Tunggu Adik Bah Sayu Baru 10 Minit Dalam Kelas Ibu Datang Beritahu Ayah Meninggal Dunia
Hari ini menyaksikan sekolah kembali dibuka semula setelah hampir tiga bulan ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat wabak Covid-19.
Sesi persekolahan membabitkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam dilaporkan berjalan dengan lancar dengan rata-rata pelajar teruja dan cuba menyesuaikan norma baharu alam persekolahan mengikut SOP yang ditetapkan.
Namun, bagi seorang pelajar, hari pertama di sekolah pada hari ini mungkin menjadi kenangan sedih yang tak dapat dilupakan sepanjang hayat.
Menerusi perkongsian di Twitter @naddyreyh, dia telah kehilangan ayahnya awal pagi tadi selepas kelas pembelajaran bermula 10 minit.
Tahu-tahu abah dah tak ada..
baru belajar 10 minutes tiba2 guard datang minta izin cg nak suruh turun sebab ibu datang. tahu tahu abah dah tak ada. minta tolong sedekahkan al fatihah untuk abah nad. alhamdulillah Allah permudahkan urusan abah and adik happy tengok muka bersih abah 🤍 tunggu adik ye bah ❤️ pic.twitter.com/LKGn6me3qD
— nuts 👾 (@naddyreyh) June 24, 2020
Muka abah senyum je..
alhamdulillah muka abah senyum je 🤍 pic.twitter.com/EpCLDms96H
— nuts 👾 (@naddyreyh) June 24, 2020
Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan rasa takziah dan sebilangannya turut berkongsikan pengalaman sama berdepan kehilangan bapa dalam keaadan seperti itu.
Arwah ayah akak meninggal waktu ambil exam di sekolah
Sampai rumah nampak ada keranda..
Tak dapat bayangkan kalau ayah sendiri
Sejauh mana pun kita sayang, kasih sayang Allah lagi besar..
Semoga arwah ditempatkan di dalam kalangan orang beriman dan diberikan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan. Amin.
Sumber: @naddyreyh
The post “Tunggu Adik Bah..” Sayu, Baru 10 Minit Dalam Kelas, Ibu Datang Beritahu Ayah Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/06/24/tunggu-adik-bah-sayu-baru-10-minit-dalam-kelas-ibu-datang-beritahu-ayah-meninggal-dunia/