Kashmir 3 9 April 2019 6 April 2019 Lavender Park Lembah Aru Restoran Sagar Hotel Asian Park


HARI KEEMPAT : 6 APRIL 2019 (2)  
Lavender Park -  lembah Aru -Restoran Sagar - 
Hotel Asian Park(Bersaksi Di Mata Dan Besemi Di Jiwa)



Lavender ParkBangsal Kuda
1.59 petang, hujan turun rintik-rintik. 2.03 petang masuk simpang kiri. Terus melalui jembatan. 2.04 petang, sampai di Lavender Park. Beberapa ekor kuda sudah menunggu. 2.20 petang, naik kuda. A once-in-a-lifetime experience. Melompat-melompat di belakang kuda. Terasa senario wild west. 2.34 petang, kuda mendaki laluan, berhampiran lurah  curam. Agak cemas. 2.39 petang, bergambar atas kuda


Ticket To RideLaluan Biasa
2.36 petang, melintasi padang golf. Kemudian mendaki tebing yang agak curam. Terasa cemas. Perlahan-lahan, membiarkan kuda melangkah. 257 petang, melalui hutan blue pine. Terasa segar dalam aroma blue pine. Suara-suara burung bagai meraikan Koboi Sutera. Sempat bergambar. Kemudian turun semula ke laluan asal. 3.03 petang, balik  ke tempat permulaan.


Convoy RideHutan Blue PineCabaran LaluanMendaki Curam
3.06 petang, 27 Kembara Sutera terpaksa naik jip. Lebih lasak dan lebih mencekam. Group Ganu naik jip JK030 1488. Dipandu oleh Jangir Ahmed Khan. Dua minit kemudian bertolak. Bagaikan menderam jip mendaki likuan-likuan sempit di sepanjang Sungai Lidder. 3.16 petang, melalui selekoh tajam yang mencemaskan. Hampir dengan lurah yang curam.

Semakin jauh ke pedalaman semakin mendaki. Semakin berliku-liku, semakin sempit pula laluan. Tebing semakin tinggi dan lurah semakin curam. Hati pula semakin cemas. Mulut tidak berhenti-henti berkumat-kamit, memohon perlindungan-Nya. Bagaimanapun setiap kali melalui selekoh tajam hon akan dibunyikan.


Seputih SaljiSebersih Hati
3.36 petang, berhenti. Masing-masing turun ke  lembah Aru. Kononnya lembah Aru menjadi tempat penggambaran filem paling popular di Kashmir. Salman Khan dalam filem Bajrangi Bhaijaanterperangkap di lembah Aru. Masuk secara haram tetapi berusha untuk mengembalikan gadis bisu ke pangkuan ibunya di Pakistan.


Sedingin SaljiNostalgia Cinta
Lalu masing-masing mencari sudut-sudut fotografi. Lalu beraksi ala pelakon Hindustan. Menggayakan lakonan dengan khayalan percintaan di lereng salji. Deruan angin gunung memberi sentuhan sentimental.  Mengiringi penggambaran veteran sutera. Bagaikan menyusuri alam percintaan 70an. Lalu “bersaksi di mata dan bersemi di jiwa”.



Pekan KoboiLaluan Kedai
3.42 petang, melintasi hotel Fimi. Rumah-rumah kelihatan berhampiran dengan jalan. 3.45 petang, berhenti di pekan koboi. Lalu menyusuri laluan salji di sepanjang kedai. 4.48 petang, melintasi Traveller Lodgesampai ke Government High School. Terpaksa menghentikan langkah kerana di hujung jalan salji agak tebal.


Restoran SagaKashmir Tea
Kedai-kedai kelihatan lesu di sepanjang laluan bersalji. Kurang pelanggan. Lebih-lebih lagi tiada point of interestdi pekan koboi ini. Hanya salji menyelimuti hamparan. Aura dingin bagaikan beku dan kaku. 3.55 petang, singgah di restoran Sagar. Pekena Kashmir tea, baru terasa sedikit segar.


Laluan PulangLangkah Terakhir
Kemudian  keluar dari restoran. Longkang di depan restoran bagaikan anak sungai mengalir deras. Salji di kiri kanan jalan, membasahi laluan  Sekali-sekala terdengar suara gagak di atap zink kedai. Bagaikan mengucapkan selamat jalan kepada tetamu gunung, “khodais haval”.


Adieu AruTinggal Jejak
4.37 petang, jip terus bergerak. Menuruni lereng gunung yang berliku-liku. Kadang-kadang hampir dengan lereng curam. Mencemaskan. 4.50 petang, terpaksa berundur di selekoh tajam untuk memberi laluan. 5.05 petang, turun dari jip. Berakhirnya khidmat jip


Lereng CuramSungai Lidder
Lalu disambut angin gunung yang dingin. Bagaimanapun sempat memberi sedikit tip kepada Jangir Ahmed Khan, pemandu gunung yang hebat. Naik semula kereta Innova Tayota. Diiringi gema guruh. Sekali-sekala kelihatan kilat sambung-menyambung di puncak gunung.


Perjalanan Sepi
5.15 petang, masuk bandar Pahalgam ketika hujan rintik-rintik. Puncak gunung kelihatan samar-samar di liputi salji. Laluan lereng gunung sernakin basah. Terpaksa berhati-hati. 5.21 petang, melintasi sempadan Pahalgam. Senja sudah lama berlabuh. Gunung-gunung menjadi siluet yang beransur-ansur hilang dalam kabus salji.

5.28 petang, perkampungan di lembah kelihatan kaku dalam bayangan sisa-sisa senja. Jalan masih berliku-liku menuruni lembah. Kadang-kadang berhati-hati di selengkuh tajam untuk memberi laluan. 5.46 petang, melintasi semula ladang walnut. 5.44 petang, beberapa buah kereta mula memasang lampu.

Bagaikan mengejar waktu, kereta-kereta Innova Toyota saling berlumba dan saling memintas. 6.03 petang, melintasi Apple Valley. Ladang epal kelihatan suram dalam cahaya senja. Sisa-sisa senja kelihatan bagaikan berlari-lari di celah pokok-pokok epal.

6.09 petang, mentari bersinar lesu dengan warna kekuningan yang semakin pudar. 6.15 petang, melalui pekan kecil. Pokok-pokok menjadi siluet. Kaku di sepanjang Jalan Pahalgam. Kedai-kedai agak sepi. 6.30 petang, melintasi jembatan. Kemudian masuk semula Bandar Bijbehara.

Bagaimanapun masih sesak dengan kereta dan lori. Bersimpang siur dan hon saling bersambut. 6.28 petang, baru masuk lebuh raya Srinagar – Hey. Perjalanan menjadi sedikit lancar dan selesa. Seterusnya melalui jembatan Sungai Jhelum.  Kelihatan cahaya senja bagaikan menari-nari mengikut arus.


Warna SenjaSisa-Sisa Senja
6.34 petang, berhenti di kilang kayu kriket, Awantipura. Melegakan diri di washroom.Sisa-sisa senja semakin pudar. Perlahan-lahan menghilangkan gunung dalam kegelapan. 6.45 petang, melalui tol yang dalam pembinaan. Pokok-pokok willow terus menjadi siluet. Kaku dalam sisa-sisa senja yang semakin hilang warnanya.

Kelihatan cahaya berkerlip-kerlipan di lembah-lembah dan lereng-lereng bukit. Perkampung menjadi sepi dan kaku dalam kegelapan. 7.03 malam, perjalanan semakin perlahan. 7.14 malam, masuk Bandar Badami Bagh. Malam semakin gelap. Kerlipan lampu di lembah-lemabh bagaikan bintang di langit.

7.25 malam, sesak dengan kenderaan. Terpaksa bergerak perlahan-lahan. 2.21 malam, bergoyang-goyang apabila melalui jalan rosak. 8.06 malam, akhirnya sampai di hotel Asian Park. 8.24 malam, mendengar taklimat dan menerima kunci bilik. Seterusnya naik lif dengan beg, walaupun pekerja hotel menawarkan khidmat. 8.32 malam, akhirnya masuk bilik 207, room sweet room. Lalu melayari mimpi sepanjang malam.



Koboi Sutera



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://qalamalam.blogspot.com/2019/05/kashmir-3-9-april-2019-6-april-2019-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kashmir 3 9 April 2019 3 April 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn

Kashmir 3 9 April 2019 3 April 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 440 hits
HARI PERTAMA 3 APRIL 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn4 34 petang awan makin lama makin tebal Lalu menghilangkan pandangan Pesawat mula bergegar apabila melanggar awan Makin lama makin mencemaskan Lalu ...
Kashmir 3 9 April 2019 6 April 2019 Zamindar Kesar King Apple Valley Hotel Green Height Hill

Kashmir 3 9 April 2019 6 April 2019 Zamindar Kesar King Apple Valley Hotel Green Height Hill

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 608 hits
HARI KEEMPAT 6 APRIL 2019 Zamindar Kesar King Apple Valley Resorts Hotel Green Height HillSuara TasikMeniti Fajar4 39 pagi terbangun Suara suara memuji Allah sayup sayup mengisi ketenangan pagi 5 05 pagi menggigil keluar dari bathroom walau...
Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Stesen Gulmarg Stesen Kongdoori Restoran Gulmarg Sahara

Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Stesen Gulmarg Stesen Kongdoori Restoran Gulmarg Sahara

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 530 hits
HARI KETIGA 5 APRIL 2019 Stesen Gulmarg Setesen Kongdoori Restoran SaharaAdd caption10 15 pagi naik sledge Terasa sedikit berdebar apabila di tarik oleh pemuda Kashmirike lembah salji Namun awal awal lagi sudah terganggu tumpuan Seorang hel...
Buffet Ramadhan Di Pnb Perdana Hotel Suites On The Park Kuala Lumpur 2019

Buffet Ramadhan Di Pnb Perdana Hotel Suites On The Park Kuala Lumpur 2019

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 621 hits
PNB Perdana Hotel Suites On The Park Kuala Lumpur menampilkan kelainan untuk berbuka puasa pada tahun ini dengan membawa suasana meriah bazar Ramadan Memperkenalkan tema Bazar Perdana Restoran 10 Binjai yang berkonsepkan suasana santai tela...
Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Golden Dal Lake Kampung Kunzer Bandar Gulmerg

Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Golden Dal Lake Kampung Kunzer Bandar Gulmerg

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 486 hits
HARI KETIGA 5 APRIL 2019 Golden Dal Lake Perkampungan Kunzer Bandar GulmergBerkelipan Cahaya4 15 pagi terbangun Suasana diselubungi kedinginan 4 45 pagi Azan sayup sayup memecah ketenangan Diikuti sayup sayup suara memuji Allah dari masjid ...
Kashmir 3 April 2019 Seri Teratai Sultan Mahmud Airport Klia 2 Klia

Kashmir 3 April 2019 Seri Teratai Sultan Mahmud Airport Klia 2 Klia

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 696 hits
HARI PERTAMA 3 APRIL 2019 Seri Teratai Sultan Mahmud Airport KLIA2 KLIA Peta Teratak Seri Teratai5 38 pagi bertolak dari teratak Seri Teratai Suasana pagi agak samar samar Jalan pula lengang dan terasa benar sepinya Lampu jalan berbalam bal...
Kashmir 3 9 April 2019 4 April 2019 Tulip Garden Heritage Mughak Garden Pashima Art Pakace

Kashmir 3 9 April 2019 4 April 2019 Tulip Garden Heritage Mughak Garden Pashima Art Pakace

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 380 hits
HARI KEDUA 4 APRIL 2019 Indira Gandhi Memorial Tulip Garden Heritage Mughal Garden Nishat Mughal Garden Pashima Art Palace Hiasan HouseboatSeni UkiranKayuMasing masing naik pelantar jeti 4 buah houseboatsMorning Star Group menunggu untuk pe...
Bitcoin Mengekalkan Tekanan Kenaikan Harga 24 April 2019

Bitcoin Mengekalkan Tekanan Kenaikan Harga 24 April 2019

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 367 hits
Bitcoin menunjukkan penurunan secara mendadak selepas melonjak melebihi 5 500 dengan momentum yang tidak menentu baru baru ini BTC berdagang secara mendatar selepas mencapai tahap tinggi dalam tempoh 6 bulan Harga dijangka akan terus member...
Buffet Ramadhan 2019 Holiday Inn Hotel Bertemakan Citarasa Desa

Buffet Ramadhan 2019 Holiday Inn Hotel Bertemakan Citarasa Desa

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 951 hits
BUFFET RAMADHAN 2019 HOLIDAY INN HOTEL BERTEMAKAN CITARASA DESABaru baru ini AlongMurni mendapat jemputan ke Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie bagi meraikan rakan korporat warga kerja dan anak anak yatim dalam Majlis Citarasa Desa Bufet Re...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini