Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan


Apa ibu bapa akan lakukan sekiranya anak merengek nak sesuatu? Adakah terus memberi sebab tak mahu anak lagi lama merengek dan menangis atau biar dulu sambil menjelaskan kenapa bukan sekarang boleh dapat.
Ibu bapa kena belajar ilmu ini dan jangan cepat memberi bila anak sebut atau minta nak sesuatu. Kenapa?
Perkongsian dari Occupational Therapist (Paediatrik) Puan Liyana Raya ini cukup menjelaskan situasi ini untuk perkembangan seorang anak.

Jangan mudah beri apa anak minta
Jangan terlalu mudah memberi apabila anak meminta sesuatu: They need to feel the struggle.
Bila kita berdoa dan meminta apa yang kita inginkan dari Tuhan,adakah Tuhan terus memberi apa yang kita inginkan tu serta merta?
TIDAK.
Tuhan menguji kita dulu,kan?
Dia nak bagi apa yang kita minta,tetapi in His way,not our way.
Dalam pada Dia nak bagi tu… Dia test dulu… makhluk ciptaanNya ini mampu tak nak bersabar dalam setiap ujian yang dihadapi. Mampukah makhluk ciptaanNya ini mampu bertahan,harungi ujian dengan sabar,doa dan tawakal?
Setelah lamaaaaaa ujian tersebut diberi,barulah Dia berikan apa yang kita minta tu.
Sama seperti anak kecil kita juga. Mereka ada masanya perlu diuji apabila mereka meminta apa yang mereka nak tu,tak semestinya mereka dapat on the spot.
Kita kena faham… kita bukan Tuhan. Tak setiap masa kita boleh penuhi keinginan anak kita kerana kita dengan anak kita cuma manusia biasa. Punya limitasi tertentu.
Jadi,kenapa perlu kita rasakan,setiap kali anak nak sesuatu,kita kena bagi? Tak perlu pun sebenarnya.
Andai kata kita tak mampu nak berikan,kita cakap pada anak,kita tak boleh bagi.
Biarlah anak mengamuk macam mana sekalipun… if we insist of “No means No” maksudnya anak kena faham yang keinginannya tak boleh dipenuhi pada waktu tersebut.
Boleh pujuk, jangan janjikan!
Boleh pujuk anak,tapi jangan janjikan “nanti kita dapatkan ya?”
Mereka akan “menanti”.
Mereka akan menuntut janji.
Jika sudah puas memujuk tak dapat bak hentikan tangisannya,maka ignore sajalah. Nanti lepas dia dah habis nangis barulah kita rational kan kenapa kita tak dapat bagi tu.
Itu adalah ujian baginya. Kita nak dia hadapi ujian tersebut atau kita kesian kat anak?
Saya serahkan pilihan itu kepada anda. Sebab kalau saya… saya akan anggap itu adalah ujian kecil baginya.

Ada beberapa ujian kecil yang anak perlu lalui seperti:
tidur yang tidak selesa. Tak semestinya tidur mesti di atas katil,berselimut dan harus ada rutin/aircond dan sebagainya. Kalau benarlah anda ingin me’manusia’kan anak anda,sesekali benarkan dia tidur di tempat yang tidak selesa. Andai kata suatu hari nanti berlaku bencana alam tertentu yang menyebabkan kita perlu berhujan dan berpanas,maka ajarkan dia dari skrg. Saya tak kata kena sentiasa bagi anak berpanas dan berhujan ya. Ada masa kita kena bagi anak ‘rasa’ ujian seperti ini. Supaya kelak apabila berlaku sesuatu yang di luar jangkaan,anak mampu utk menghadapinya dengan baik. Pada peringkat permulaan memang sukar,tetapi lama kelamaan survival skill anak meningkat,anak jadi mudah nak hidup.
makan tanpa gajet. Saya seringkali dengar keluhan ibu bapa,”anak saya tak boleh makan kalau tak ada gajet”. “Daripada anak saya tak makan,baik saya bagi gajet supaya anak saya makan. Kurang2 dia makan”. “Daripada anak saya berlari sana sini masa makan,lebih baik dia duduk diam,tak kacau orang,tak jatuhkan brg2 kat kedai makan”. Mcm nilah. Kalau benarlah anak kita tu manusia,dia mesti boleh makan tanpa gajet. Tapi saya tak pastilah pulak anak anda tu “apa” dah kalau tak boleh makan tanpa gajet? Maksudnya seumur hidup dia makan,kena pakai gajet ke? Atau masa kecil ni saja? Anda yakin dari awal lagi anda dah introduce gajet masa makan,bila dia dah masuk umur 4 tahun,dia boleh makan tanpa hadap gajet? Anda yakin anak anda satu hari nanti boleh makan tanpa gajet walaupun telah diberikan sejak kecil? Fikir2kanlah.
Anak tak duduk diam masa makan tu hanya satu ujian kecil utk kita. Kita sedang diuji dengan keadaan anak berlari sana sini masa nak makan,tak nak bukak mulut,dan sebagainya. Tapi kita tak fikir,once kita introduce anak tu makan dengan gajet,mcm mana anak boleh berjaya dlm survival skill nya kalau takde gajet? Pernah terfikir kalau berlaku musibah banjir,tiada bekalan elektrik utk caj telefon,bagaimana agaknya reaksi anak anda pada ketika itu jika dia nak makan,tapi gajet tak ada? Waktu makan adalah waktu makan,bukan waktu tengok gajet. Susah mcm mana pun… anda,pasangan dan anak anda sendiri harus belajar menghadap makanan ketika makan,bukan gajet. Ini adalah ujian. Anda tak boleh sabar dengan ujian sekecil ini,maka anda expect anak boleh berhadapan dengan ujian hidup begini?
Banyak lagi sebenarnya ujian-ujian kecil yang anak kita perlu hadapi dalam pada dia nak membesar ni.
Tugas kita adalah memastikan bahawa anak kita boleh atau tidak berhadapan dengan ujian tersebut. Kalau dia tak boleh,dia nak mengamuk,nak menangis,nak marah… itu fitrah semulajadi seorang insan apabila diuji. Bila kita diuji, kita juga mengamuk, menangis, marah, sedih——>>>kenapa aku diuji sampai mcm ni sekali??????????
Tapi once kita dah settle down,kita bagi masa utk diri kita berfikir…. menerima ujian tersebut seadanya… maka,akan ada sinar buat kita satu hari nanti. Jika sinarnya bukan skrg,tapi mungkin di syurga nanti.
Bagi anak kecil… dia kena lalui ujian yang segala kemahuan dia pasti ada yang tak dpt dipenuhi. Jadi dia kena marah,kena mengamuk… kita? Bagi masa pada dia. Explain dengan baik. Kenapa kita tak bagi,walaupun dia kecil lagi. Andai kata dia tak dpt menerimanya juga,kita ignore saja sebab kita kena faham,dia dalam proses nak menerima kenyataan tersebut. Kita doa,mudah mudahan anak kita faham. So once dia dah faham,yang tak semua keinginannya dapat dipenuhi,mudahlah kita di kemudian hari. Jangan lupa puji anak sebab boleh sabar dan terima yang kita tak mampu nak bagi beberapa perkara mengikut kemahuannya ya (bergantung pada situasi tersebut).

Penting bagi anak belajar bersabar dan faham 
Masalah kanak-kanak zaman skrg ni,ramai yang susah nak berhadapan dengan ujian kecil ini sehingga membawa kepada tingkahlaku yang melampau seperti menghentak kepala di dinding,mengamuk berguling-guling,pukul badan sendiri,gigit diri sendiri atau org lain dan sebagainya. Salah satu sebab adalah kerana mereka tidak pandai bersabar. Tak boleh tunggu sampai dapat apa yang dia nak.
Kadang-kadang semuanya bermula dari kita. Terlalu memenuhi apa yang anak inginkan sampai anak tak tahu mcm mana nak settle down sendiri perasaan dia. Lama kelamaan makin parah,dan kita jugak yang makin susah hidup dengannya. Patutnya anak makin dah besar,makin mudahkan kita,tapi ini tidak. Makin besar makin susah pulak nak faham.
Dah tak bagi faham masa kecil… masa besar makin menjadi jadi lerrrr…. jenuh nak bagi faham masa dah besar sebab dah terbiasa dari kecil kita katakan/ “Tak apalah… dia budak lagi. Bagilah apa yang dia nak.”
Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tak guna lagi.
Liyana Raya,
Occupational Therapist (Paediatrik) & Pengurus,
LiyanaRaya Training & Consultancy
(Pengasas Little Rehab Program)
The post Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak. Ajar Bersabar Dulu! Ibu Ayah Mesti Bertahan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-mudah-beri-apa-anak-nak-ajar-bersabar-dulu-ibu-ayah-mesti-bertahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Nak Jadi Sempurna Tapi Bab Didik Anak Anak Mak Ayah Jangan Mudah Melatah Mula Dari Awal Untuk Pelajaran Terbaik

Bukan Nak Jadi Sempurna Tapi Bab Didik Anak Anak Mak Ayah Jangan Mudah Melatah Mula Dari Awal Untuk Pelajaran Terbaik

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 384 hits
Menjadi ibu bapa bukan satu tugas yang mudah Bermula dari dalam kandungan seterusnya melahirkan dan membesarkan pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi Bila dah ada anak setiap hari ada sahaja benda yang kita akan belajar dan itu semua ...
Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 387 hits
Sudah menjadi perkara biasa pula bila ke kedai dengan anak anak mereka akan minta kita belikan snek atau jajan Kita dapat elakkan mereka dari ambil semua itu tapi sebaik sahaja sampai ke kaunter banyak pilihan yang memerangkap kita Anak ana...
Zip Mulut Ibu Ayah Jangan Keluar Kata Nakal Bila Marah Anak Semua Tu Doa

Zip Mulut Ibu Ayah Jangan Keluar Kata Nakal Bila Marah Anak Semua Tu Doa

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 437 hits
Mendidik dan membesarkan anak anak satu cabaran yang besar buat ibu bapa Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah Sebagai ibu bapa kita perlu ingat anak anak adalah amanah Tuhan kep...
Sebelum Tadika Dibuka Ajar Dulu Pentingnya Kebersihan Mulai Sekarang Anak Mesti Faham

Sebelum Tadika Dibuka Ajar Dulu Pentingnya Kebersihan Mulai Sekarang Anak Mesti Faham

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 307 hits
Ibu bapa perlu menyemai kepentingan penjagaan kebersihan dan amalan jarak sosial kepada anak sebelum prasekolah dan Taman Bimbingan Kanak kanak dibuka semula dalam tempoh lebih kurang dua minggu lagi Apatah lagi anak pastinya teruja bertemu...
Nak Ajar Anak Biar Dari Kecil Jangan Dah Besar Dia Buat Salah Sibuk Nak Marahkan

Nak Ajar Anak Biar Dari Kecil Jangan Dah Besar Dia Buat Salah Sibuk Nak Marahkan

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 377 hits
Tugas untuk membesarkan serta mendidik anak anak bukan mudah Setiap ibu ayah mempunyai pendekatan yang berbeza untuk membentuk sahsiah serta perwatakan anak Sepanjang tempoh tumbesaran mereka sangat penting untuk ibu ayah berada di sisi mer...
Anak Rapat Rapat Memang Meriah Tapi Ibu Kena Tahu Risiko Jangan Ambil Mudah

Anak Rapat Rapat Memang Meriah Tapi Ibu Kena Tahu Risiko Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 406 hits
Mempunyai anak yang ramai memang dapat memeriahkan kehidupan dalam rumah tangga Lebih menyeronokkan apabila suami turut sama sama menolong menguruskan anak yang ramai kerana masing masing sibuk mencari rezeki Tak dinafikan bila mempunyai ra...
Cari Baju Simple Seluar Jenis Sarung Atau Pinggang Getah Cara Mudah Ajar Anak Pakai Baju Sendiri

Cari Baju Simple Seluar Jenis Sarung Atau Pinggang Getah Cara Mudah Ajar Anak Pakai Baju Sendiri

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 396 hits
Mengajar anak memakai baju sendiri bukan sekadar untuk mendidik si kecil berdikari tetapi ia mendatangkan kebaikan kepada diri anda sebagai ibu bapa juga Adakah anda ingin tahu caranya Kenapa perlu mengajar anak pakai baju sendiri Memberi p...
Anak Mengamuk Nak Pujuk Atau Biar Je Dulu Pakar Jelaskan Pendekatan Betul

Anak Mengamuk Nak Pujuk Atau Biar Je Dulu Pakar Jelaskan Pendekatan Betul

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 466 hits
Apabila anak mengamuk ada yang kata biar je ada pula yang kata pujuk Mana satu sebenarnya ibu bapa nak ambil pendekatan Macam ni Anak anak ni ada banyak aspek kemahiran dalam diri dia yang berkembang seiring dengan usia dan pengalaman yang ...
Terima Pangkat Arwah Anak Air Mata Ibu Ayah Koperal Safwan Iringi Penghargaan

Terima Pangkat Arwah Anak Air Mata Ibu Ayah Koperal Safwan Iringi Penghargaan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 318 hits
Bukan sahaja rakan sekerja rakyat Malaysia juga dilihat turut berdua dengan berita dan kejadian yang menimpa barisan hadapan negara Allahyarham Koperal Safwan yang terkorban akibat kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk Insiden pilu ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids