Umno Pecah Jika Pemimpin Terus Jadi Jurubicara Kerjasama Dengan Dap Dan Anwar Kata Annuar Musa


FMT Reporters
-December 27, 2020 4:30 PM
Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata, penolakan kerjasama dengan DAP dan Anwar adalah pendirian rasmi UMNO yang harus dipertahankan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Annuar Musa memberi amaran UMNO menuju perpecahan kerana keghairahan sesetengah pemimpin menjadi “jurubicara” memupuk kerjasama dengan DAP dan Anwar Ibrahim, meskipun ia bertentangan dengan pendirian rasmi parti.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, akar umbi UMNO resah dengan tindakan pemimpin berkenaan menganjurkan kerjasama itu atas alasan membina jajaran baharu politik.

“Ada (pemimpin UMNO) yang ke hulu ke hilir cuba membawa justifikasi dan naratif kenapa UMNO harus terima DAP dan Anwar.

“Mereka mendapat platform rasmi dan dilantik secara rasmi, justeru ada yang menganggap mesej mereka adalah mesej pucuk pimpinan.

“Rata-rata akar umbi mengadu dan resah dengan gerakan ini. Jelas UMNO bergerak ke arah perpecahan, bukannya konsolidasi,” kata Annuar yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO serta Ahli Parlimen Ketereh.

Kelmarin, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ungkapan “No DAP, No Anwar” dalam parti itu hanya sentimen sesetengah pemimpin yang menolak sama sekali kerjasama dengan DAP dan ketua pembangkang itu yang juga presiden PKR.

Tengku Razaleigh berkata, UMNO tidak boleh terikat dengan ungkapan itu, tetapi harus bersedia dengan apa juga kemungkinan jika ia memanfaatkn rakyat.

Annuar hari ini menegaskan bahawa penolakan sebarang kerjasama dengan DAP dan Anwar adalah pendirian rasmi UMNO yang harus dipertahankan.

Annuar kesal kerana pucuk pimpinan UMNO belum mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang melanggar pendirian rasmi parti.

“Pihak yang masih berpegang kepada keputusan rasmi parti (tolak DAP dan Anwar) masih berdiam diri dan memerhati. Rata-rata mereka (ini) mewakili kawasan kubu UMNO dan yang memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Apakah kubu-kubu (UMNO) ini bakal menjadi kubur taruhan apabila perpaduan Melayu dan solidariti parti yang menumbangkan Pakatan Harapan (PH) dirobek atas nama jajaran baharu,” tanya Annuar.

Annuar berkata, jika pemimpin UMNO terus diberi ruang untuk menyebarkan idea kerjasama dengan DAP dan Anwar, “peranan menyatupadukan orang Melayu bakal didokong…. oleh parti lain, bukan lagi UMNO.”

“Semoga UMNO tidak terjatuh kali kedua kerana kesilapan mereka yang berada di atas,” katanya di Facebook.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/umno-pecah-jika-pemimpin-terus-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Annuar Musa Meroyan No Anwar No Dap Sedangkan Yang Mahu Jatuhkan Umno Afalah Bersatu

Kenapa Annuar Musa Meroyan No Anwar No Dap Sedangkan Yang Mahu Jatuhkan Umno Afalah Bersatu

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 318 hits
Setiap kali ada ura ura Anwar Ibrahim akan mengambil alih teraju kerajaan baik melalui usul di Parlimen atau sokongan SD selain Tun Mahathir Mohamad yang diketahui cukup bimbang dengannya barangkali yang turut diresapi penyakit yang sama ia...
Puad Zarkashi Ingatkan Annuar Musa Yang Rancang Nak Bubar Umno Adalah Bersatu Bukan Pkr Atau Dap

Puad Zarkashi Ingatkan Annuar Musa Yang Rancang Nak Bubar Umno Adalah Bersatu Bukan Pkr Atau Dap

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 292 hits
Akan ada yang komen kenapa perbezaan pendapat dibahas di luar Pada mereka musuh akan untung jika berlaku perbahasan terbuka UMNO adalah parti besar Ia kembali bangkit UMNO wajar lebih terbuka Jangan sapu sampah bawah carpet Jangan apologati...
Umno Tidak Harus Jadikan No Dap No Anwar Pendirian Muktamad Kata Ku Li

Umno Tidak Harus Jadikan No Dap No Anwar Pendirian Muktamad Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 328 hits
KAJANG Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berpandangan sikap No DAP No Anwar yang dikatakan dipegang UMNO tidak harus menjadi pendirian muktamad parti itu Sebaliknya beliau berkata dalam politik semua perkara...
Seorang Lagi Pemimpin Umno Sanggah Annuar Musa

Seorang Lagi Pemimpin Umno Sanggah Annuar Musa

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 270 hits
Maaf ya Biasanya kalau beza sesama sendiri kita hanya bercakap dalam bilik Oleh kerana 2020 dah nak tutup tirai rasanya nak ikut sama sembang di serambi Biarlah jiran dengar Sejak PRU ke 14 berlaku 12 pilihanraya kecil 7 daripadanya BN mena...
Muhyiddin Sudah Mula Bantu Pulihkan Imej Dap Di Kalangan Pengundi Cina Apa Pendirian Pemimpin Umno Dan Pas

Muhyiddin Sudah Mula Bantu Pulihkan Imej Dap Di Kalangan Pengundi Cina Apa Pendirian Pemimpin Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 405 hits
Ramai yang menyokong tindakan Kerajaan Perikatan Nasional tidak memberikan apa apa peruntukan kepada sekolah vernakular persendirian dalam Bajet 2021 Kalau mengikut perlembagaan kerajaan sememangnya tidak perlu memberikan apa apa bantuan ke...
Biarlah Umno Sokong Anwar Daripada Terus Dibuli Oleh Rakan Sekutu

Biarlah Umno Sokong Anwar Daripada Terus Dibuli Oleh Rakan Sekutu

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 407 hits
Selepas 10 bulan Perikatan Nasional memerintah negara sejak kejatuhan kerajaan PH yang lepas politik negara masih lagi goyah apabila jumlah majoriti yang dimiliki kerajaan hanya dibezakan dengan 3 undi Berdasarkan undi belah bahagi terhadap...
Pru15 Umno Bertanding 55 Kerusi Rundingan Dengan Pas 70 Peratus Selesai Annuar Musa

Pru15 Umno Bertanding 55 Kerusi Rundingan Dengan Pas 70 Peratus Selesai Annuar Musa

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 308 hits
Rundingan berhubung pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke 15 antara UMNO dan Pas sudah berada pada tahap 60 hingga 70 peratus selesai Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO akan bertanding di 55 kerusi ya...
Ph Sedia Kerjasama Semula Dengan Dr M Tapi Jangan Bawa Kebobrokan Lama Kata Anwar

Ph Sedia Kerjasama Semula Dengan Dr M Tapi Jangan Bawa Kebobrokan Lama Kata Anwar

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 265 hits
SHAH ALAM Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata sebarang kerjasama semula antara Pakatan Harapan dan Dr Mahathir Mohamad tidak boleh dibelenggui agenda peribadi atau kebobrokan lama Itu saya serah pada PH siapapun boleh diundang tapi perl...
Tidak Wajar Pertikai Pembahagian Kerusi Kata Annuar Musa

Tidak Wajar Pertikai Pembahagian Kerusi Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 336 hits
KOTA BHARU Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa menegur tindakan segelintir pihak yang sudah mula pertikaikan pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke 15 Kata beliau tindakan itu kurang sesuai kerana perundingan dalam ...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Tidak Dedah Aib Pasangan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Larangan Semasa Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024 2025

Tanda Luka Jahitan Bersalin Sudah Sembuh Barulah Tenang Nak Keluar Rumah

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga