Kata Mp Pandangan Mahathir Pada Keupayaan Dap Salah


malaysiakini.com
Lim Kit Siang
Diterbitkan Hari ini 1:16 pm
Dr  Mahathir Mohamad
KATA MP | Dalam wawancaranya dengan China Press, Dr Mahathir Mohamad berkata: “Saya membantu pakatan pembangkang untuk menang (dalam PRU14) kerana saya membawa sokongan orang Melayu. DAP yang tidak pernah mampu memenangi lebih daripada 18 kerusi, memenangi 42 kerusi kerana sokongan orang Melayu yang saya bawa."

Kenyataan mantan perdana menteri itu bahawa DAP tidak akan memenangi lebih daripada 18 kerusi parlimen tanpa bantuannya itu adalah salah.

Sejarah menunjukkan DAP pernah memenangi 24 kerusi pada 1986, 20 kerusi pada 1990, 28 kerusi pada 2008, dan 38 kerusi pada 2013 sebelum memenangi 42 kerusi pada 2018.

Walaupun DAP telah dimomokkan dengan pelbagai penipuan, fitnah dan berita palsu - kononnya anti-Melayu, anti-Islam dan antiraja-raja selama lima dekad lalu - parti ini kekal komited terhadap cita-cita mewujudkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya sejak penubuhannya pada 1966.

DAP juga tidak pernah sama sekali menentang mana-mana kaum ataupun agama mahupun sistem raja berpelembagaan di Malaysia.

Kami mahukan setiap orang di Malaysia - sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban - mempunyai kesedaran, identiti dan cita-cita sebagai rakyat Malaysia.

DAP mencipta sejarah di Malaysia apabila seorang pemimpinnya masuk penjara dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen kerana mempertahankan maruah dan kehormatan seorang gadis Melayu.

Pemimpin tersebut adalah Lim Guan Eng dan ia berlaku ketika dia berkhidmat sebagai ahli parlimen Kota Melaka.

Punca permusuhan antara kaum

Pada PRU 1969, dua pemimpin Melayu dari DAP dipilih menjadi Adun dan sebelum PRU 1974 - sekiranya DAP menang di Perak, wakil rakyat bagi kawasan Tapah Road, Ibrahim Singgeh, akan menjadi menteri besar.

Antara ahli parlimen dan Adun lain dari DAP ialah Ahmad Nor, Ariff Sabri Abdul Aziz, Zairil Khir Johari (exco Pulau Pinang), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (mantan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli), Ariffin Omar, Syerleena Abdul Rashid, Abdul Aziz Bari (ketua pembangkang DUN Perak), Young Syefura Othman, Sheikh Umar Bagharib Ali (mantan exco Johor), Fadzlan Yahya, Mohd Salleh Nakhoda Itam, Daeng Ibrahim dan Hassan Ahmad.

Pada 1969, saya ditanya, apakah yang diperjuangkan DAP. Dan untuk menjawabnya saya rumuskan kepada lima perkara seperti berikut:

(i) Bahawa Malaysia adalah negara dengan masyarakat berbilang kaum, bahasa dan budaya, dan bahawa Malaysia yang berdaya maju hanya dapat dibentuk jika semua kaum dan kumpulan di negara ini diberi kepentingan yang sama di bawah langit yang sama.

(ii) Bahawa dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, keganasan dan ideologi yang berteraskan paksaan - seperti disokong oleh Parti Komunis Malaya - hanya akan menyebabkan perpecahan kerana ia akan menjerumuskan kita kepada konflik antara kaum. Kekerasan dan keganasan dalam segala bentuk mesti ditolak.

(iii) Bahawa dalam masyarakat berbilang kaum, jika ada kumpulan kaum yang berasa mundur - baik dari segi pendidikan, ekonomi, budaya, bahasa atau politik - maka permusuhan antara kaum akan wujud. Usaha mesti dilakukan untuk menghilangkan ketidakseimbangan antara kaum dan kumpulan ini.

(iv) Kemiskinan bukanlah masalah komunal. Ia adalah masalah sosioekonomi dan menganggap kemiskinan sebagai masalah perkauman hanya akan meningkatkan permusuhan antara kaum di negara ini.

(v) Membentuk pentadbiran yang bersih, jujur, cekap, dan berkesan.

Gambar fail
DAP terus berpegang kepada kelima-lima prinsip itu selama 55 tahun lalu lepas dan DAP akan terus berpegang erat dengannya dan kerana itu juga DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin Umno yang kleptokratik, yang secara rasminya telah berkembang daripada sekumpulan dua orang kepada kini tiga orang.

Dengan kempen jahat penipuan, fitnah dan berita palsu - yang bertambah kuat dalam tempoh 12 tahun terakhir sejak 2008 dengan mendakwa kononnya DAP anti-Melayu, anti-Islam, dan antiraja - kami berhadapan dengan cabaran sengit untuk memenangi sokongan orang Melayu.

Namun kami tidak pernah berputus asa dengan cabaran itu.

Saya mengakui Mahathir sedikit sebanyak membantu kemenangan 42 kerusi parlimen DAP dalam PRU 2018, tetapi untuk mengatakan yang DAP tidak akan berjaya memenangi lebih daripada 18 kerusi itu adalah salah sama sekali.

Dalam wawancaranya, pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengembalikan semula idea Burhanuddin al-Helmy untuk memberikan “kerakyatan Melayu” kepada semua orang tanpa mengira kaum.

Seperti yang saya katakan dalam perutusan tahun baru 2021 saya semalam, rakyat Malaysia perlu meneliti dan menghayati sebab-sebab kita mundur berbanding negara lain.

Kita perlu terus mara dengan sebuah konsensus nasional baru untuk mengembalikan usaha menjadikan Malaysia negara maju berkelas dunia dan menyelamatkan negara ini daripada nasib menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Mohamed Rafick Khan dalam komen terkininya: “Ini Malaysia, bukan Malaya atau Tanah Melayu”.

Marilah kita bergerak ke hadapan dengan peredaran zaman.

Langkah pertama ke arah itu ialah dengan bersetuju bahawa semua rakyat Malaysia mahu melihat diri mereka sebahagian daripada Bangsa Malaysia dan slogan untuk semua rakyat ialah “perpaduan Bangsa Malaysia” bukannya perpaduan Melayu, perpaduan Cina, perpaduan India, perpaduan Iban atau perpaduan Kadazan.

Hanya dengan cara ini sahaja dapat kita realisasikan cita-cita Bangsa Malaysia seperti yang diiltizamkan dalam Wawasan 2020 yang gagal.

LIM KIT SIANG ialah ahli parlimen Iskandar Puteri, Johor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/kata-mp-pandangan-mahathir-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tak Dapat Jadi Pm Kalau Tak Dekat Dengan Mahathir Kata Zahid

Anwar Tak Dapat Jadi Pm Kalau Tak Dekat Dengan Mahathir Kata Zahid

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 293 hits
Harapan Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri tidak akan kesampaian sekiranya presiden PKR itu tidak berdamai dengan Dr Mahathir Mohamad kata bekas setiausaha politik perdana menteri ketujuh Zahid Md Arip Dalam keadaan sekarang dia de...
Dap Can Win Without Dr Mahathir Says Kit Siang

Dap Can Win Without Dr Mahathir Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 312 hits
Opposition lawmaker Lim Kit Siang says DAP s trajectory in elections has consistently moved upwards over the years Contrary to Tun Dr Mahathir Mohamad s claim DAP is capable of winning more than 18 parliamentary seats without help from him ...
Umno Pecah Jika Pemimpin Terus Jadi Jurubicara Kerjasama Dengan Dap Dan Anwar Kata Annuar Musa

Umno Pecah Jika Pemimpin Terus Jadi Jurubicara Kerjasama Dengan Dap Dan Anwar Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 413 hits
December 27 2020 4 30 PMSetiausaha Agung BN Annuar Musa berkata penolakan kerjasama dengan DAP dan Anwar adalah pendirian rasmi UMNO yang harus dipertahankan PETALING JAYA Annuar Musa memberi amaran UMNO menuju perpecahan kerana keghairahan...
Mahathir Perlekeh Dap Tetapi Partinya Sendiri Dapat Berapa Kerusi

Mahathir Perlekeh Dap Tetapi Partinya Sendiri Dapat Berapa Kerusi

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 238 hits
Mahathir ego menongkat langit Orang kata hidung tinggi bukan sahaja hidung panjang yang kuat menipu Mahathir kata tanpa bantuannya Dap tidak pernah dapat lebih dari 18 Kerusi Parlimen Jelas sekali bekas PM dua kali yang khianat kepada PH in...
Tak Mustahil Umno Kerjasama Dengan Pkr Dap Amanah Kata Tajuddin

Tak Mustahil Umno Kerjasama Dengan Pkr Dap Amanah Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 274 hits
January 4 2021 7 33 PMKUALA LUMPUR Pengarah Pilihan Raya UMNO Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak parti itu bekerjasama dengan mana mana pihak termasuk bekerjasama dengan PKR DAP dan Amanah Katanya dalam politik kerjasama dengan mana mana p...
Ketepi Saya Dari Pembangkang Ph Tak Dapat Undi Melayu Kata Dr Mahathir

Ketepi Saya Dari Pembangkang Ph Tak Dapat Undi Melayu Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 209 hits
1 366 total views 1 366 views today Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pakatan Harapan tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengannya Menurut Mahathi...
Mahathir Dah Mula Katok Dap

Mahathir Dah Mula Katok Dap

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 299 hits
Jika MAHATHIR mula katok DAP setiap hari orang MELAYU akan lembali sokong MAHATHIR Siapa yg dukung DAP akan ditolak oleh orang MELAYU PAS dan UMNO tibai DAP dengan isu racial dan pelampau ugama Tetapi MAHATHIR tibai DAP dengan fakta mereka ...
Hentikan Perbincangan Sulit Dengan Anwar Ibrahim Dan Dap Kata Zainal Rafique

Hentikan Perbincangan Sulit Dengan Anwar Ibrahim Dan Dap Kata Zainal Rafique

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 340 hits
Para pemimpin UMNO digesa menjadikan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 sebagai satu iktibar dan pedoman agar tidak membawa parti ke laluan yang sama lagi pada masa hadapan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang Datuk Zainal Rafique menging...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias