Anwar Tak Dapat Jadi Pm Kalau Tak Dekat Dengan Mahathir Kata Zahid



(Malaysiakini) – Harapan Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri tidak akan kesampaian sekiranya presiden PKR itu tidak berdamai dengan Dr Mahathir Mohamad, kata bekas setiausaha politik perdana menteri ketujuh Zahid Md Arip.
“Dalam keadaan sekarang, dia dengan Dr Mahathir nampak macam suam, menjauhkan diri.
“Selagi dia tak tunduk dan dekat dengan Dr Mahathir, saya ingat dia macam itulah. Dia tak boleh jadi PM,” katanya dalam temubual bersama portal MalaysiaPost malam tadi.
Kata Zahid, tidak mustahil untuk Anwar akan kembali berbaik semula dengan Dr Mahathir, demi mengejar hasrat dan cita-cita politiknya.
Senator Dewan Negara itu juga mengulas dakwaan Anwar yang berulang kali berkata mempunyai bilangan sokongan majoriti di parlimen, malah sejak September 2008 lagi.
Zahid yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, “selagi ada bulan dan matahari” Anwar akan terus mendendangkan dakwaan mempunyai nombor.
Lebih-lebih lagi, dakwa Zahid apabila ahli parlimen Port Dickson itu kini sedar bahawa dia tidak akan berpeluang menjadi perdana menteri menerusi jalan pilihan raya.
Bagaimanapun, Zahid percaya Anwar bukanlah orang yang ‘elok’ untuk dijadikan pemimpin.
Peranan ‘secoet’ dalam Langkah Sheraton
“Saya akan berusaha terus, selagi hayat dikandung badan, untuk menyekat dia (Anwar) daripada terus menjadi perdana menteri,” katanya.
Zahid antara ahli Umno yang mempertahankan Anwar ketika dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri oleh Mahathir pada 1998, namun bertukar arah menentang Anwar pada 2012.
Zahid juga dikatakan antara penggerak di sebalik Langkah Sheraton yang menyaksikan PH tumbang apabila Bersatu keluar daripada gabungan itu, dan membentuk kerajaan baru di bawah payung Perikatan Nasional (PN) bersama BN, PAS, beberapa ahli PKR yang keluar parti dan parti-parti lain.
“Peranan saya (dalam Langkah Sheraton) tak besar, secoet (secubit) saja,” katanya ketika ditanya penemubual.
Menurut Zahid, rancangan asal untuk mengangkat Mahathir, pengerusi Bersatu, sebagai perdana menteri PN tidak tercapai apabila Mahathir menolak untuk bekerjasama dengan Umno secara en bloc dan meletakkan jawatan.
Keadaan berakhir apabila Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dinobatkan sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac.
Bagaimanapun, Dr Mahathir menyifatkan Zahid sebagai musuh yang berkempen untuk membawa Bersatu keluar PH kerana kes mahkamah yang dihadapi, selain mendakwa Zahid pernah memintanya menahan mahkamah daripada membicarakan kes tersebut.
Malah, Mahathir menyifatkan Zahid sebagai pembohong terbesar dalam politik Malaysia demi mencapai kepentingan dirinya.
Disoal mengenai jangkaannya terhadap langkah Mahathir menuju PRU-15, sama ada bersendirian ataupun menyertai mana-mana gabungan, kata Zahid, politik memungkinkan segala-galanya.
Dia memetik contoh bagaimana beberapa kerjasama yang tidak disangka-sangka, telah pun terjadi.
Menjelang PRU-14 lalu antara Mahathir dengan Anwar dan veteran DAP Lim Kit Siang serta baru-baru ini pula antara Mahathir dengan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, jelasnya.
PN akan memberikan perhatian terhadap segala langkah yang akan diambil Mahathir, namun kata Zahid secara peribadi, dia memberikan bayangan mahu melihat Mahathir kembali berdamai dengan Bersatu.
“Mungkin selepas Tun bermuhasabah, mengkaji meneliti, melihat keadaan. Pasal Tun bukan sebarang orang. Dia boleh dianggap mahaguru politik Malaysia, semua seni politik ini ada di tangan dia.
“Kita akan beri perhatian sebarang langkah yang dibuat olehnya.
“Kalau langkah dia untuk kembali, reconciliation (perdamaian) orang kata, (mungkin) dia fikir demi Melayu, demi agama Islam, dia sanggup untuk terima semula, saya ingat (akan) ada perubahan.
“Tapi kalau macam itu juga, saya ingat, dia akan pada tahap ini sajalah, tak ada ke mana pun,” katanya lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/27/anwar-tak-dapat-jadi-pm-kalau-tak-dekat-dengan-mahathir-kata-zahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Baik Dengan Mahathir Baru Anwar Boleh Jadi Pm Zahid

Kena Baik Dengan Mahathir Baru Anwar Boleh Jadi Pm Zahid

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 203 hits
themalaysialife comHarapan Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri tidak akan kesampaian sekiranya presiden PKR itu tidak berdamai dengan Dr Mahathir Mohamad kata bekas setiausaha politik perdana menteri ketujuh Zahid Md Arip Dalam kead...
Sd Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai Dr Mahathir Kata

Sd Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai Dr Mahathir Kata

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 335 hits
Semalam Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim memiliki sokongan dalam bentuk akuan berkanun tidak memberikan apa apa makna kerana tidak boleh diambil kira dalam keputusan menjatuhkan atau membentuk kerajaan baru mor...
Umno Tidak Harus Jadikan No Dap No Anwar Pendirian Muktamad Kata Ku Li

Umno Tidak Harus Jadikan No Dap No Anwar Pendirian Muktamad Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 307 hits
KAJANG Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berpandangan sikap No DAP No Anwar yang dikatakan dipegang UMNO tidak harus menjadi pendirian muktamad parti itu Sebaliknya beliau berkata dalam politik semua perkara...
Dr Mahathir Sedia Sokong Anwar Jadi Pm Jika

Dr Mahathir Sedia Sokong Anwar Jadi Pm Jika

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 262 hits
1 700 total views 869 views today Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menyokong keputusan majoriti termasuk jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan mencukupi Ahli Parlimen untuk dipilih sebagai Perdana Menteri Kita ikut ...
Ini Semua Serampang Empat Mata Mahathir Halang Anwar Sekat Ku Li Benam Najib Dan Kekalkan Muhyiddin

Ini Semua Serampang Empat Mata Mahathir Halang Anwar Sekat Ku Li Benam Najib Dan Kekalkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 238 hits
Bersama Tengku Razaleigh Hamzah bekas musuh politiknya Tun Mahathir Mohamad semalam mengadakan sidang media untuk menawarkan diri mereka menerajui negara dengan matlamat menjadikan Malaysia kembali sebagai Harimau Asia Mereka juga sedia mem...
Gara Gara Mahu Bekerjasama Dengan Anwar Zahid Kini Ditekan Dalam Umno

Gara Gara Mahu Bekerjasama Dengan Anwar Zahid Kini Ditekan Dalam Umno

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 358 hits
Kedudukan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini berikutan keputusannya mahu bekerjasama dengan bekas mentornya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan baru namun kemudiannya ditolak oleh...
Kadir Jasin As Govt Faces Crunch Budget Vote Najib And Zahid Could Turn Kingmaker For Muhyiddin And Anwar

Kadir Jasin As Govt Faces Crunch Budget Vote Najib And Zahid Could Turn Kingmaker For Muhyiddin And Anwar

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 285 hits
In a Facebook today the veteran newsman invited his readers to put themselves in the shoes of Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and Pekan MP Datuk Seri Najib Razak as both men decide who they should support Datuk A Kadir Jasin sa...
Sokong Anwar Dan Tolak Mahathir Bukan Kerana Kita Taksub Atau Walaun Anwar

Sokong Anwar Dan Tolak Mahathir Bukan Kerana Kita Taksub Atau Walaun Anwar

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 273 hits
Saya tertarik dengan ucapan Salahuddin Ayob Timbalan Presiden Amanah dalam konvensyen parti tersebut hari ini Syabas diucapkan kepada beliau kerana secara jujur memberitahu Amanah bukan taksub kepada mana mana individu bukan walaun kepada M...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut