Titah Agong Pemangkin Kerajaan Perpaduan Atau Gabungan Perdana


 
Imran Ariff -August 17, 2021 Titah Agong berhubung perpaduan dilihat mampu membawa kepada penubuhan kerajaan stabil dan kuat namun persoalan terus berkisar mengenai siapa paling layak menjadi perdana menteri. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Titah Yang di-Pertuan Agong kepada pemimpin politik supaya bergerak daripada politik lama untuk lebih bersatu menjurus kepada pembentukan sebuah gabungan perdana parti politik atau penubuhan kerajaan perpaduan untuk mentadbir negara.
Selepas menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tengah hari tadi, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, memaklumkan kepada media bahawa semua ketua parti bersetuju “menghentikan konflik lama” dan bersatu demi kesejahteraan negara.
“Paling penting, Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, menekankan kita perlu menggalas bentuk politik baharu yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat,” katanya.
Felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir, bagaimanapun memberitahu FMT, sekiranya ahli politik menyambut gesaan politik lebih aman itu, ia membuka ruang penubuhan kerajaan kuat dan stabil.
“Kita mampu menubuhkan gabungan perdana (parti politik) jika mempunyai konsensus bersama, seperti dilakukan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Jika ini dilakukan sekarang, kita mampu mempunyai kestabilan politik untuk mendepani krisis kesihatan dan ekonomi.
“Pakatan perdana ini perlu bersifat inklusif tanpa mengira etnik dan pandangan, dan mempunyai visi jelas meletakkan negara dan rakyat mengatasi segalanya,” katanya.
Jeniri berkata, kerjasama seumpama itu mesti berpanjangan sehingga pilihan raya seterusnya, sekali gus mengelak negara sekali lagi dibelenggu situasi ketidaktentuan sejak beberapa tahun lalu.
Dalam pada itu, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berkata nasihat Agong dilihat menguatkan spekulasi pembentukan kerajaan perpaduan untuk membawa negara keluar daripada kemelut sekarang.
Bagaimanapun, beliau tidak terlalu yakin pembentukan kerajaan perpaduan akan membawa jajaran politik “penyatuan” yang diinginkan.
“Akhirnya, tak kira, kerajaan perpaduan atau tidak, masalahnya tetap siapa yang akan mengetuainya,” katanya kepada FMT.
“Isu ini akan terus berbangkit kerana sentiasa ada pihak yang masing-masing yakin mereka paling layak menjadi pemimpin utama,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/titah-agong-pemangkin-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Hari Yang Sia Sia Untuk Kenal Pasti Kerajaan Pn Atau Bn

3 Hari Yang Sia Sia Untuk Kenal Pasti Kerajaan Pn Atau Bn

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 351 hits
MALAYSIA DATELINERumah sudah siap pahat masih berbunyi itulah gambaran yang diberikan kepada kerajaan baru yang telah dibentuk di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Apatah lagi di dalam keadaan negara yang sedang berperang mela...
Johari Kata Umno Mesti Tentukan Kerajaan Perpaduan Baharu

Johari Kata Umno Mesti Tentukan Kerajaan Perpaduan Baharu

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 264 hits
Dengan keadaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang kini tersepit dan mungkin meletakkan jawatannya ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Johari Ghani menyeru parti parti politik untuk membentuk satu kerajaan perpaduan baharu Hakikatnya ketika ...
Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 291 hits
Ismail jaja titah diraja pada sidang media sokong kerajaan MuhyiddinFMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerap menggunakan titah Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mempertahanka...
Terkini Pm Peguam Negara Tiba Di Istana Negara Bagi Menghadap Ydp Agong Panglima Atm Memasuki Kompleks Perdana Putra

Terkini Pm Peguam Negara Tiba Di Istana Negara Bagi Menghadap Ydp Agong Panglima Atm Memasuki Kompleks Perdana Putra

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 284 hits
TERKINI PM Tiba Di Istana Negara Bagi Menghadap YDP Agong PUTRAJAYA Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sampai ke Istana Negara sekitar jam 12 23 pm tadi MUHYIDDIN Yaassin tiba di pekarangan Istana Neg...
Kerajaan Tiada Majoriti Tidak Boleh Nasihat Agong Dr Aziz Bari

Kerajaan Tiada Majoriti Tidak Boleh Nasihat Agong Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 199 hits
Kerajaan Perikatan Nasional seharusnya menyegerakan sidang khas Parlimen membahaskan usul Undi Percaya kepada Perdana Menteri Mahiaddin Yassin Menurut pakar undang undang Perlembagaan Dr Aziz Bari sekiranya kerajaan PN telah kehilangan majo...
Profesor Datuk Dr Shamrahayu Tidak Menghormati Titah Yang Dipertuan Agong

Profesor Datuk Dr Shamrahayu Tidak Menghormati Titah Yang Dipertuan Agong

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 175 hits
Undi percaya Kenyataan Shamrahayu nakal kata peguamMALAYSIA DATELINEPara peguam menyifatkan kenyataan Profesor Datuk Dr Shamrahayu binti A Aziz sebagai nakal apabila berkata usul percaya tidak perlu lagi terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaa...
Ini Bukan Kerajaan Perpaduan Kata Ismail

Ini Bukan Kerajaan Perpaduan Kata Ismail

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 206 hits
Perdana menteri berkata kerjasama dengan pembangkang bukan bermakna memberikan mereka peranan dalam kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pentadbiran yang diketuai beliau bukan kerajaan perpaduan walaupun baru baru ini menawa...
Nak Kerajaan Degil Atau Kerajaan Stabil

Nak Kerajaan Degil Atau Kerajaan Stabil

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 258 hits
Kerajaan PERIKATAN NASIONAL degil tutup mata tutup telinga kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz yang pernah menegur Kerajaan supaya tidak menubuhkan PPV mega Beliau mencadangkan vaksin dibawa kepada ...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah

Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Surat Maryam Ayat 30 35 Arab Latin Arti Tafsir

Scammer Dari Kalangan Mangsa Kemalangan Jalanraya

Gubernur Indonesia Malu Karena Ketergantungan Besar Pada Malaysia Untuk Kebutuhannya

Video Mawar Rashid Make A Wish Sebelum Tiup Lilin Dikritik Netizen

Saiful Apek Saya Ditahan Berpunca Isu Pergaduhan

Nak Tengok Muka Saja Pemandu E Hailing Didakwa Cuba Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja Perempuan