen Caj Jalan Di Genting Highlands Aatv 24 11 2025

Hadiah Kecil Dari Kawan Tanda Rezeki Allah Sentiasa Ada

Filem Azimat