Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Kasih Ayah Sepanjang Masa


Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Ayah selalu tanya, "Telefonlah anak kita tu tanya dia macam mana kerja."


Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak, "Kan ayah dah kata jangan main hujan? Kan ayah dah bagitau jangan minum air sejuk?" Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau!

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata, "Tidak boleh!" Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan perasaan yang sangat risau.

Ayah marah kita! Tahukah kita yang ayah tak nak apa-apa terjadi pada kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa, ayah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar. Di saat kita memerlukan macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak. Beliau memenuhinya..

Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga walaupun kadang-kadang ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah, ayah sangat berhati-hati mengizinkannya, dan akhirnya.. saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah pun tersenyum bahagia..

Adakah kita tahu, ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia dan dia pun berdoa; "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya".

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Itulah pengorbanan seorang ayah. Apakah kita masih belum sedar? Masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia?

Percayalah, dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah. Tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.

Kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat. Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?

Adakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan kepada ibu?

Kamu lupa masa kita kecil, ayah mendukung dan mencium kita?

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. seorang lelaki menemui Rasulullah SAW dan bertanya: (Wahai Rasulullah, Siapakah orang yang paling berhak aku hormati? Nabi SAW bersabda, "Ibumu." Lelaki itu berkata lagi, "Siapakah setelah ibuku?". Nabi SAW bersabda, "Ibumu." Lelaki itu bertanya lagi, "Siapa lagi setelah ibuku?". Nabi SAW bersabda, "Ibumu." Lelaki itu bertanya lagi, "Lalu siapa lagi sesudahnya?" Nabi SAW menjawab: "Ayahmu.") -HR Bukhari.

Rasulullah SAW bersabda, "Dosa-dosa besar: Syirik terhadap Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh diri dan bersumpah dengan dusta)." -HR Bukhari.

Jadi, ketika mereka masih lagi hidup dan berdiri dihadapan kita, hargailah mereka.

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku. Rahmatilah mereka sepertimana mereka telah mengasihiku sejak kecil." Amin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Ayah Sanggup Mati Digilis Lori Demi Anak!Maksud Mimpi Ayah Meninggal Dunia
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/10/yang-anda-tidak-tahu-tentang-seorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 419 hits
Apa ibu bapa akan lakukan sekiranya anak merengek nak sesuatu Adakah terus memberi sebab tak mahu anak lagi lama merengek dan menangis atau biar dulu sambil menjelaskan kenapa bukan sekarang boleh dapat Ibu bapa kena belajar ilmu ini dan ja...
Tunggu Adik Bah Sayu Baru 10 Minit Dalam Kelas Ibu Datang Beritahu Ayah Meninggal Dunia

Tunggu Adik Bah Sayu Baru 10 Minit Dalam Kelas Ibu Datang Beritahu Ayah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 378 hits
Hari ini menyaksikan sekolah kembali dibuka semula setelah hampir tiga bulan ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akibat wabak Covid 19 Sesi persekolahan membabitkan pelajar yang...
Kuih Goyang Kudapan Sedap Sepanjang Masa

Kuih Goyang Kudapan Sedap Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 487 hits
Kuih ni ada yang panggil kuih ros Ada juga yang panggil kuih loyang Ada juga yang panggil kuih goyang Kuih goyang ni datang nama macam ni sebab acuannya dicelup dalam adunan tepung cair kuih ini dicelup ke dalam minyak masak yang panas dan ...
Aishah Syurga Di Telapak Kaki Ibu Chord

Aishah Syurga Di Telapak Kaki Ibu Chord

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 2207 hits
Am A7 Duhai apakah gerangan budi balasan Am F Bagi insan melahirkan E membesarkan Am A7 Bercucuran airmata B E bila mengenangkan Am E Betapakah besar budi ibunda berikan Am E Siang malam menderita A7 E Hingga entah bila Am E Sungguh besar p...
Satu Keluarga Tewas Di Rumah Ayah Gantung Diri Usai Bunuh 2 Anaknya Sang Ibu Pingsan Dan Trauma

Satu Keluarga Tewas Di Rumah Ayah Gantung Diri Usai Bunuh 2 Anaknya Sang Ibu Pingsan Dan Trauma

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 307 hits
Warga di Kabupaten Tangerang dibuat geger dengan kematian satu keluarga Mereka menemukan tiga anggota keluarga dalam keadaan tak bernyawa Sang ibu yang bernama Lala tak kuasa menahan tangis hingga tak bisa berkata kata tahu anak dan suaminy...
Berleter Cara Mendidik Paling Lembut Berkesan Berbanding Marah Anak Sepanjang Masa

Berleter Cara Mendidik Paling Lembut Berkesan Berbanding Marah Anak Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 362 hits
Apa beza marah dengan berleter pada anak Sebenarnya ada yang keliru dengan kenyataan ini kan Mungkin bagi sesetengah ibu bapa lebih suka mengambil pendekatan tegas dalam mendidik anak Ada pula yang jenis berlembut Apa saja pendekatan yang d...
Flight Balik Dibatalkan Akibat Covid 19 Lelaki Ini Berlayar Balik Kampung Seorang Diri Demi Ibu Ayah

Flight Balik Dibatalkan Akibat Covid 19 Lelaki Ini Berlayar Balik Kampung Seorang Diri Demi Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 363 hits
Seorang lelaki Argentina telah menyelesaikan pengembaraan pelayaran dari Portugal ke Mar del Plata dalam usaha untuk bertemu kembali dengan ibu bapanya Juan Manuel Ballestero 47 mengambil keputusan untuk berlayar ke kampung halamannya di Ma...
Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 388 hits
Sudah menjadi perkara biasa pula bila ke kedai dengan anak anak mereka akan minta kita belikan snek atau jajan Kita dapat elakkan mereka dari ambil semua itu tapi sebaik sahaja sampai ke kaunter banyak pilihan yang memerangkap kita Anak ana...
Install Apps Ini Di Hp Ibu Ayah Untuk Kawal Aktiviti Penggunaan Harian Anak Senang

Install Apps Ini Di Hp Ibu Ayah Untuk Kawal Aktiviti Penggunaan Harian Anak Senang

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 374 hits
Keadaan hari ini memaksa anak anak kita berdepan dengan gajet Malah seawal usia dua tahun pun anak dah didedahkan dengan kecanggihan teknologi ini Walaupun hanya menonton rancangan kartun atau bermain game keadaan ini jika tak dikawal boleh...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan