Lebih 3 000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun


Lebih 3,000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Sebanyak 608 daripada keseluruhan 3,093 kes jenayah seksual melibatkan individu di bawah 18 tahun yang berlaku dalam tempoh 2023 hingga Oktober tahun ini, direkodkan berlaku di kawasan sekolah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran berkata daripada jumlah keseluruhan itu 1,760 kes dicatat berlaku pada 2023 manakala pada 2024 sebanyak 1,041 kes dan 892 kes lagi dari Januari hingga Oktober tahun ini.
“Jumlah tangkapan kes bagi tempoh sama sebanyak 3,601, membabitkan 1,194 tangkapan pada 2023 dan 1,348 pada 2024 serta 1,059 bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas,” katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
Bagi menangani isu itu, beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan, yang berperanan meneliti dan memperkukuh langkah keselamatan di sekolah.
Jawatankuasa itu menggabungkan pelbagai kepakaran termasuk akademik, agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
“Antara penambahbaikan yang dilaksanakan jawatankuasa itu terhadap program Sekolah Selamat, termasuk menjalankan audit keselamatan di sekolah terlibat,” katanya. Mengulas mengenai inisiatif untuk mewujudkan pangkalan data kebangsaan bagi pesalah seksual bawah umur, Kulasegaran berkata Kementerian Dalam Negeri bersedia untuk menyokong pelaksanaan Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC) melalui perkongsian data pelbagai kementerian.
Bagaimanapun, beliau berkata pelaksanaannya tertakluk di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) iaitu PDRM tidak dibenarkan mendedahkan sebarang butiran pengenalan, termasuk gambar atau maklumat kanak-kanak di mana-mana platform media sosial atau medium awam.
“Penggabungan data mengenai kesejahteraan, kesihatan dan pendidikan kanak-kanak ini memerlukan penyelarasan tambahan antara pelbagai agensi dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang serta tatacara keselamatan maklumat,” katanya.
Terdahulu, pada sesi itu Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) membangkitkan mengenai usaha kerajaan dalam menangani krisis jenayah seksual remaja di negara ini.
Sumber: BERNAMA
The post Lebih 3,000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/14/lebih-3000-kes-jenayah-seksual-bawah-18-tahun-direkod-dalam-tempoh-tiga-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Warga Asing Ditahan Kes Bunuh Wanita Indonesia Yang Ditemui Reput Bawah Pelepah Kelapa Sawing Di Telemong Bentong

Tiga Warga Asing Ditahan Kes Bunuh Wanita Indonesia Yang Ditemui Reput Bawah Pelepah Kelapa Sawing Di Telemong Bentong

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 244 hits
KUANTAN Polis Pahang mengesahkan bahawa wanita warga Indonesia yang ditemukan dalam keadaan mereput di bawah pelepah kelapa sawit di Telemong Bentong minggu lalu telah dibunuh hampir dua minggu lalu berdasarkan hasil bedah siasat Ketua Poli...
Pm Anwar Terkejut Tak Masuk Akal 10 Tahun Bekerja Tapi Gaji Bawah Rm2 000

Pm Anwar Terkejut Tak Masuk Akal 10 Tahun Bekerja Tapi Gaji Bawah Rm2 000

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 179 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut terhadap kewujudan individu yang sudah berkhidmat selama 10 tahun namun masih menerima gaji bawah RM2 000 sedangkan kos sara hidup pada ketika ini semakin meningkat Bercakap pada majlis Sara...
Kelindan Lori Dipenjara 5 Tahun Amang Seksual Anak Saudara Di Kebun Pisang

Kelindan Lori Dipenjara 5 Tahun Amang Seksual Anak Saudara Di Kebun Pisang

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 122 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang kelindan lori dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Seremban selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya di kebun pisang tahun laluSinar Harian me...
Amaran Kerajaan Langkah Sementara Tiga Tahun Untuk Mengawal Kenaikan Harga

Amaran Kerajaan Langkah Sementara Tiga Tahun Untuk Mengawal Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 211 hits
Kerajaan memberikan amaran bahawa langkah sementara selama tiga tahun untuk mengawal kenaikan premium insurans perubatan tidak dapat diteruskan lebih lama kerana ia boleh menjejaskan kelestarian industri insurans itu sendiri Langkah ini dip...
Pinjaman Peribadi Lebih Rm100 000 Wajib Jalani Modul Pendidikan Kewangan Mulai 2027

Pinjaman Peribadi Lebih Rm100 000 Wajib Jalani Modul Pendidikan Kewangan Mulai 2027

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 164 hits
Mulai 1 Januari 2027 sesiapa yang nak mohon pembiayaan peribadi melebihi RM100 000 akan diwajibkan untuk menjalani Modul Pendidikan Kewangan selama 15 minit Ini merupakan sebahagian daripada polisi baharu Bank Negara Malaysia Modul ini diba...
Mcmc Tegas Tangani Sebaran Video Kes Salah Laku Seksual Pelajar Di Melaka

Mcmc Tegas Tangani Sebaran Video Kes Salah Laku Seksual Pelajar Di Melaka

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 203 hits
CYBERJAYA 12 Okt Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menzahirkan kebimbangan serius berhubung laporan penyebaran rakaman video yang memaparkan kes salah laku seksual melibatkan beberapa pelajar dari sebuah sekolah di Melaka Penye...
Lonjakan Luar Biasa Jumlah Pelancong China Ke Pulau Pinang Meningkat Lebih 520 Tahun Ini

Lonjakan Luar Biasa Jumlah Pelancong China Ke Pulau Pinang Meningkat Lebih 520 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 136 hits
Kemasukan pelancong dari China ke Pulau Pinang mencatatkan lonjakan luar biasa sebanyak 520 2 peratus antara Januari hingga September tahun ini Menurut laporan Sinar Harian jumlah pelancong meningkat daripada 26 056 orang pada 2023 kepada 1...
Seorang Penganggur Berusia 25 Tahun Ditahan Polis Atas Dakwaan Serangan Seksual Terhadap Budak Lelaki Berusia 12 Tahun

Seorang Penganggur Berusia 25 Tahun Ditahan Polis Atas Dakwaan Serangan Seksual Terhadap Budak Lelaki Berusia 12 Tahun

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 197 hits
KUANTAN Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan serangan seksual terhadap seorang budak lelaki berusia 12 tahun di Kuantan dipercayai berlaku berhampiran deretan kedai pada malam Isnin Ketua Po...
Kes Bakar Lelaki Dalam Kereta Dua Rakan Dipenjara 18 Tahun

Kes Bakar Lelaki Dalam Kereta Dua Rakan Dipenjara 18 Tahun

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 215 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian SuriWong Mun Fai dan Tan Chun How dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini Foto NSTPIPOH Dua rakan dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersal...
Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Perjuangan Khamil Bashah Berakhir Penghidap Barah Darah Meninggal Dunia

Jangan Pelik Kalau Satu Hari Nanti

Malam Indah Bahagia Terasa Di Suria Klcc Kuala Lumpur 3 12 2025

Bakteria Pemakan Plastik Penyelesaian Alam Untuk Pencemaran Plastik

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 Jadual Keputusan

Amazing Dinner Recipes Pasta

Cw Zon Debuts A Twin Engine Royal Enfield Classic 650 At Mooneyes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Lain Usaha Bila Berjaya Mengaku Parti Dia Berjuang Takat Berjuamg Tak Usaha Apa Pun Mana Nak Berjaya

Anugerah Kaki Ponteng Sesuani

Tips Ringkas Memilih Pengasuh Anak

Petua Rawat Gusi Bengkak Dan Bau Mulut

Mandi Swimming Pool Hotel Sentral Melaka

Gambar Kenangan Di Masjid Kristal Terengganu